LuLLiL f.r.i.e.n.d

Sunday 4 January 2015

Sai'e dengan Mak Cik Langkawi :)

Assalamuailaikum :)
Pertama untuk 2015. Alhamdulillah.
Nak sambung lagi cerita Umrah. Thanks for those yang sudi reading my story. Nah kita kenyit mata kat awak ^_* :)

Lepas selesai solat sunat tawaf. Ustaz Sayed kumpulkan balik jemaah. Check cukup tak jemaah kumpulan kiterorang. Alhamdulillah...semua jemaah dengar cakap Ustaz Sayed. Baik :) Ustaz Sayed bawak kiteroang ke tempat nak lakukan Rukun Umrah seterusnya which is Sai'e. On the way nak ke arah Sae'i tu... ada paip air zam-zam. As ussualy Ustaz Sayed bagi waktu untuk minum. Ustaz Sayed tak akan suruh jemaah rush. Sebab faktor usia yang berbeza and biarlah kita ambil masa lama untuk completekan urusan Umrah daripada tergesa-gesa..nanti jatuh sakit ke..orang hilang ke.. kan..kan..kan... :) Kat sini setiap jemaah memang tak boleh nak selfish. Pupuk rasa take care kat setiap jemaah yang lain.... Treat like family :)

Sampai kat tempat Sai'e. Ustaz Sayed bagi penerangan cara nak buat Sai'e.  Sai'e tak semestinya kena ada wudhu.Cumanya lagi bagus jaga wudhu..sebab kot kot la time buat Sai'e dah azan Zuhur ke..Asar ke... dah boleh get ready untuk Solat dekat tempat Sae'i. Tawaf wajib kena ada wudhu. Kalau tawaf kita buat 7 kali, Sai'e pun kita buat 7 kali. Rukun Sai'e ni berjalan kaki dari Safa ke Marwah. Dari Safa ke Marwah dikira satu kali...Marwah ke Safa dikira satu kali... dan berikutnya hingga cukup 7. :) Ustaz Sayed siap share knowledge lagi, hikmah Rukun Sae'i adalah jemaah kena ambil iktibar dari kecekalan Siti Hajar gigih mencari air untuk anaknya iaitu Nabi Ismail A.S . Siti Hajar berjalan along Safa ke Marwah nak cari air. Kira jauh juga. Aku enjoy je buat Sae'i ni...sebab tak berhimpit, semua jemaah jalan sehala je kan... then tak da lah yang melawan arus...so macam relax...jalan-jalan kat shooping complex tu kan... :)

Tapi tak da la relax sangat...Remember ada doa khusus yang perlu kita baca along the way dari Safa ke Marwah. Sampai  je kat area Safa... Ustaz minta setiap jemaah lafaz niat Sae'i umrah. Ustaz Sayed akan lead... then jemaah follow. ada doa khas yang boleh kita baca. Ustaz akan lead, jemaah aminkan je. Tapi Ustaz Sayed akan minta jemaah baca sendiri pula. Ingat baca terjemahan sekali bagi hadam dalam hati.

Kalau Tawaf ada Istislam kearah Rukun Hajarul Aswad, Saie pun ada istislam. Melambai tangan kearah kiblat. Bacaan dia senang je.. "Bismillahi,Allhuakhbar walillahilham" :) After that mula jalan dari Safa ke Marwah. Sambil jalan ada bacaan doa. Sampai je dekat laluan lampu hijau... Lelaki disunatkan untuk lari anak. Perempuan chillaxx je...jalan :) Lampu hijau ni both side ada. Dari Safa ke Marwah ada and Marwah ke Safa pun ada.   And this part pun ada bacaan khas. After lampu hijau terus  mara ke hadapan. And get ready untuk baca doa yang seterusnya. Thats why kena pengang selalu buku kecil panduan Umrah tu :) Senang cerita every step kita kat sana, ada doa :) Along the way nak ke Safa or Marwah, if tak silap ada dua tempat pili air zam-zam versi sejuk. So boleh berhenti minum ke...nak basahkan muka pun boleh ke...ambil wudhu pun boleh. Tapi hati hati la tang nak jaga aurat.


Gambar pinjam dari Google :) Gambaran tempat Saie. Aku tak da satu pun simpan gambar dalam area Sae'i. Jujunya aku tak berani nak pegang phone ketika Sai'e atau Tawaf. Sebabnya takut niat dah lari. Memang nak sangat rakam video or at least gambar ketika Tawaf atau Sae'i. Tapi Ustaz Sayed dah pesan... ingat niat utama. So tak mau terkeliru..better simpan je phone dalam bag :)


 Everytime nak mulakan Saie either dari Safa or Marwah,Ustaz Sayed kumpulkan jemaah dekat satu sudut tepi. Contohnya dari Safa ke Marwah... berhenti dekat satu check point... Ustaz Sayed akan counting jemaah cukup atau tidak. Boleh la berehat sekejap...nak duduk pun boleh... nak minum air pun boleh.. If da cukup... Ustaz Sayed akan lead baca doa yang berikutnya.Word by word. Aktiviti ini akan berulang sampai cukup perjalanan Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. 

