LuLLiL f.r.i.e.n.d

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 13 July 2016

Keampunan kupohon, Sekiranya aku yang berdosa, Pulanglah ku merinduimu Sayang, Ku menanti dengan rela hati

Syawal 8 ,1347 H :)

Raya Aidilfitri.
Betul lah, semakin banyak umur, semakin tak terasa sangat riang nya raya. 
Yang aku tahu, pakai baju baru cantik sekali, berkumpul anak beranak Rashid, salam dan peluk yang lama each other sambil buat skrip sketsa drama minta ampun sebabak.
Then... ambil gambar... then duduk berkumpul makan makan makan all the food. Pas tu... tunggu orang datang rumah beraya.
At that time, kau ketibas (ketiak basah)... kelam kabut gila sampai kaki cramp... ambil apron..bertapa lah engkau di satu sudut dapur sambil ditemani sponge colour kuning dan pencuci Sunlight untuk cuci kasi licin all the pingan mangkuk periuk sudu garfu jug air panas jug air sejuk cawan dan gelas.  #teambasuhpinggan
Periuk besar besar, malas nak cuci. Pas periuk periuk besar dekat emak and abah kasi cuci licin. :D

Aku tak pernah rasa lagi excited balik kampung jauh jauh, jamed berbelas belas jam atas highway. Raya aku is around Selangor and KL. Zaman kanak kanak ada lah beberapa kali check in Kuala Kangsar. Quite bosan. Tapi as long as ada family kat sisi, aku okay ;)

Baju raya aku ada hampir 4 pasang. Kelabu, Merah, Green Mint and Biru. Alhamdulillah tahun ini Ayung dan Angah yang sponser. Head to toe. Tapi tu lah.. aku baru berjaya pakai sepasang dari empat pasang yang ada. Lagi tiga pasang itewww, tunggulah jemputan open house atau pergi wedding kawan kawan yang nikah musim perayaan nanti. Itu pun kalau aku rajin nak pergi. HikHik :)

Raya korang macam mana? Fun kan? Hopefully double awesome,,, extra happiness untuk korang and family. So far, rata rata rakan seusia dengan aku, dah sambut #rayapertamadenganhusband #rayaberduadenganhusband #teamrayarumahmil #teamrayakampungsuami #rayadengananakpertama and so on...

Well...aku happy lah, tumpang bahagia...eh nak tumpang gembira sekali lah, especially untuk kawan kawan aku yang deliver baby before puasa... dapat lah beraya bersama as a new mother... new parents. Haruslah rasa excited kan... Alhamdulillah :)

Dan aku masih duduk diam diam dengan family. Aku chill je. Pasang angan angan moga Raya Aidilfitri 1348 H, Allah bagi aku peluang rasa as wife to somebody. Boleh peluk cium tangan husband di pagi raya. Boleh paksa husband pakai sewarna baju raya. Alahhh berangan lagi lah!!! Kasi chance please... Doakan kita k :)






Thank tetamu tetamu yang datang rumah Mak Abah kita :) Ni je yang sempat bergambar. See... Hari Raya Pertama je kita sedikit lawa, raya seterusnya kita dah pakai uniform Bibik *_*  Kita okey je. Manalah tahu tiba tiba ALLAH hantar bakal Mama Mertua datang rumah, Mesti sejuk je hati dia tengok kita rajin semacam. Ahh... perangai rajin awak tu Wany, bermusim. Hehehehe :)

Last but not least, Selamat Hari Raya korang. Maafkan semua khilaf diri kita sama ada dalam sedar atau tak sedar langsung. 

#ootdtepipagar ;)

siapa #teamkelabu raya ni? Ohkeyyy kita geng!!! Give me five sikit :)


Monday, 22 February 2016

Dua Tujuh.

Weee... February. Dalam banyak banyak bulan, bulan February paling aku suka.
Sebab aku lahir dalam bulan February. As simple as that je reason dia.

Makanya, on 13th February 2016, Wany officially 27 year old. Giler banyak umur aku. Eh rasa tua da. Erm... macam tu lah nampaknya.

Tak da orang bagi hadiah. Sedeh. So kena beli hadiah untuk diri sendiri ke??? Alhamdulillah ada office mate belanja makan Seoul Garden, ada Mak Cik yang belanja cake, ada Emak yang comel buatkan Orange Cake panas panas. Nikmat. Rezeki. Alhamdulillah :) 

Aku tak expected apa apa pun. Sebab mood aku sway away minggu tu. Aku tak buat perangai. Aku cuba berfikir releven. Cuma bila orang yang kau sayang, dikhianati, kau boleh duduk diam je? Tapi itu yang aku terpaksa buat. Diam dan Doa. Aku nak cerita dekat orang yang paling aku percaya. Tapi aku ada kerisauan, orang yang paling aku percaya, akan pening kepala, nak fikir. Allah. Berat je rasa.

Makan pun aku paksa telan. Susah nak telan. Tapi dah nama pun paksa. Faham kan, macam mana. Emak lah orang paling sweets. Lepas Isya'a aku terus tidur. Kalau tak tidur, ntah apa apa lagi aku fikir.
Tiba tiba Emak ketuk pintu.
"Dah tidur ke? Cake Orange dah siap. Kata suka makan panas-panas."
Tak kan aku tak nak bangun.
"Ok, ma..Ani pergi dapur nanti" Aku pergi dapur mungkin berbekalkan air liur basi sikit. Disgusting Wany +_+

Emak potongkan cake. Aku makan. Sebak. Nak telan pun susah. 
Emak salam peluk dan cium. Sambil berbekalkan doa. Semoga aku ini panjang umur, semoga aku ini dimurahkan rezeki, semoga aku ini sihat selalu, semoga aku ini dipermudahkan urusan jodoh. :)

Aku nagish. Aku pejam mata sambil peluk emak. Waktu dengar perkataan jodoh tu, I imagine someone. Eh..tak kan lah dia. Ntah. Aku peluk Emak kuat kuat, aku cium dahi Emak, pipi kiri dan kanan.

"Terima Kasih Emak, Kalau Ani tak kawen, Emak Abah jaga Ani sampai bila bila taw" 

"Fikir positif Wany".   "InsyaALLAH".

Aku makan lagi cake. Sedap. Aku cakap dengan Emak, aku nak masuk bilik nak sambung tidur.
Aku baring, aku capai phone. Aku tengok ada whatssapps notification. Eh? Kamu. Eh... past two years tak wish pun. Penat tunggu. Kalau wish pun jadi orang terakhir. 

Hehehe. Panjang wish kali ini. Baiklah, terima kasih :) Tahun depan wish lagi.

Umur dah dua puluh tujuh tahun. Masih belum berkahwin. Masih waras berfikir dan teramat sedar, bahawa jodoh itu ALLAH punya urusan. Sama juga hal kematian. Hari hari fikir, bila aku nak kahwin. Sampai satu hari, alhamdulillah, terfikir, bila aku akan pergi meninggalkan dunia ini. :)

Umur dah dua puluh tujuh tahun. Masih belum ada husband lagi. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi tiga ketul anak anak buahan Hannah Iman Ammar, tempat aku nak tumpang bermanja. Tempat nak bagi kasih sayang yang berlebihan. Memang belum ada anak sebenar. Tapi Aku dah merasa bangun tengah malam untuk tukar pampers budak, untuk bancuh susu budak. Mandi kan budak, bagi makan budak. Amazing moment :)

Sekian. Moga yang datang selepas ini lebih indah. Moga awak Wany, menjadi orang yang lebih menyenangkan orang lain :)

Behave Wany ;)


Wednesday, 27 January 2016

Bubblegum.

