K gais!!! Kita usaha sambung :)
Ada orang mintak kita update!!! Yeay terharu. Walaupun ada kemalasan sikit. Kita gigih lawan malas. :).
Hari Kedua. Jumaat. Bersamaan 1st December 2017.
Nak pergi Nami Island!!! Aaaaa... tempat cantik tu. Tempat cerita Winter Sonata tu. Selalu tengok kat TV je, ni ha, kita dah sampai. Gembira. Lompat bintang. Tempat wajib untuk visit ya. Senang kata, tak payah datang Korea, kalau tak pergi Nami Island. Faham tak, how pentingnya korang visit Nami Island bila datang Korea. Faham kan. Bagus.
Macam mana dari Myeondong nak pergi Nami Island ?
Ada beberapa cara. Boleh naik bus direct ke Nami Island. And boleh naik trai. kiteroang naik train.
Ni nak cerita sikit. Kan dah bagi tahu aku and Kak Miza tak well prepared kan. Pastu tak study dengan bagusnya cara nak pergi Nami Island ni macam mana. Fikir aku, Nami Island ni macam dekat je. Salah gais. Jauh gais.
So malam hari pertama tu, balik guesthouse, gigih la google cara cara nak pergi Nami Island macam mana. Ok, aku tak gigih. Aku google. Lepastu aku tidur. Kesian Kak Miza yang google sorang sorang. Sorry Kak :( Tak sedar dah tidur. Bangun Subuh, tengok ada whatsaap dari Kak Miza, Kak Miza bagi link link blog, orang pergi Nami Island. Serius bersalah gila masa tu. Emosi terganggu kejap.
Mandi and get ready untuk Subuh, tengok Kak Miza dah bangun. Terus cakap. "Kak, kalau tak berjaya pergi Nami Island hari ini, saya redho Kak, kita cuba hari lain" Pasrah tak ayat aku?
Bila baca semua link blog yang Kak Miza share tu, memang agak mustahil nak pergi Nami Island hari tu. Ramai pergi Nami Island naik bus. Nak beli ticker bus. Kaunter bukak pukul 9 pagi. Macam mana kalau sampai sana ticket bus tu dah habis. Rugi masa kan. So tak boleh naik bus.
Then. Katching!!! Aku ada dua orang kawan yang betul betul baru balik dari Korea. Cepat cepat DM Ateen dengan Zulaikha. Tanya macam mana dorang pergi Nami Island. Ateen reply, ateen naik MPV dengan tourist guide. Zulaikha reply pulak, dia naik train ITX. Boleh beli dekat kaunter.
Tiba tiba Kak Miza ada solution. Guna google maps jah! Kiteroang sepakat. Redah. If tiket habis kita plan benda lain. Ok set !
The journey begin. Dalam 6.30 pagi dah chow, keluar jalan kaki pergi Myeondong Station. Dari Myeodong kena pergi ke station Sinyongsan. Cost around 1250 won. Lepas dah sampai station Sinyongsan, kena keluar dari station tu then tanya orang macam mana nak pergi Yongsan Station. Tak jauh gais. Lima minit jalan kaki je boleh sampai Yongsan Station. Yongsan Station ni macam KL Sentral jugak. Ada banyak line train and ada shopping mall.
Sampai Yongsan Station terus cari Information counter, tanya kat mana nak beli ticket nak pergi Nami Island. Kena beli ticket train ITX ke Station Gapyeong. Alhamdulillah. Information counter tu memang dekat je dengan Kaunter tiket ITX. Kiteroang terus beli ticket pergi balik. Rupanya, banyak je jadual/masa nak ke Nami Island tu if nak guna ITX. Cumanya, waktu kiteroang nak pergi tu, boleh pilih seat. Ticket balik, tak da seat. Harga murah sikit. Risiko dia, kau berdiri lah bila tak da seat. Cost ticket naik ITX pergi balik Yongsan - Gapyeong - Yongsan 10,100 won.
Masa dia lama ya gais nak sampai ke Gapyong station tu. 2 jam lebih. Berhenti dalam 3 station. Masa untuk tidur lah. Sebenarnya, kalau tak tidur boleh je menikmati view view kat luar tu. Tapi aku pilih untuk tidur. Sebab tidur kan best ;D. ITX ni ala ala ETS lah. Laju. Kurang pit stop. Ada orang jual makanan.
Dah sampai Gapyeong. MashaALLAH, SEJUK NAMAAAATI!!!! Sejuk dia berganda tahu. Masuk toilet, tampal dekat badan dan baju patch warmer. Keluar dari station Gapyeong tu, excited!!! Sebab pokok pokok dia ada bekas salji. Tapi salji dah kotor lah. Ahhhh, peduli. Asalkan salji .*excuse my batakness*
Dari station Gapyeong boleh naik bus atau taxi nak ke Nami Island. Bus cost dia dalam 6000 won. Tapi dia tour bus. Makna, boleh pergi tempat lain lain jugak. Kalau korang dah jawab survey dekat KTO punya web, and korang dah ambil voucher dekat office KTO tu, ada voucher untuk bus tour tu. Korang just perlu bayar 2500 won je. Murah kan.