Jadi lah satu kisah aku dengan mak cik dari Langkawi. I guess umur mak cik ni 55++. Mak cik ni datang buat umrah dengan suami(Pak Cik Langkawi) dia. Pak Cik  Langkawi tu pun dah tua juga. Tapi badan sihat. Jalan laju lagi. Kan aku ada bagi tahu...waktu dekat lampu hijau, lelaki disunatkan untuk lari-lari anak. Lepas lampu hijau boleh jalan macam biasa balik. At first aku Sae'i dengan Mak. Tapi Abah nak jejalan berdua dengan Mak. Aku ok je :) Boleh jalan sesorang. Dah biasa kot. Selepas selesai perjalanan dari Safa ke Marwah... jemaah berkumpul dekat check point yang Ustaz Sayed tetapkan. Ustaz Sayed pun buat counting..nak kira jemaah cukup ke tak. Sadly... jemaah tak cukup sebab Pak Cik Langkawi dah hilang ntah kemana. Ustaz Sayed tanya la dekat  Mak Cik Langkawi " Hajjah...Haji mana? " Mak Cik Langkawi jawab... "lepas lampu hijau pak cik terus lari laju...laju...tinggalkan mak cik"

Aku gelak...kalau boleh nak gelak berdekah. Tapi sedar diri aku dekat kawasan Tanah Suci *_*. Aku senyum. Pak Cik Langkawi tu mula lari dari lampu hijau...after kawasan lampu hijau..dia lari laju jugak... mara ke depan...then dah berpecah dengan kiteroang. Kiteorang semua melilau la mata..mencari Pak Cik Langkawi ni..kot..kot jumpa... tapi tak nampak. Then Ustaz Sayed decide... kita teruskan je. Sebab kalau nak tunggu, pergerakan semua jemaah jadi lambat. Time tu dah pukul 2 pagi da. Takut ada jemaah lain yang dah penat

Kebetulan Mak Cik Langkawi tu diri sebelah aku...terus dia paut tangan aku... aku pun pelik la.. kenapa mak cik ni paut tangan aku? Mulalah aku bermanis mulut "Mak Cik larat tak nak jalan ni?"  "Eh Mak Cik kuat jalan...cumanya kena berpaut la... baru boleh jalan laju,,, kalau sesorang lambat jalan nya" Maka fahamlah aku kat situ...yang Mak Cik Langkawi ni nak paut tangan aku sebab senang sikit dia nak jalan. Kuat dia pengang lengan aku. Mesti dalam hati Mak Cik ni risau...sebab suami dia dah jauh kehadapan. Nampak Mak Cik ni macam dah hilang sikit fokus...nak baca doa yang mana. As orang muda kat situ...try to cool kan Mak Cik tu...buat dia fokus balik...buka kan buku Umrah tu..tunjukkan doa mana yang patut di baca. Sama sama baca doa dengan Mak Cik tu. Waktu pusingan ke enam baru dapat jumpa balik Pak Cik Langkawi tu...lega semua jemaah yang lain. Alahai Pak Cik :)

Umrah ke dua pun Pak Cik Langkawi tu lari laju lagi tinggalkan Mak Cik ni. Selamat time Tawaf Umrah ke dua memang aku jalan dengan Mak Cik ni. So tak de lah Mak Cik ni risau sangat. Rindu pula dekat semua jemaah group aku.^_^

After selesai tujuh pusingan... boleh get ready untuk bertahalul. Iaitu bercukur atau gunting at least tiga helai rambut. Untuk jemaah wanita...bawa gunting kecil...simpan dalam bag...pastu... tarik la rambut dalam anak tudung..and guntingkan lah. Tak pun boleh minta tolong jemaah lain. Selesai urusan bertahalul, menghadap kiblat...baca doa untuk selesai bertahalul. Maka selesailah Rukun Umrah. Alhamdulillah. Bebas dari pantang larang Ihram.

Incase ada yang terlanggar pantang larang Ihram macam ternampak dan tersedar tarik rambut and gugur or terpakai songkok/menutup kepala (bagi lelaki) dengan sengaja boleh la bayar dam. Sehelai rambut bersamaan  SAR 10. Cara nak bayar...senang je... jumpa mana-mana pekerja yang membersihkan kawasan Masjid bagi je SAR 10 sambil cakap je "Dam" . Faham lah perkerja masjid tu.

Tamat cerita Umrah pertama Wany ;)
Terus snap pic after keluar dari kawasan Saei. Masa ni dah pukul 3.00 a.m, which is waktu Malaysia dah pukul 8.00 a.m. Terus whatsaap family "alhamdulillah selesai Umrah pertama" and Jawa  "weh...aku dah selesai Umrah... Alhamdulillah" 

 iyeee...Abah tak henti henti pandang ke langit and suruh Emak pandang ke langit jugak...sebab nak tengok bangunan bangunan around Masjidil Haram.


Angin kuat...sejuk sudah pasti. Waktu ini Mekah memang kira sejuk. Esokya Mekah mulai panas.

To be continue ;)

2014 tinggalkan kita. Berbalik pada April 2009, ada satu janji yang belum Kamu lunaskan. Berbalik juga pada kata... sebaik-baik perancangan adalah perancangan DIA :)
Related Posts with Thumbnails