Hi :) 
Semalam puan boss aku tanya, Wani, awak dah tak update blog awak ke? 
Ambil keputusan hari ini nak update blog. Tapi tak da rasa hati nak share something. TIPU.
Ada, banyak. Sampai tak terluah. 

So, kita nak mulakan dari mana. Baiklah. 
Pada suatu hari, atau lebih tepat suatu pagi yang tenang, tengah seronok scroll down Timeline FB dan IG, tertiba ada satu notification Whatsapp appear kat screen phone. Eh.. kenapa tiba tiba dia muncul kembali.
A very long message. A very unexpected message. Baca sekali. Kita reread lagi sekali. Kenapa tiba tiba kita rasa adrenaline rush. Alhamdulillah masih cukup oksigen untuk sampai dekat ruang otak. Tapi kenapa seketul hati ini tak boleh nak cool .

Ok, kita reply. Ok, good, reply dalam keadaan tenang. TIPU. Acah acah tenang je tu. Text bibik, cerita all the thing yang sepatutnya. Eh, eh, kenapa air mata terkeluar ni? Again, Wany can't controlled her self. Again, perasaan yang dah lama tak muncul, kembali muncul. Awak letih ke? Awak penat? Atau awak... 

PENAT.LETIH.

Seharian perasaan turun naik. Tapi kita dah matang. Ada masa kita malas nak layan. Ada masa kita terfikir balik.Lastly kita tidur. Hilang la perasaan itu.

Ada suatu hari lagi, kita tengok cerita korea tajuk Bubblegum. Ada Lee Dong Wook dalam cerita itu. Harus lah kita extra excited. Dan.. ada dua episode buat kita nages teresak-esak. Kite tengok cerita tu waktu rehat dekat office. Malu kita, bila office mate tegur, kenapa kita nages.

EMOSI.

Bila tengok cerita Bubblegum tu, ada satu scene tu, boyfriend terpaksa tinggalkan girlfriend dia. Alasan tak nak susahkan girlfriend. Girlfriend dia tak nak. Tapi boyfriend dia tetap nak tinggalkan. Satu hari tu, dorang terserempak. Boyfriend dia tengok je girlfriend dia. Pastu boyfriend dia jalan laju. Girlfriend dia kejar. Sambil kejar, sambil bercakap. Cakap yang panjang sangat. Cakap perkara perkara yang simple thing, like saya dah makan vitamin yang awak bagi, saya dah buat treatment macam awak suruh, saya dah tak takut pergi hospital, saya dah jaga kesihatan saya and all the thing. Last word is, I REALLY MISS YOU. Boyfriend dia tak pandang pun. Boyfriend dia terus pergi jalan laju jugak.

Laju. Selaju air mata aku. EMOSI TERLEBIH.

Sometimes kita nak share all the things, perasaan, apa apa dengan some one. Walaupun kita tahu some one itu tak nak dengar dan ambil kisah. Jadi kita duduk diam-diam. Pujuk perasaan, cakap dengan diri sendiri, No, kau tak perlu nak share all the things dengan some one. Please duduk diam diam.

Itu je :)

 Be like Hannah. Buat tak tahu je, bila Mama, Mommy, Uncle and Asu usik dia. Memang Hannah buat tak tahu, tapi Hannah tahu people around Hannh sayang Hannah. Itu pun Nikmat dari DIA :)

Monday, 24 August 2015

Surat dari Mommy ;)

Assalamuailaikum :)

Hai Anak anak buahan Mommy. Sharifah Hannah.Nur Iman Khayla.Ahmad Ammar Yusuf. Hari ini mommy cuti, sebab cuti mommy berlambak lagi. Mommy decide nak lepak duduk rumah je. Before tidur semalam, mommy dah plan,,, lepas Subuh esok, Mommy nak sidai telekong, mommy nak jogging, mommy nak basuh kereta mommy nak iron baju untuk kerja seminggu.

Sungguh Manusia itu hanya merancang, Allah juga yang memastikan rancangan kita itu terjadi atau sebaliknya. Mommy pun tak sedar lepas Subuh mommy tidur,,, tiba tiba bangun dah pukul 9 pagi. Mommy pergi dapur, tengok Nenek Atok and Onyang tengan breakfast. Tiba tiba lagi,,, Nenek kata dengan mommy "Mak ingat Kamu jogging", mommy rasa Nenek perli mommy, mommy reply balik "Jogging la. Atas katil" :D

Rumah Atok and Nenek hari ini sangat berhabuk, small renovation in progress. Mommy decide mommy nak buat kerja dalam bilik je. Mommy check email kerja mommy, mommy update work spreadsheet mommy. Tiba tiba mommy rasa nak sorting gambar gambar lama mommy dalam phone S2 mommy.

Allahuakhbar, banyaknya gambar nak kena sorting. 3 jam mommy ambil masa nak sorting all the pictures. Penat. Mommy perasan... 70% gambar gambar yang ada dalam phone S2 mommy tu..semua gambar korang bertiga. Belum masuk video lagi. Alahai anak. Tiba tiba lagi, mommy perasan air mata mommy bergenang. Cepat sangat la awak awak semua membesar. Dari merah merah keluar dari perut Ummi or Mama, dari tapak kaki sekecil kecilnya hingga awak awak semua dah besar,,dah ada gigi. Alhamdulillah.

Jadi mommy decide nak update blog hari ini. Khas untuk anak anak buahan mommy. Dengan harapan, anak anak buahan mommy rindu kat mommy. Jumpa nanti jangan cari pasal dengan mommy. Eh...tapi aktiviti bully tetap berjalan seperti biasa. No worries anak anak.

Ini Sharifah Hannah masa 7 bulan. Hermmm bully budak ni paling best. Tapi telinga mommy kena get ready untuk dengar 'menjawab'. Petah sangat bercakap. Belum lagi dia mengamuk. Mommy yang 'kena' balik dengan dia. 

Now Hannah dah 4 tahun. Tadika Genius Aulad. Semenjak Hannah dah sekolah ni, mommy suka la tanya Hannah soalan solan out of the box, such as "Hannah, boyfriend Hannah sihat?" Guess what... Hannah akan reply "Hannah kecik lagi...mana ada boyfriend lagi...tak faham ke" Ok...mommy diam.
Ini Nur Iman Khayla masa umur 6 bulan. Kakak Iman, waktu baby baik aje...sopan santun je..redha kena bully dengan Kakak Hannah.
Now Kakak Iman dah 3 years. Birthday kakak pun dah dekat. Kakak sekarang dah banyak akal. Dah garang macam Kakak Hannah. Belum bab drama queen lagi. 
This is my handsome boyfriend. Ahmad Ammar Yusuf. 5 Bulan. Mommy melting sangat kalau tengok awak ni Ammar. Walaupun Ammar handsome, Ammar tetap jadi mangsa bully mommy okeyh. No excuse :)
Bukti Mommy bully awak. Ahmad Ammar awak terlalu handsome untuk mommy. Stay calm and handsome Ahmad Ammar. Handsome handsome awak pun... cicak...lipas...awak takut jugak. Hahaha.

