LuLLiL f.r.i.e.n.d

Tuesday 15 December 2015

Kerana Pisang itu...

Hi!!! Datang kembali :)
Hari yang biasa pada awalnya, menjadi sedikit luar biasa pada petangnya. Sedikit luar biasa pada perasaan. Alhamdulillah still under control. You have to ensure your perasaan bukan pada takuk yang lama. 

Lunch tadi aku makan nasi ayam kukus sedap giler. Beli dengan harga RM 6, dekat tepi Masjid area Batu Muda.Nasi yang banyak, melebihi keperluan kapasiti perut aku. Tak mampu aku nak habiskan. Makan nasi ayam kukus tadi buat aku kenyang sampai petang :) Nikmat.

Rezeki jangan ditolak. Kak Miza, colleague merangkap kawan menular merangkap agen cari jodoh aku and merangkap kawan meja sebelah aku. Kawan gossip jugak. Gossip dalam lingkungan office environment. Kak Miza beli goreng pisang sedap ranggup, ada berlebih dan minta aku habiskan.

"Wany makan ni, habiskan" Sambil hulurkan bungkusan kertas colour coklat. Aku ambil dan tengok. Goreng pisang sedap! Nikmat. Aku ambil satu sambil cakap "sambal kicap mana sambal kicap?" Kak Miza pandang muka aku "Nak sangat ke kahwin dengan orang Johore?" FYI,,, makan pisang goreng with sambal kicap is one of  top food kat area Johore. Spontaneous aku jawab "Dulu, nak la sangat kahwen dengan orang Johore. Dulu la"  Mendatar. "Ops Wany, akak tak sengaja. Maaf ya" Ya, Kak Miza tahu la serba sedikit kisah cinta aku yang tak kesampaian. "You make my heart breaking Kak Miza, it's ok :) Past is Past la kan..." 

Tamat. 

Sometimes you are trying very hard to make sure you are totally forget your past bad memory. Jujur aku tak mampu. Sungguh sungguh aku nak lupakan, mesti ada sesuatu yang buat mesin ingatan aku ter flash back ingat dia. Bukan nak hidup dalam kenangan. Cukup lah 5 tahun lamanya hidup dalam kenangan. Sungguh sungguh aku dalam Move On Phase :) #prayforwany 

Kalau kau tanya aku, jauh mana aku redha untuk lepaskan, aku tak da jawapan. Jauh sudut hati aku, moga cepat aku jumpa future husband. Sungguh nak create memory dengan future husband dengan harapan aku boleh lupa selumatnya perkara perkara yang tak perlu aku ingat :) again #prayforwany

Bye!!! Terima kasih pisang sedap rangup, buat aku ingat Kamu seminit dua. 

Related Posts with Thumbnails