LuLLiL f.r.i.e.n.d

Thursday 26 March 2015

Jabal Rahmah :)

Assalamuailaikum :)
19 February 2014. Meneruskan aktiviti Umrah. After Subuh, breakfast and get ready naik bus untuk buat Umrah kedua. Dikira Umrah Sunat. Niat Miqat kali ini dekat Masjid Jaranah. Jemaah lelaki, Mutawwif dah pesan get ready bawa pakaian Ihram. Jemaah perempuan, pakai biasa je. Tak payah nak bawa telekung.Jubah, stokin, hand sock and tudung labuh, dah boleh bawa untuk Solat :) Kali ini jemaah  bus aku tak full. Sebab ada beberapa nenek and atok dah tak sihat ;( Dorang prefer rehat dekat hotel.

Sebelum sampai dekat Masjid Jaranah, Mutawwif bawak kiteotang ziarah tempat lain, such as tunjuk kawasan jemaah Haji yang akan bermalam di Mina, tunjuk kawasan stesen LRT dorang, yang mana hanya beroperasi pada musim Haji je, then bawak pergi Mount Arafat, Mount Thawr, tapi tulah tak boleh nak berlama. Mutawwif bagi turun sekejap and ambil gambar. Mana-mana pakcik yang dah tak larat nak bangun and turun, boleh stay je kat dalam bus. And last place before pergi Majid Jaranah is Jabal Rahmah :) Jujurnya, this is the place yang aku amat teringin nak pergi. Amat!!!

Masa singgah Jabal Rahmah, Mutawiff bagi masa lama sikit .Bagi peruntukan masa untuk jemaah hiking Jabal Rahmah. Ok, macam - macam perasaan or lebih tepat lagi is aku nervous.  Dari dalam bus, otak aku dah keliru nak fikir nak doa apa untuk diri sendiri.

Well nak berdoa anytime, everywhere pun boleh. Doa depan Kaabah  lebih mustajab untuk Allah perkenan kan doa. Cumanya Jabal Rahmah ni, macam Mutawwif cakap dengan kieteorang is tempat yang boleh berdoa untuk mempereratkan kasih sayang antara suami isteri, antara keluarga, adik beradik... untuk yang belum berkahwin macam aku ni, boleh berdoa minta ALLAH mudahkan usuran jodoh, dipertemukan jodoh yang baik lagi beriman. :) Ada juga yang kata Jabal Rahmah ni bukit Kasih Sayang. And ada juga aku ada terbaca dimana, Nabi Muhammad S.A.W, ketika Baginda hendak melakukan Umrah, Baginda ada singgah sebentar di Jabal Rahmah ni :) 

Orang ramai nak naik Jabal Rahmah ni. Ada tangga khas untuk naik sampai atas, Tak tinggi pun. Along the way nak naik atas guna tangga ni, ada peminta sedekah, ada yang jual inai serbuk.Mostly dari rakyat Nigeria. And sewaktu aku naik tangga ni, aku jadi confuse and tergelak sesorang. Sebabnya, ada banyak...aku ulang banyak...gambar-gambar pasangan kekasih or suami isteri dorang letak kat sepanjang laluan nak naik ke Jabal Rahmah. "Perlu ke???" " Kenapa dorang nak kena letak gambar bersama dorang kat sini" "Weh tak sayang ke gambar bf/gf korang ni?" Weh gambar korang kena pijak!!!" Hahaha:) Monolog dalaman.

Semakin dah nak sampai kat atas tu,,,semakin berdebar-debar. Allahurabbi. Nak susun ayat nak minta doa ape ni...Nasib baik Mutawwif dah pesan dalam bus, untuk yang bujang-bujang, tak payah nak mengada-ngada sebut nama orang yang awak nak kawen sangat. Belum tentu itu jodoh terbaik untuk awak. "Eh Ustaz ni tengah perli kat aku ke???" hahaha:) Monolog dalaman lagi.