Allah itu sangat adil. Waktu Mama and Ummi nak kahwin, mommy rasa mommy hilang tempat bergantung. Eh poyo sangat la Mommy ni. Jujur Mommy emosi bila Mama and Ummi kahwin. Mommy dah tak da limited best friend lagi nak hangout together. Nak ada session curah perasaan.  

Now Allah s.w.t hadiahkan mommy Hannah and Iman, boleh kita jadi best friend. Walaupun hakikatnya Hannah and Iman yang lagi suka bully Mommy, Mommy okeyh jer!!!

Harapan Mommy, untuk anak anak buahan Mommy, jadi anak yang soleh dan solehah untuk Mama and Walek dan Ummi and Pape. Korang semua sihat, bijak pandai disukai ramai. Andai kata Mommy sempat tua, tak da siapa nak jaga Mommy, tolong tolong la jaga Mommy nanti :)

Ya Mommy tahu korang tak boleh baca lagi.Mommy sengaja tulis sekarang. 3 tahun akan datang korang dah boleh baca dah kan..kan..kan... tak lama dah tu :)

Baik lah anak-anak, mommy berhenti dulu, kalau mommy rasa rindu kat korang, mommy tulis lagi surat. Doakan mommy rajin nak iron  baju kerja untuk seminggu. Bye!!!!

Lot of love 
mommy yang sangat santek :)

Wednesday, 4 February 2015

Sesat di Mekah.

Assalamuailaikum :) 
After this entry aku akan story randomly. Tak ikut turutan dah. Hihihi.
Diam tak diam dah nak hampir setahun dari tarikh aku pergi Umrah. Lillahi aku rindu.

Selesai urusan Umrah pertama, jemaah dah mula berpecah. Kiterorang gegas nak ambil selipar/kasut dekat rak kasut depan Pintu King Abdul Aziz. Mutawif tunggu je dekat rak kasut tu. Mutawif pesan dekat jemaah, terpulang sama ada jemaah nak stay untuk Solat Subuh dekat Masjid atau nak balik hotel. Time tu dah dekat pukul 3.30 pagi. Abah tanya nak stay Subuh atau balik hotel. Mak Ndak nak stay Subuh tapi Mak Yong nak balik hotel. Letih. Badan pun dah berlengas. 

Nak dijadikan cerita kasut Pak Yup hilang. Tak tahu sama ada salah letak..orang ambil.. orang tukar tempat kedudukan kasut tu atau lain-lain. Tapi Ustaz Mutawwif dah remind,,, mana-mana kasut yang hilang...relakan je. Anggap bukan rezeki kita. Remember jangan merungut. Pak Yup ada kencing manis. Then kaki Pak Yup ada luka yang bernanah. So demi keselamatan bersama, Abah decide semua balik Hotel. Rehat. Solat Subuh dekat Hotel je. InsyaALLAH Zuhur nanti, solat kat Masjdil Haram :) So Abah bagi tahu pada Mutawwif yang kiteorang nak balik Hotel.

Mutawwif kiteorang which is Ustaz Sayed, pesan kat kiteroang  "awak ingat jalan balik Hotel tak?" "Ntah tak ingat kot " Sungguh sungguh Ustaz Sayed pesan...  " Awak terus... sampai luar dataran Masjid ... awak belok kanan... awak terus je...nanti sampai la Hotel kita ". Aku pun angguk sungguh-sungguh. Tanda paham and ingat. Aku pun jalan la beriringan dengan Cik Yan. Abah Emak, Mak Yung Pak Yup and Mak Ndak jalan belakang kiteorang. Waktu ini Abah dah berkaki ayam. Sebab bagi pinjam kasut pada Pak Yup. Pak Yup lagi memerlukan kasut tu.

Aku dengan Cik Yan pun jalan menonong. Sambil sambil tengok belakang  untuk check Emak Abah and the rest ada kat belakang kiteroang ke tak. At first memang ada. Aku dengan Cik Yan jalan terus je... Seharusnya lepas dataran Masjidil Haram, kena belok ke kanan. Tapi tak...aku terus je. Confident betul. Bila fikir balik kenapa aku buat macam tu...aku pun jadi tak tahu.  Jujur aku ada masalah mata and pening. Bila orang ramai sangat...and keadaan gelap..penglihatan aku terhad dan aku mudah pening. Cermin mata pun tak bawak plak... *_*. My bad.

Sesekali ada la juga Cik Yan tanya... "Wany betul ke jalan ni...rasa macam dah jauh kita jalan ni" Aku pun confident terlebih..." Betul Cik Yan... terus je lagi ni..." "Are you sure ?" " Yes. Kita terus je ni..." Sambil sambil tu toleh la juga kat belakang... Alamak dah tak nampak Abah Emak and the rest... 
I is Cuak!!!  Kiteorang berhenti jap... try ingat balik. Rasanya time pergi Masjid tadi ada lalu bangunan macam ni. Tu yang buat aku confident untuk terus kan perjalanan.

Sampailah abah call tanya kat mana? Aku pun cakap...konon konon tak nak bagi Emak Abah risau plus aku sangat yakin yang Emak Abah ada jauh kat belakang kiteorang " Lagi sikit nak sampai Hotel ni bah..sikit je lagi"  Mulut aku dah terkumat kamit da..zikir..selawat. Herm memang betul... Dah susah baru nak ingat ALLAH. Baru nak merintih minta ALLAH mudahkan urusan. End up...aku dengan Cik Yan decide nak stopkan perjalanan and patah balik untuk ke Masjid. Letih. Memang letih. Lebih 1 km jugak kiteorang jalan. Risau. Gila tak risau. Mula la aku ingat cerita-cerita yang tak meyenangkan which is ada jemaah Malaysia kena kidnap. Ouh...tidak!!!

Abah call kali kedua... "Kamu kat mane ni? " aku berdalih lagi... "Lagi sikit bah nak sampai hotel"   "Abah dah sampai Hotel...Kamu kat mane?"  aaaaahhhhhhhh!!!! Cuak lagi. "Kejap kejap... Ani dengan Cik Yan patah balik Masjid. Nanti kiteorang sampai" "Habis lah kita Wany" Cik Yan tambahkan rasa cuak aku. Kalau kat Malaysia ni..dah tahu dah...mesti kena sebakul lecturer dari Abah. Ye Abah aku garang.

