LuLLiL f.r.i.e.n.d

Tuesday 1 September 2015

Tie The Knot FairuzHuda & Izham

Assalamuailaikum :)
Tak tahu berapa manusia je yang baca blog suam kuku aku ni.
Tak pe. Untuk bacaan diri sendiri dan 'device' untuk save memory, aku gagahi jua untuk tinggalkan bait bait kata. Please Wany, jangan poyo sangat ayat tu.

Finally, Last Friday, my one and only Bibik, Fairuz Huda selamat jadi wife to Izham. Alhamdulillah. Impian bibik nak kahwin pada tahun 2015, terlaksana. Sungguh Allah jua yang menetapkan segalanya.

Aku decide untuk tidur satu malam dekat rumah bibik. Konon konon, nak spent time dengan bibik. Nak makan sama, tidur sama, gossip sesama. Gelak ketawa over bersama. Konon konon nak jadi saksi atas pernikahan bibik dan Izham. Again, Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan aku.

Sampai rumah bibik, bibik tengah make up by Kak Su. Bila aku tanya bibik "Kau nervous tak? debar debar kan..." dia jawab "aku penat babe. PENAT sangat"  aku balas balik  "once in a lifetime bik!!!"  

Sambil tunggu dia habis make up, aku usha hantaran dia. Simple and sweets. Aku suka.
 Sebelum pukul 4 petang bibik dah siap make up. Tok Kadi pun dah sampai. Punctual taw Tok Kadi!!! Pengantin lelaki which is Izham pun dah ready duduk atas kusyen bulat warna putih. Ayah bibik, pun dah ready, bibik pun keluar dari bilik. Aku pun tak sempat nak tanya, apa ada dalam kepala dia masa itu. All is well bibik. InsyaALLAH :)

Since hall rumah bibik dah penuh, aku diri dekat bucu bucu bilik bibik je. Tiba tiba bibik panggil, "Wany...sini kau" aku fikir dia nak minta tolong ambil barang. Tangan aku memang dah ready pegang IC bibik, handphone and Tisu. Kot kot la bibik menagis lepas nikah. Kan biasa adegan nagis nagis lepas nikah ni... :D. "Kau nak apa lagi?" "Tok Kadi suruh panggil kawan duduk dekat dengan aku, temankan aku." Since aku je kawan bibik yang available at that time, aku akur duduk belakang bibik, sambil betul betulkan letak kain and veil bibik. Raja sehari sangat kau bik!!!

Tok Kadi mulakan majlis, baca Al-Fatihah, Istifar, baca doa, terangkan rukun nikah which is Pengantin Lelaki, Pengantin Perempuan, Wali,Dua Saksi dan Ijab dan Kabul. Then Tok Kadi mintak Izham test sekali. Izham tenang. Good!!! Aku tahu bab bab akad nikah ni, Lelaki akan extra nervous kan..kan.. Once in a lifetime. Perhaps! Tok Kadi pun teruskan agenda. Alhamdulillah ayah bibik yang nikah kah bibik. Seperti biasa. Aku Sebak. Air mata bergenang. Korang kan tahu, once dah selamat di nikahkan, lepas sudah tanggungjawab si Ayah, beralih pada si Suami.  Isteri pula kena dahulukan Suami.  Bunyi macam simple, besar tanggungjawab.

Around 4.35 petang, bibik selamat dinikahkan dengan satu kali lafaz. Cayaaalah Izham!!! Aku pula sibuk dengan phone. Supplier whatsaap and call. A few matter regarding work yang kena aku settlekan. Aku pun tak tahu menahu apa yang berlaku selepas itu. 

Esoknya majlis resepsi bibik. Bangun pagi. Bibik serve aku breakfast weh. Makan nasi goreng dalam bilik bibik. Exclusive sangat aku rasa. Moment terakhir agaknya. Teringat perangai perangai masa jadi housemate dia. Uhukkkk aku sedih.:( 

Kak Su, datang balik, untuk make up kan bibik. Aku pun dah get ready pakai baju and complete tudung. Kemas barang barang, angkut dalam kereta. Share location dekat kawan kawan yang nak datang. Aku ngantuk. Aku tidur. Bibik siap make up, pakaikan dia baju. 

Kawan kawan dah mula datang. Yeay!!! dapat jumpa balik. Banyak benda nak cerita, macam lima tahun tak jumpa. Ouh itu Normal! Tiba tiba kena jadi bidan terjun bridesmaid bibik. Dulang hantaran bibik nak bagi pada Izham ada 9. Bridesmaid sedia ada ada 6 orang je. Sebab Hari Bahagia kau bibik, aku rela angkut hantaran kau. Basuh toilet pun aku sanggup. Ok, itu aku tipu.

Bibik pun selamat naik pelamin dengan Izham. Aku pun tak kan nak ikut naik pelamin sama kan... aku lapar. Aku makan. Iema Syida Sani and Tunang Syida join aku makan. Tunggu Cik Munira dan Cik Pika sampai, untuk ambil gambar sama sama dengan pengantin. Selesai makan, minum air,  Cik Munira dan Cik Pika  pun sampai. Terus ajak dorang ambil gambar dengan pengantin. 


One word. Happy!!! Sorang sorang ahli All Together kahwin. InsyaALLAH tahun depan 2 orang lagi akan kahwin, ke tiga..?ke empat? ;) 

After Zuhur, aku get ready nak angkat kaki balik. Jauh lagi perjalanan aku, dari Klang ke Batang Kali. Selesai salam Ummi bibik, aku menonong jalan cari bibik. "Bik aku nak balik dah"   Entah kenapa, aku menagis. Eh...bibik pun nagis sama. Lama dia peluk aku. Moment terkahir kot. "Kau jaga diri...jaga Izham elok elok.. anything bagi tahu...banyak bersabar" pesan aku. The way aku pesan kat bibik, macam aku dah pernah kahwin. Poyo sangat Wany. "weh thanks jadi roomate aku...thank banyak tolong aku"  "tak de hal la bik, small matter"

"Dah lah jom..ambik gambar lagi...ajak la suami kau... Izham..jom ambil gambar" 



Lega. Itu yang aku rasa. Hajat tercapai. Thank You Allah.

Nak tengok gambar lagi, teruskan membaca gosip diruangan ini. Bajet Blog Benatifulnara ;p




 bye!!!

Related Posts with Thumbnails