Tapi rasanya, if korang pergi ber groop 3 ke 4 orang lagi murah naik taxi. Taxi berderet je luar Gapyeong Station tu. Cakap je nak ke Nami Island. Once dah naik taxi tu, meter dia terus tunjuk 3000 won. Sama macam taxi bermeter kat KL tu. Waktu pergi, kiterong share taxi dengan satu chinese couple dari Singapore. Sorry terkacau korang dating. Haha!!! Waktu pergi cost dia 3300 won. So sorang approx dalam 1000 won. Balik dari Nami Island ke Gapyeong Station tepat 3000 won. Balik kongsi berdua je dengan Kak Miza. Naik Taxi ni jimat masa je lah and selesa sikit lah.
Sampai Nami Island. Nak Nangis !!! Sebab ingatkan tak sampai. Alhamdulillah, Allah bagi mudahkan urusan sampai juga Nami Island.
Dah sampai Nami Island, boleh beli ticket. 8000 won dekat kaunter. Kena tunjuk passport. Aku pun tak tahu kenapa kena tunjuk passport.
Dapat je ticket, boleh get ready naik ferry untuk ke seberang. Ferry dia besar tapi tak banyak seat. Ferry macam kat Penang tu. Kalau sejuk, mabuk laut duduk je lah dalam ferry tu. If nak gedik gedik keluar tengok view kat luar, boleh je duduk kat luar ferry tu.
Dah sampai Nami Island, boleh beli ticket. 8000 won dekat kaunter. Kena tunjuk passport. Aku pun tak tahu kenapa kena tunjuk passport.
Dapat je ticket, boleh get ready naik ferry untuk ke seberang. Ferry dia besar tapi tak banyak seat. Ferry macam kat Penang tu. Kalau sejuk, mabuk laut duduk je lah dalam ferry tu. If nak gedik gedik keluar tengok view kat luar, boleh je duduk kat luar ferry tu.
Apa yang best sangat Nami Island ni Wany? Tempat dia cantik. Cantik dan Cantik. Indah. Serius Indah. Semua tempat kau rasa nak amik gambar. And jujurnya, ada rezeki, dapat kahwin, Allah bagi pinjam nikmat rezeki ada suami, nak ajak suami kita pergi sini lagi. Hahaha!!! Boleh buat sesi luahan perasaan, iloveyou, youhavetolovemetoo . Tahi. Nonsense lah Wany.
Pergi dengan keluarga besar pun best. Boleh main lari lari. Main hide and seek.
Kat sini tempat untuk chill je. Jalan jalan. So make sure pakai kasut yang paling selesa. Since aku dengan Kak Miza pergi musim winter, banyakkk tempat bara api. Agak dah rasa tangan kau dah nak jadi ice. Chill rehat dulu, panaskan badan dekat bara api.
(ada rezeki, kita pergi sama sama ya )
Kat sini tempat untuk chill je. Jalan jalan. So make sure pakai kasut yang paling selesa. Since aku dengan Kak Miza pergi musim winter, banyakkk tempat bara api. Agak dah rasa tangan kau dah nak jadi ice. Chill rehat dulu, panaskan badan dekat bara api.
Jangan lupa untuk beli sweet potato dia. Ya Ampun!!! Manis weh. Manis lemak. Makan panas panas waktu musim sejuk memang nikmat. Cost 2000 won. Jagung bakar pun ada. Tapi tak sampai hati nak beli. Mahal bila convert duit RM. 8000 won. Convert ke RM jadi RM 24. Aku syak, mesti manis jugak jagung tu.
Makanan halal banyak je. Orang kata mahal sikit la kot. Kiteorang tak beli. Sebab bawak bekal siap siap. Jimat. Toilet dia punya banyak. Tak payah nak risau. If nak solat pun boleh. Super selesa ok surau dia. Siap ada tempat ambil wudhu. Surau dekat dengan library.
(surau. Telekong sejadah pun ada kat sini. )
(masuk pintu sebelah kiri pizza & cafe tu untuk ke surau)
Kalau ada bawak baby ke, boleh la bawak stroller sekali. And bawak baby masuk library dia. Ada tempat mainan and banyak buku budak budak.
Apa lagi ya ? Ouh ya, boleh sewa basikal jugak. So betul betul boleh feeling macam dalam cerita Winter Sonata tu. Cost sewa basikal tak tahu. Tapi andai kata ada rezeki pergi lagi, nak sewa basikal. Sebab kawasan dia luas..
Aku dengan Kak Miza tak round habis pun. Sebab penat jalan. Hahaha. Plus sejuk weh. Tak mampu nak tahan. Kiteorang pergi tempat poin point yang wajib pergi je. Banyak je kerusi meja dekat sepanjang jalan. Boleh la nak rehat kan. Nak baring pun boleh kalau sanggup ;p.
Overall tetap puas hati. Gembira. Hajat tercapai. Senyum :)
Ok itinerary day 2 tak habis lagi. Sambung kemudian aci tak??? Please ;p.
No comments:
Post a Comment