Sampai depan Masjid...aku ingat balik pesan Ustaz Sayed, Belok kanan. Tawakal lah aku belok ke kanan. Alhamdulillah.... land mark pertama sebelum sampai Hotel is kedai Ice Cream. Then ada pharmacy. And then sampai la Hotel Malak Ajyad. Lega sampai hotel!!! Masuk je lobby hotel... Abah Emak and the rest setia duduk dekat sofa lobby hotel tu. Aku dan sengeh sengeh dekat Emak. Emak dah besarkan mata. Tapi Emak kan baik. Jarang gila nak marah aku. Paling kuat pun kena cubit manja. Aku pandang muka Abah... nampak muka Abah letih mungkin juga risau. Abah tak marah YES :) tapi ayat abah memang best la... " Jauh ke ukur jalan tadi.." Hahahah padan muka Wany. Aku diam je..terus naik bilik. Sorry Abah. Ya tahu...dorang risau.. Tapi tak sengaja :( 

Sebenarnya kau kan Wany degil tak dengar cakap Ustaz Sayed. Bersunguh-sungguh Ustaz Sayed bagi tahu arah jalan. Ko tak digest betul betul arahan tu. Nasib kau jalan berdua dengan Cik Yan. If kau jalan sesorang macam mana? 

Tapi kira aku cool jugak lah kan..Tak nages. Sebab aku ada rasa satu keyakinan yang aku akan sampai hotel dengan selamat. Alhamdulillah. Allah tolong :) Kena extra jaga diri kat sana. Especially kita Hawa-hawa ni :) Tambah yang belum jadi title Puan. Kalau boleh nak keluar mesti ada lelaki yang ikut. Especially kat Mekah.

Ada satu hari ini, which is sehari sebelum kiteorang nak pulang ke Malaysia. Nak la cari a few barang lagi untuk buat souvenier. Aku Emak and Mak Yung keluar jalan jalan area bawah Hotel Malak Ajyad. Masa ni lepas Zuhur. Abah and Pak Yup tak ikut. Rata-rata penjual atau penjaga kedai lelaki. Teman la Emak and Mak Yung pilih gelang. Yang aku perasan lelaki kat Mekah ni kurang fasih sangat cakap Bahasa Melayu. Tapi aku still boleh faham.

Lelaki kat Mekah ni ada satu instinct kot boleh tahu kita - kita ni dah kahwen ke belum. Waktu ralit teman kan Emak and Mak Yung, penjaga kedai tu tanya aku "Hajah sudah kahwin ?"   Sepantas kilat aku mengaku I'm married :)  Dia geleng kepala banyak kali... "La...La... belum kahwin. Mana suami?Aku jawab "Masjid" .Dia geleng kepala lagi.. aku tak sedap hati...Aku terus keluar dari kedai tu..and tunggu je lah kat luar. Mungkin dia tak puas hati...dia tanya kat Mak Yung aku betul ke aku dah kahwen... Sungguh sungguh la Mak Yung jawab aku dah kahwen, suami pergi Masjid. Baiknya suami kita lepak kat Masjid...  :) InsyaALLAH :)

Teringat pesan Kak Miza,,, "awak nanti kalau boleh pakai purdah kat sana. Pak Arab ni boleh tahan gatal dia". Terlambat. Niqab ada...tapi elok terlipat dalam bag. So berwaspada ya :) Pergi mana-mana kalau boleh ada lelaki ikut. InsyaALLAH selamat. Ayat Kursi jangn lupa baca.


Thanks Pn.Ida sudi bookmark blog kita:) Selamat menunaikan Umrah bulan April nanti :)


Tuesday, 12 August 2014

Ziarah Madinah...

17 Syawal 1435H...
Assalamuailaikum :) jumpa lagi... meh...kita nak nak continue cerita Umrah kita...

15 Febuary 2014...
Hari ni ada buat ziarah sekitar bandar Madinah... lepas solat Subuh...take a breakfast... and get ready untuk tunggu bus dekat lobby. Pergerakan memang kena cepat sikit...sebab Mutawwif ada pesan pemandu bas kat sini ada "perangai' kurang tahap kesabaran.Alhamdulillah semua jemaah yang sama bus dengan aku punctual...so senang sikit Mutawwif nak jaga :)

 First tempat yang kiteorang nak pergi is Masjid Quba. Fadilat : bagi sesiapa yang BERWUDHU dari tempat tinggal dan solat sunat 2 rakat di Masjid Quba...pahalanya menyamai dengan pahala buat satu Umrah. Allhuakhbar...sayangnya ALLAH kat kita...banyak peluang dan perkara baik Dia nak bagi kat kita. So Mutawiff dah pesan dekat jemaah amik wudhu dari hotel dan cuba jaga wudhu untuk sampai ke Masjid Quba. If ada yang terbatal wudhu...don't worry botol spray kan ada :) Boleh ambil wudhu semula.Cabaran nak masuk Masjid Quba ni sangatlah hebat. Untuk jemaah wanita hanya ada satu pintu yang mana lebar pintu tu aku rasa 1.5m je... itu lah pintu nak masuk....dan pintu nak keluar...semua jemaah berpusu-pusu nak masuk...jemaah dari Turki ke...Indonesia ke...Thailand ke...semua berebut nak masuk...ya...memang ada police perempuan yang jaga...tapi rasanya police perempuan dah tak mampu nak kawal. Orang Malaysia kan badan ala-ala kecil kan... memang sedia untuk dirempuh...tak mustahil telekung kena tarik... and if ada sakit semput or asma kena carefull lebih la...mostly jemaah yang badan besar ni...rempuh kaw-kaw je...asalkan dia dapat masuk...lagi sekali ALLAH nak uji tahap kesabaran ke:) zikir je dalam hati.... "Hasbunallah wani'ikmal wakeel...wani'ikmal maula...wani'ikmal nasir" entah macam mana....ada jemaah yang baru datang dari belakang...tolak jemaah yang tengah que nak masuk Masjid Quba ni...memang semua tertolak macam deras air dalam sungai...dan akhirnya masuk juga dalam Masjid Quba ni :) Alhamdulillah...lapang je Masjid Quba ni...banyak ruang untuk solat...aku emak and mak cik naik bahagian atas... Mutawiff peruntukkan masa 20 minit untuk berada dalam Masjid Quba...so manfaatkanlah masa :) Alhamdulillah wudhu aku emak masih 'terjaga'. Kami terus buat solat sunat Tahiyatul Masjid and solat sunat Dhuha...
Gambar dalam Masjid Quba bahagian atas :)

 Next destination is Bukit Uhud tempat berlakunya Perang Uhud... honestly aku memang tak ingat dah any sejarah...time belajar Sirah masa sek rendah dulu... Alhamdulillah Mutawwif ada recall balik beberapa sejarah. Rasa noob lagi =_=.
 Belakang tu Bukit Uhud...difahamkan panjang Bukit Uhud is 7km.
Sempat juga menziarahi perkuburan para syuhada seperti bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Mutawiff ada ajak jemaah untuk baca doa kepada para syuhada..tapi...tapi...Mutawiff larang angkat tangan tanda nak baca doa. Sebabnya...pernah dia bawa jemaah datang situ untuk baca doa sambil tadah tangan...dan dihalau oleh orang Arab...sebab katanya macam bawah bida'ah lain...

 kawasan perkuburan para syuhada...tersentuh hati...pasti mereka masuk Syurga...kita ni ???

