LuLLiL f.r.i.e.n.d

Friday 30 June 2017

Kau telah pergi tanpa cinta, yang sebenarnya ada bersama ku .

Satu Syawal 1438 H. Bersamaan Ahad 25 Jun 2017
Apa lagi, Yang aku fikir hadiah dari MU. Peluang, ruang dan masa. Terima Kasih.

Satu tahun itu ada 365 hari. Satu tahun itu punya 525,600 minit. Terima Kasih atas tepatnya 15 minit kamu peruntukkan untuk orang. Terkejut pasti ada. Namun aku senang. Namun aku berlapang dada. Namun aku senyum.

Akhirnya lima belas minit itu, buat aku rasa, perasaan itu masih sama. Segar macam dahulu kala. 8 tahun dahulu lebih tepat. Kenapa aku terlalu senang dengan keadaan itu. Sama macam dahulu kala. Allah. Bahagia. Sama macam dahulu kala. Rasa kamu tiba tiba terdekat dengan orang. Benci!

Walaupun aku sedar dan tahu hakikat sebenarnya tak akan ada apa apa perubahan yang akan berlaku tentang hubungan kamu dan orang. Walaupun aku tak tahu apa yang kamu rasa. Tapi keadaan kamu sama macam dahulu. Riang kamu. Bicara kamu. Sama macam dahulu kala. Orang senang :) .

One thing yang aku rasa dan aku akui. Kita dah dewasa. Aku cepat sedar. Keadaan ini terhad untuk lima belas minit sahaja. Itu pun dah buat aku terbahagia lebih dari biasa. Ok cukup sampai sini. Esok hari keadaan, akan jadi seperti biasa.

Biarlah masa yang menentukan.Ada kala aku rasa ada ruang dan peluang untuk kita berkongsi takdir . Tapi lebihan masa yang ada dalam satu tahun, bukan berpihak pada aku. Akur.

Mana yang baik dan bahagia untuk kamu, Moga ALLAH redha .



Related Posts with Thumbnails