Hati aku tisu. Tisu se tisu tisu nya. Sampai je kat puncak Jabal Rahmah tu, I don't know why,,,aku terus menagis. Aku tak sedeh..Tapi aku sayu kot. Abah and emak kat depan aku... of course la abah and emak boleh berdoa bersama-sama untuk pereratkan ikatan suami isteri, Aku macam tercengang. Then Abah panggil.. " Wani cepat doa". Time ni air mata dah tumpah setumpah tumpahnya. Tak mampu nak keluarkan suara. Minta doa dalam hati je. Badan bergetar tahan nagis :( Kenapa ya Wany ?

Jujurnya aku perlukan sesuatu kekuatan or lebih kepada semangat baru. Aku minta ALLAH buka kan hati aku...pujuk hati aku..untuk lupakan seseorang yang tak nak angkat aku as a wife, minta ALLAH paling kan rasa sayang aku kepada yang berhak untuk terima, minta ALLAH remindkan untuk sentiasa redha dengan ikhlas lepaskan apa yang tak sepatutnya aku tanggung. And minta ALLAH sedarkan aku yang ALLAH IS ALWAYS THE BEST PLANNER :) 

Alhamdulillah,day by day aku cuba untuk nyahkan perkara-perkara berkenaan. Lima tahun dah tanggung. Tak kan nak tanggung lagi untuk another 5 years kan...kan..kan...? Cumanya aku ni manusia yang teramat biasa. Sometimes aku tak sedar ada perasaan lama tu kembali. Cepat cepat ingat keadaan kat Tanah Suci, apa yang aku minta dari Allah, so aku kena kuat untuk lawan perkara-perkara berkenaan :)

And tak lupa juga untuk sahabat-sahabat dunia akhirat, yang ada kirim doa "Wany nanti kat sana doakan aku dapat cepat bertemu jodoh yek" " Babe doakan jodoh aku kat sana yek"... Yang mana aku sempat ingat, aku cuba panjatkan doa. :) 

Moment moment di Jabal Rahmah :)


Crowded juga kat atas tu. Then, gambar-gambar pasangan kekasih masih berlambak kat atas tu..kat celah celah batu pun  ada. Aduhai confirm kena pijak. At this time...tiba-tiba aku teringat cerita drama ADAM & HAWA, scene Aaron Aziz and Nadia Nisa kat Jabal Rahmah. Ouh...hohoho so sweet. Mula lah nak berangan kejap, toleh kiri toleh kanan, kot kot,,,memang dah ada jodoh tengah tunggu  kat atas tu kan...ihikhhhsss:p :p gedik namanya tu Wany!!!

Bila balik Malaysia, ada lah tanya emak " Ma..waktu kat Jabal Rahmah tu...Ma ada doakan tak jodoh untuk Ani?"  Risau la kita...if Emak terlupa nak doakan untuk kita kan. Sebab kita sangat percaya Doa seorang ibu ni tiada hisab :) Emak kata " Emak tak lupa doakan untuk kamu...lepas solat pun emak doakan..." "Doa jodoh Ani kan..?" "Iyerlahhh!!!"  :D 

Then dah berlama-lama kat Jabal Rahmah, Mutawwif belanja minum air mineral sejuk. Oh...sedap nya tekak time tu. Naik bus balik siap sedia untuk ke Masjid Jaranah untuk bermiqat niat Umrah. Setibanya di Masjid Jaranah, jemaah lelaki je turun, untuk tukat pakaian Ihram. Jemaah perempuan stay atas bus je. Sekali lagi Mutawwif  ajar niat bersama-sama. Fokus untuk Umrah kedua pula :)

13022015 Officially 26 years old :)
Pn Ida, nanti Pn Ida ada kelapangan masa Umrah April nanti doakan saya cepat dipertemukan jodoh ya :)

Related Posts with Thumbnails