Dekat kawasan Bukit Uhud tu ada Bukit Pemanah..tak tinggi mampu la nak daki...aku nak try naik...tapi Mutawiff tak bagi...sebab masa tak banyak :( aku larik cepat-cepat sebab nak naik sikit...nasib baik abah ikut belakang...abah sangat tak bagi aku jalan sesorang :(
 Pandangan dari bawah..nak naik sampai atas tu... :(

Then kiterorang gerak pergi Ladang Kurma :) tempat untuk mebeli dan memblahkan diri...hahhahahah Mutawiff dah pesan jangan beli...sebab harga mahal...especially kurma dia.. bestnya tempat ni..is boleh tester kurma...chocolate..kekacang for free... :) aku sangat teruja dengan packaging chocolate... aku beli jugak...1kg SAR 50. Sekali dekat bazaar on the way nak masuk Masjid Nabawi 1kg SAR 25. Ok menyesal!!!

Last tempat kiterorang lawat is Pasar Kurma :) kat sini baru Mutawiff kata boleh shoping :)memang ada satu kedai kurma yang akan bagi murah untuk jemaah Andalusia. At first, owner kedai tu memang tak bagi harga murah..fix price la...tapi sebab ada Mutawiff  ikut kiterorang shopping...dia tolong tawar menawar...so dapat la potongan SAR 5 untuk setiap kg...kira ok la kan :) Bestnya Mutawiff ni...dia akan bagi tahu kurma apa untuk kecantikan dalaman...kurma untuk bagi 'kuat' sikit and so on... so jemaah macam jadi more excited nak beli :) yang tak bestnya...agak takut bila masuk Pasar Kurma ni...nasib aku perempuan..kalau yang lelaki tu...habis penjual-penjual ajak salam shake hand bagai...then tarik tangan dengan kuat untuk ajak masuk kedai dia untuk beli barang. More to macam ugutan...memang susah nak lepaskan diri...

Disebabkan ada beberapa jemaah yang bersiar-siar lama sikit dekat kawasan Pasar Kurma... menyebabkan keadaan dalam bus jadi a bit huru-hara. Sebabnya pemandu bas tadi dah tak sabar nak drive bus tu balik Hotel... sedangkan Mutawiff and ada beberapa jemaah lain tak naik lagi bus. Semua dalam bus  jerit la suruh sobbbaar!!! dia jalan jugak..sampai la Mutawiff jerit dari luar bus... baru dia berhenti and tunggu Mutawiff naik bus... kesian Mutawiff...

Sampai Hotel agak lewat... sebab jalan jamed. Tengok jemaah lain dah berpusu-pusu untuk keluar dari Hotel and menuju ke Masjidil Nabawi untuk perform Solat Zuhur.Masuk je bilik dah dengar azan Zuhur... sebab nak bersihkan diri sikit plus ramai nak guna toilet dalam bilik tu..menyebabkan aku emak and Mak Yung tak sempat nak ikut berjemaah dekat Masjid. Agak sedih...tapi tetap jalan kaki gi Masjid and solat dekat Masjid juga :)

16 Febuary 2014
Sehari sebelum hari untuk tinggalkan kota Madinah...aku emak abah and mak cik baru ada masa nak jalan-jalan area Hotel untuk cari a few barang, i mean cari souvenir untuk family... friends... and jiransss...:) Actualy hari ketiga di Madinah baru aku pecahkan duit Riyal. Itupun aku beli banana kuning melampau 1kg 10 Riyal, Kit Kat and my favorite juice manggo sedap!!! beli banana sebab aku dah lama tak biyaaak... badan aku jadi' berat' sikit bila tak biyaaaak.... :) 

And mesti nak beli barang untuk diri sendiri juga kan... sebagai tanda kenangan :) Hajat hati nak cari SATU jubah untuk diri sendiri...tapi terbeli 2... hahaha :) and ussually Mutawiff Andalusia akan suggest kedai Haji Rashid untuk beli jubah, baik untuk lelaki dan perempuan. Saiz baby pun ada. Tiba-tiba my abah ada kedai kat Madinah.. Abah ai pun Haji Rashid...;)
 and rasa kagum kejap...sebab ada beberapa kedai kat area Madinah memang ada bendera Malaysia package dengan logo satu Malaysia dekat sign board dorang. Maknanya...dorang boleh fasih cakap Melayu and memang orang Malaysia suka shopping kan...kan...kan...
 Boleh dapat harga murah..cuma aku rasa untuk jubah budak boleh dapat harga murah lagi kat kedai lain. Abah spent about SAR 1000 untuk  6 Jubah lelaki dewasa 1 jubah lelaki baby...2 jubah kanak-kanak perempuan and 7 jubah perempuan dewasa. Quality jubah lelaki bagus sikit dekat kedai Haji Rashid ni..and serius dapat separuh harga...blink!!!blink!!!

Dan lagi best...ada Mutawiff tolong temankan kiterorang shopping :) Sila Happy *_*even Mutawiff  tu bukan Mutawiff group aku...tapi dia willing temankan aku and family shoping sampai habis... siap jadi model untuk dapatkan ukuran jubah Si Hanif and Si Adik :)      
" Thank You Ustaz Nik Hilman ;)" since aku bawa 3 orang mak cik and emak..memang family kiterorang berlama dekat kedai Haji Rashid Madinah. aku jadi pening sikit bila masuk kedai tu sebab banyak sangat baju... jadi tak tau mane nak pilih. Disebabkan aku 'muda banyak' dari emak and Makcik dorang akan tanya pendapat aku...ok ke tak..crowded ke tak corak dia...labuh ke tak..and so on...end up..aku jadi tak tahu nak pilih jubah untuk aku... konon-konon nak beli colour putih...nak suci sikit plus boleh guna untuk Umrah...tapi abah kata "Jarang" aku kata "tapi cantik..." Ustaz Nik Hilman kata "Putih memang cantik...tapi jarang sikit..." fahamlah aku kat situ... so kita pilih jubah colour hitam :)
kena paksa amik gambar sambil buat thumb up dengan orang yang jaga kedai Haji Rashid ni :) Nampak tak jubah putih tepi itu...nak sangat....

Malam terkakhir di Madinah...paksa ajak abah bawak aku and emak jalan-jalan area Hotel tu... sebab rasa nak berjalan  and cari barang sikit :)Sejuk sangat angin malam tu...hoi...boleh gigil badan la... abah bawak aku and emak jalan-jalan area main entrance Masjid Nabawi. 
Emak and Abah dekat main entrance Masjid Nabawi...see...tak pernah sunyi kan masjid...ada je manusia :)
  
:) Tahan sejuk...
Subhanallah...besar rupanya Masjid Nabawi ni... ada la jumpa kedai KFC...Baskin Robbins... ada satu area tu...tiba-tiba rasa macam dekat area Putrajaya... sebab susunan bangunan exactly like Putrajaya... Mostly kedai tutup dalam pukul 11.00 keatas la...tapi bazar-bazar yang nak masuk masjid tu tak da waktu tutup kot...hihihi... sempat beli sejadah untuk jiransss... beli dekat 25 helai rasanya...yang quality sikit... penat mintak tawar...free gift pun dia tak bagi...kau beli la banyak mana pun...memang dia tak bagi kurang harga...geram!!!

Next...will continue cerita lambaian terakhir Madinah.... I is SAD!!! 


Ikut hati banyak perenggan rasa nak cerita...cuma biar satu perenggan buat lepasan Rindu... ikut hati mahu saja aku canang gambar suci dia...tapi...biar aku...bibik and her  family saja yang tahu ;)


.




Monday, 4 August 2014

Seru...

Assalamuailaikum :)
9 Syawal 1435H...
berhenti sekejap cerita Umrah...insyaALLAH soon will be continue ;)
dah lama tak cerita someone yang sometimes kita lupa nak give extra appreciate...
dah lama tak share perasaan sengal sengal macam zaman U dulu...
eh....dah matang kot...please jangan ulang perasaan - perasaan yang tak perlu itu!!!
semakin kita berusaha untuk tinggalkan atau buangkan sesuatu...semakin ia datang dengan laju pada kita!!! Hipotesis:) menyampah!!! tarik nafas....mungkin ini cara ALLAH nak uji try test kita... sama ada kita ikhlas dengan redha ke nak tinggalkan sesuatu... :) tolong...lupakan sebentar daya ingatan tentang dia!!!
ingat doa dan kata-kata  pada diri sendiri tika kau ada didepan Kaabah itu wany...!!!

Selamat Hari Raya... Maafkan semua khilaf diri... :)  bila usia da 25tahun ni...memang terasa...kanak-kanak yang lebih bergembira di Hari Raya... ke kita sorang je yang rasa macam tu ? :) Nah gambar kita and family beraya!!!



Go blue!!!
keluarga besar kita :) omeeiii angat la anak buahan kita tu...si Hannah Si Iman Khayla and si Ahmad Ammar :) Mungkin tahun depan raya tempat baru pulakkan :)
okeyh!!! jom beli Iphone untuk dapatkan kualiti gambar yang awesome!!! Actually nak amik gambar adik beradik...tapi si Iman Khayla and si Hannah tu tak mau turun dari kerusi tu... nak join sekali!!!







Moga orang-orang yang aku sayang selalu ada didalam lindungan-Nya :) Moga aku minta kau jangan lagi ulang perbuatan yang sama macam apa yang aku dapat... eh Wany jangan emo sangat!!!



Thursday, 20 September 2012

the TIME has come...

Assalammuailaikum :) hye!!!
less than 24 hours hati aku pasti berasa berat...
waima saat ini pun sungguh rasa berat tambah sebak..
u know what... sometimes manusia ini perlu diajar agar merelakan dan terima dengan apa yang akan terjadi :)
baru la tahu kental tak kental hati kechikk tu...

walaupun hati kechik ni berat...walaupun haty kechik ni sebak teramat...
sungguh...aku sedang mengajar akal fikiran dan rasa hati untuk buat2 cool ;)
cool itu bukan aku... :( 
to my Abah and my atok...
"Selamat berangkat ke Tanah Suci...Selamat menunaikan haji...Moga ALLAH bantu dan mudahkan setiap urusan abah and atok...Moga abah dan atok diberi kea'afiatan... Moga abah dan atok selamat sampai kembali"

I'm gonna mishh u abah...InsyaALLAH abah and atok akan kembali ke Malaysia on 6th November,,,
dan pasti abah tak de time aku convo nanti :( bukan rezeki aku barangkali...
Jadi tetamu ALLAH itu lebih teramat penting :)

dan...moga esok hari...haty kechik aku semakin kental...walaupun aku teramat yakin pasti ada drama air mata yang akan berlaku di Kelana Jaya :( 
ouh...saat ini pun air mata mula bergenang...lalu gugur satu persatu :(

bila masa kita nak jadi tetamu ALLAH??? let's pray hard...moga ALLAH jemput kita untuk menunaikan fadhu haji...bagi melengkapkan Rukun Islam yang ke 5... :)

Saturday, 31 December 2011

get well soon LuLLiL ;)

assalammuailaikum...
jadi tak pandai...kekok nak write sumthing dekat sini...
pengakuan jujur..yup aku dah lama gilloss tak bace entry2 blogger yg aku follow
terutama...kakak merah jambu...zahirian family... and many else... insyaALLAH...umur panjang... febuary next year aku tinggalkan jejak dekat blog korang balik >_< 
dah banyak sangat benda yg tertinggal... i'm sorry LuLLiL...
dulu janji nak share anything kat sini...tapi nampak gayanya haty dan pikiran ni dah pandai  tak nak share dengan orang ramai >_< maybe...

2011 nak say 'good bye' dah... entah,,, my mind and soul EMPTY...
cuma aku harap...ada peluang untuk akal aku refresh balik ape yang aku dah lalui sepanjang 2011 :) maybe...

tiada kata yang lebih terbaik yang  patut aku cakap atas NIKMAT dari-NYA.... "syukur" 
"terima kasih tuhan" atas kebahagiaan,,,rezeki yang melimpah ruah... again "syukur"

feeewwwitttt mak abah sanding balik..haih.... :p 
its my angah wedding.... tiba tiba je aku da ada 2 orang abang ipar...
"wahai abang abang ipar ku...berdamailah dengan adek ipar mu yang sweeetsss ini " 
rasa sayuppp je haty...aku membesar dengan angah... kecil kecil dulu kalo aku kena babap dengan abah...angah jadi 'supermak' tolong halang aku dari kena babab dengan abah....
aku kan budak kecil yg comel plus nakal... :)
"angah i would like to say sorry....ani tak banyak membantu on your wedding...and kamu chantikkk sangat :) cepat cepat dapat baby....peeeellliisssshhhh "
and pabila selesai my angah jadi milik Ahmad Sahrul... aku terpikir....lepas nih nak keluar dengan siapa...nak shoping dengan siapa lagi... :( nak bulu buli dengan siapa lagi... 
lonely=empty=nak jerit laju laju... 

p/s: ayung & angah.... dah lama tak lepak dalam bilik ani kan...kita baring baring atas katil kecil ani...borak..borak..gelak gelak..then nanty mak naek atas bilik ani jugak...serius...ani RINDU :(
my luvly Hannah... picture taken by Uncle Raden >_<
alhamdulillah Hannah membesar dengan baek...Hannah dah noty.... Hannah suke tengok chieken dance through Youtube,,,,Hannah dah pandai keluarkan suara kucengg... ;) lagi kuat kita jerit...lagi kuat suara kuceng Hannah... Hannah dah balik sabah dengan mama n walek Hannah....:(
kaa ciikkk Rindu Hannah sangat.... tiap tiap malam before kaa cikk tidor..kaa cik tengok video Hannah  through hp kaaa cik... kaaa cikk nageess jugak.....kaaa ciikkkk rindu bau Hannah...
cepatlah Hannah balik semenanjung.... peeelllisssshh.....

dan....sepatutnya aku tamat practical on 30th November.... again...."syukur...alhamdulillah" 
mereka offer aku untuk kerja kontrak...maknanya sambung lagi till 31st January 2012.... yuhuuu...syukur...
aku memang nak kerja...nak cari duet poket...nak buat investment sekali...
tapi tetap RINDU pada mereka-mereka yang boleh buat aku ketawa time berkerja...
hope kita semua still keep in touch yerk...  
eherm...ada lebih sebulan lagi nak cipta memori dekat Salihin Consulting Group... moga semuanya baek-baek sahaja ;)

and let me introduce my new baby,,,,sebab ade new baby nih la...aku dah jarang update blog... cause..byk write down apa rase haty dan rasa akal dalam diary baru...diary baru itu muat untuk simpan dalam new baby aku ini....  >_< gumbire.... thank you android :)
 
second last...tahniah pada mereka yang berjaya capai semua azam-azam mereka...yeay!!! and untuk diri sendiri...tahniah...sebab berjaya melaksanakan azam anda...cik wany... :)
for those yang follow every entry LuLLiL akan  ingat azam aku 
"nak kumpul duet banyak banyak sebab nak kawen dengan amirulhadi zainal" haissssh....
kumpul duet tecapai...tahniah wany :) tang nak kawen dengan amirulhadi zainal tuh.... geleng kepala awal-awal....
btw any update pasal amirulhadi...hah!!! serius dah tak follow dia da... sigggghhhhh....

lastly... thax for being my follower...thax for drop comment kat sini...saya tahu anda follow saya...anda drop comment kat sini sebab amirulhadi kan...hihihi tak pe...kita boleh jadi geng okie dokie :)

hanya hari JUMAAT sahaja awak terlalu baek dan comel depan saya....hari lain????
i wish i can say "get well soon" to you..but tidak mahu perasaan ni tersalah letak...
awak kena tahu dari jauh ade orang tolong doakan awak...mean u'r not alone :)











Sunday, 9 October 2011

nice date lol ;) 9.10.11

make it quick and simple :)

HAPPY ANYVERSARY FOR MY BELOVED PARENT :)
ENCIK RASHID & PUAN HAMIDAH 
yang ke 30 tahun.... !!!! hoooreeeyyyyy.... 
thax to ALLAH panjangkan jodoh ma n abah...
moga ma n abah terus sihat walafiat....dimurahkan rezeki... moga DIA limpahkan rahmat dan kasih sayang kepada kita sekeluarga... ameeen....

dulu-dulu....
peyuttt my ayung stilll moncetttt ade Hannah....hehehehe

sekarang-sekarang...
yeay!!! Hannah dah keluar dari peyuttt mama die :) and insyaALLAH early December nih tambah lagi seorang family baru.... besh...besh...and besh...tiba-tiba je aku dah nak ada dua orang abang !!! 
[abang 'shhhaaaaayyyaaangggg' je tak de lagikk....yuccckkkkzzzz]

wat else to say.... to ma and abah "THANK YOU SO MUCHHHH!!!! besarkan ani,ayung,angah,hanif and man dengan baik.... "

WE LOVE BOTH OF U SO MUCH !!!

nota Wah Chan:
ma abah petang karang kite g Wah Chan yerk!!! nak buat pelaburan jangka masa panjang... :)

nota Hannah Botak :
Hannah dah tak de rambut....dah tak cunnn da...tapi comeyyy lagi....Hannah dah ade double chin .... :)
be a good gurl Hannah !!!





Thursday, 22 September 2011

ohhhh.... Sharifah Hannah :)

Hye !!! assalammuailaikum :)
entry ini kak cik dedicate khas untuk Dia...
Dia anugerah dari ALLAH... sungguh ALLAH MAHA BESAR...

17 September 2011, Sabtu, 11.24 pm... my Ayung selamat deliver kan her baby :) hoyeeeehhh...!!!!
syukur Alhamdulillah...mama n baby selamat..okie...walek baby pun lagi selamat :)
till now rase macam tak percaya...everyday bangun pagi talk to my self  "wany kau da ade anak buah!!!"
and till now lidah kelu sesangat nak cakap dekat baby "hye baby ini aunty wany...ini mummy wany...ini ibu wany"
 the end aku bahasakan diri aku... "jap yer baby...nanti kak cik bukak yerk die punye pampers"  haiillaaaaa

orite...let me introduce my new anak buah....

SHARIFAH HANNAH SYED HAIRUDDIN :)

day 1
hari pertama dia...baek sangat..tidoooorrr aje...tak menagis....nagis bila lapar n yeyak...satu hari lima kali yeyak....haaaa... kau mampu...??? hihihhhi....
sexxxxyyy Hannah...
Omeiii...omeeeiii...omeeeiii,,,, Hannah in Chocolate.... haiiilaaa....baju besar gedabak.... hihihihiih...
hey....Hannah dah bukak mata besharrr...beshhaar.... itu tangan opah dia...opah dia tepuk dada Hannah...
sebab Hannah suka terkejut kejut... 
Hannah cakap "hey...Hannah nak balik umah atokkkk la....cepat bawak Hannah keluar... " okie..yg ni aku tipu ;p

Day 2
Hannah dah mula meragam... Hannah kuat minum susu... breastfeed :) susu ibu kan susu paling sihat... :)
tapi sayang susu my ayung tak berapa nak keluar sangat....so Hannah tak puas + lapar...
die nagis aje... selamat opah atok and walek dia berjaga malam nak jaga Hannah...
see Hannah...everybody Love u la Hannah... kak cik pun :)

yeay... Hannah dah ade kelambu.... kak cik belikan ...tapi Mama Hannah yang bayar... hikhikhik :)

Day 3
Tak de picture...tak sempat nak amik...hihihih...tapi Hannah kuat meragam...tidor sepuluh minit...
bangun naggis... sebab lapar... herm..suap die minum air zamzam...
clever tau Hannah ni... sua je sudu dekat mulut dia..pandai Hannah sedut sendiri air tuh... senang je keje...

Day 4
Hannah good girl sangat hari ni...Hannah dah tidoooor sekarang... kak cik pun malas nak amik pic...
alhamdulillah..pusat Hannah dah gugur... Hannah yeyak banyak kali... 
susu my ayung pun dah banyak...syukur.... 

nota mama and walek :
new mama and new walek...congratulation for both of u :) be a GOOD PARENT for OUR HANNAH !!!

nota kak cik :
hik..hik..hik...tangan kak cik and tangan Hannah... ya ammmppuun...besar gedabak tangan kak cik...
nanti Hannah dah besar kita hold tangan sama2 lagi yerk...
boleh kita g shoping dengan Umi Zura, Mama, and Opah :)

nota Hannah:
"ya ALLAH berikanlah Hannah kesihatan yang baik...biarlah Hannah membesar dengan cerdik dan cergas... jadikanlah Hannah anak yang solehah...lindungilah Hannah"

HANNAH WE LOVE U :)

Sunday, 11 September 2011

what's on your mind ???

assalammuailaikum dan salam sejahtera :)
selamat hari raya... moga anda semua okie dokie...
cerita raya saya... alhamdulillah...okie dokie... still dapat duet raya...MAKIN BANYAK UMUR MAKIN TINGGI DUET RAYA ;) thax to my abah bagi double duet raya and en salihin my boss... amaun duet raya yang  lebih cukup untuk bajet raya tahun ini...alhamdulillah...

what's on your mind cik wany???

esok mungkin aku akan gerak balik UKM terrrrshhhaaayyang... mungkin jugak akan bergerak ke Sunway College untuk Delloite Tax Challenge 2011...
tibe tibe dapat surat and email dari UKM mintak aku join this competition.... 
luckly dapat satu team dengan EN.NAJMI...
macam mimpi tak sudah dapat co-operate dgn die lagi...persoalannya...boleh ke??? alahai....
malangnye...aku tak tergerak hati nak baca apa-apa notes pun... aduhhaaiiinyyyeerrr
so people...please...pray for me...hopefully dapat jawab semua case-case yg ada... thax :)

well lebih kurang 20 hari lagi...rumah abah n emak nih...akan riuh dengan suara bayi comel... "uwwwekkk...uweekkk...." rasa tak sabar pun ade... teruja jangan cakap la...
moga ALLAH permudahkan my ayung untuk deliver her baby dengan selamat...ameeen...

geram gillos tegk baju baby...kechil..kechil jer....rase nak pakai balik jer.... 
harus la tak muat kan...hehehehhe ;p

lebih kurang 3 bulan je lagi... my angah pun nak tukar status jadi Mrs.Sahrul
semalam pun sempat teman die pergi fitting baju nikah...
harap semuanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang kan...
lepas nih nak sibuk plak cari gift/souvenier untuk tetamu yang datang...
well...my angah dah lantik aku untuk jadi assistant die... help her to manage her wedding ...
geli haty plak... mcm la aku nih terror sesangat nak uruskan hal orang.... hal sendiri pun kurang terurus :)
ape ade hal... just do it la!!!

nota UPSR :
good luck for my little brother... adekkk uussssyyyukkkk melanntooonggg  muhammad ridzwan...!!!
 "hope adik boleh jawab semua soalan dengan betul dan jaya...jauhkan la adik dari melalukan kesilapan kecil mahu pun besar" 
remember my words adik " u get 5A... kak cik will buy for u MP3/MP4...kak cik promise "

nota ZEBRA:
haip....nak tunjuk baju raya tahun ni la.... :)

nota 12 SEPTEMBER:
tidak pernah 'orang' lupa...tidak perlu 'orang lain' ingatkan...harap keikhlasan 'orang' tidak disalah erti ...sedar diri ini tidak diingati...sedar diri ini selalu mengingati... sedar diri ini tidak mahu lagi kelihatan 'stupid giller'
'orang' try my besh to make u smile... event for a while :) and bila satu masa 'orang' tidak wujud lagi dalam dunia ini...
atleast 'kamu' tahu... "ouh...aku ada kawan nama wany"
thank you :)


"BUANG BILA PERLU... GUNA BILA INGAT "-orangwany ;)





Friday, 26 August 2011

iftar... iftar...iftar... :)

baru lepas tengaok Ramadhan Terakhir...
baca tajuk je dah tahu...mesti ade someone yang akan mati... 
mati tak kenal usia sekarang...
btw..Akhie si driver tuh...not bad.. ;) boleh tahan,,,
saje nak update cerita IFTAR... alhamdulillah...banyak manusia yang sudi nak ajak berbuka bersama :)

firstly... IFTAR @ INTEKMA with my family, my future brother in law and his family... uwaaa....
dua family bergabung!!! MELETUPPP!!!!
 thax to angah n en sahrul..coz sudi belanja kami orang :)
makanan banyak gilllosss... tapi just nice je la rase die... bubuk lambuk die okie dokie la...

my emak with Nayli Bilqish....owesomeee baby nih... dah pandai maen sembur-sembur liur...
pantang nampak gadjet...mesti nak pegang... "hey nayli...nanti kakak jumpa nayli lagi yerk!!!"

seocndly IFTAR @ ISTANA BAMBU RETAURANT...
double awesome...thumbs up!!! dekat decoration restaurant tuh...chantek yg amat... unique..
dah berangan nak buat wedding dekat situ ;) Berangan tak kena bayar pun kan... 
quite exspensive juga set buffet die...TAPI heheheh aku tak bayar pun...
Salihin Consulting yg tolong bayar kan... rasenye price list for dewasa RM49 kot...
sayangnye...aku hanye makan..muffin blueberry die...laksa sedap,,, dua gelas air,,,satu curry puff, dua ketul ayam barbeque yang enak... rugi kan... 
 them... adek en aizat, mama en aizat, she,nina, en aizat, ruby, kak inah,mira & fareez...
pic terakhir before balik!!! 
meet my new friend... 
semua muka tak mandi malam lagi... ;) hikhikhik...

thirdly... IFTAR@PIZZA HUT...with BFF bublezz yah n buttercup bella... :)
thax yah...invite kite untuk Iftar sesame...
kali ni kita belanja awak n bella... and yer..pak cik syuaiba sekali...
 kepala senget !!!
couple of the day!!! A DAY je la kan... :) hikhikhik....

fourthly... IFTAR@RESTAURANT MOHD CHAN :)
my ayung and BIL dari Sabah dah selamat tibe last nite...alhamdulillah...
so my abah bermurah hati nak belanja Iftar dekat luar lagi... yeay!!!
tak payah la nak masak and mengemas kan...
 nak tukar selera...nak try test masakan ala-ala cina plak..
okie dokie la...makanan die tak oily sangat...SEDAP!!!

 meet my ayung and her baby :) dalam peyut.... dah besar dah!!! OMG... mcm tak caye kan..
lebih kurang sebulan aku nak jadi 'aunty' dah!!! TUA sangat !!!
orang yang paling banyak tambah nasi... 
seronok makan ramai-ramai... makanan kurang sedap pun jadi sedap kan...kan....kan..

next...ade sape-sape nak ajak belanja aku IFTAR lagi...??? heheheh..cukuplah kot...
habiskan masa Iftar dekat rumah bersama family pulak... :)
eosk lusa tak tahu la kan...still have a chance or tak...nak rase nikmat Iftar with family and friends too...

mood raya ??? langsung tak de... tak tahu kenapa..rase mcm biase-biase sangat...
shooping raya pun tak..cukup la ape yg ade...tak beli ape2 pun yg baru... tak de mood barangkali...
TAPI...mood nak kutip duet raya tuhh...mcm lebey sikit :)
yer la..rasenye raya kali ni raya terakhir as a student laaarr!!!!
kalo pergi raya rumah sedara mara mesti dorang tanye "buat ape sekarang...???"
"saye stardy lagi pakcik..kat UKM..amik accounting...course saya 4 tahun pak cik..InsyaALLAH 2012 baru habis " explaination yang PADAT!!! dengan erti kata LAIN 
"saya student lagi pak cik...layak lagi dapat duet raya" :)

okie dokie...nak tito dah!!! esok last kerja sebelum cuti raya...
haissshhhh...mood nak keje dah sway away dah ni :) 

nota duet raya:
eheeeemmmm...dengar cerita esok mcm dapat duet raya dari boss :) alhamdulillah...

nota KAMU :
sama-sama itu Welcome kan... :) p/s ... take care :)

nota lastly:
"HAPPY EID MUBARAK from wany & family :)"

jangan buat jantung saya berlari-lari dengan laju sangat boleh tak???- wany
Related Posts with Thumbnails