LuLLiL f.r.i.e.n.d

Thursday, 7 December 2017

Trip Seoul Korea Winter 2017

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :)
Excited.Gembira.Debar-debar.Sedikit sedih.Kind of mix feeling.
Perlu ke nak update blog, khas untuk Trip Seoul Korea Winter 2017?
Ada ke manusia nak baca?
Cerita Umrah tiga tahun lepas pun tak habis lagi Wany =_=. Ada hati nak update cerita yang baru???

Sis cuba ok. Cuba. Cuba. 

Tak plan pun nak pergi Seoul, Korea. Serius TAK.

Asalnya nak pergi Jakarta je. Tapi tunggu next year je lah. Tiada kepentingan sangat pun. Dapat pergi Alhamdulillah. Tak dapat pergi pun tak pe. Plan nak pergi Jakarta pun dengan Kak Miza. Sambil pergi, boleh temankan Kak Miza collect barang untuk business kat IG dgn FB. Boleh check IG Kak Miza lacebydhia.

Tiba Kak Miza ajak pergi Perth. Awwww. Yeay! Nak pergi. Nak ikut. Nak pergi jugak. Haruslah exciteeedddd! Sebab tak pernah sampai sana kan. Semangat Gillsss nak pergi ohkay! Check ticket,,, check punya check, masa dan ketika tak cantik. Sebab clashing dengan aku punya hal kerjaya. Which is, aku dengan boss baru Puan T kena pergi Langkawi untuk Budget Conference 2018. Itu menyedihkan.

Tiba - tiba lagi, ringan mulut aku tanya Kak Miza, "kak, cuba check ticket pergi Seoul". Jeng! Jeng! Jeng! Available untuk date 29 Nov - 5 Dec !!! Oh. Happy lagi. Tapi tak bersemangat sangat,,, sebab kerja banyak. The worst part is, semua preparation awal, Kak Miza yang tolong buat kan.

Dari book ticket, book hotel, pening kepala nak stay kat mana, itenary, beli makanan kering, fikir barang apa nak bawak, semua Kak Miza yang buat. Aku ok kan je. Dan bayar. Teruk. Tak tahu nak cakap terima kasih macam mana dekat Kak Miza. Thank You Kak Miza.Muaaahh sikit *_*.

Berapa total duit habis Wany, untuk bercuti ke Seoul Korea ? Nah, aku attach gambar :)


1. Insurans. Pun Kak Miza yang register kan. Aku providekan maklumat nama, no. ic, alamat rumah, nama penjamin. Perlu ke nak beli insurance ni? Malang tak berbau gais! Lepas register, dia email no polisi, simpan je email tu dalam inbox. Kalau nak print out details pun tiada masalah. No polisi tu yang penting.

2. Makanan Kering. Pun Kak Miza tolong belikan dekat Giant. Kebetulan barang barang yang kiteorang nak beli, murah dekat Giant. Masa Kak Miza nak shopping makanan kering ni, aku kat Langkawi. Gigih whatsaap, nak bincang. Selamat dekat phone aku ada Apps Smart Shopper, so boleh bagi tahu Kak Miza, mana tempat dan makanan yang worth to buy. Makanan kering yang kiterong beli, biasalah, maggie cup, maggie ruski,beras 1KG, nestum 3 in 1, roti, sardin, nasi tomato Brahim's, prego, spageti & mineral water. Guess what, semua makanan yg kiterong beli ni TAK HABIS. Memang TAK HABIS. Kiterong sentuh maggie cup, roti dan beras. Tu pun masak sekali je. Yang lain angkut bawak balik Malaysia. Nanti aku bagi tahu kenapa TAK HABIS makanan yang kiterong bawa.

3. Gyerim Guesthouse. Pun Kak Miza book kan. Guna Agoda. So far ini yang paling murah. Gyerim Guesthouse ni dekat Myeondong. Myeondong ini boleh kata macam Jalan TAR. Happening waktu malam. Ada DAISO tujuh tingkat lagi gais! Serius. Kenapa, kiterong pilih Gyerim Guesthouse ni? Sebab utama dekat Gilsss dengan station bus dan Subway. Dalam 5 minit jalan kaki boleh sampai. Dekat sangat! Tak sempat penat pun. Gyerim Guesthouse ni bukan kawasan berbukit. So, simpan tenaga, jalan macam biasa.

Cumanya, Gyerim Guesthouse ini, saiz biliknya kecil ya kawan kawan. Kalau pergi dengan anak kecil, kena fikir 3 kali balik. If pergi dengan member. Tak da masalah. Kecilnya bilik tu macam kalau kau bawak luggage, boleh bukak luggage tu atas katil je. Kawasan lantai tak da. Solat pun sipi sipi hujung katil. Sebab itulah aktiviti masak memasak terpaksa diterhadkan. Toilet besar. TV dan Air Cond macam tak function je. Sebab, pergi waktu winter itu sejukkk yg amat. Apehal nak test buka Air Cond pulaks. Towel dia bagi. Tapi saiz towel kecil, yang khas untuk lap muka. Bijak bijak lah nak gunakannya ;). Toiletries dia bagi, except berus gigi dengan ubat gigi. Tak da lift ya, Alhamdulillah dapat bilik tingkat 1. Dia ada letak satu mesin air macam Coway tu kat ground floor. Boleh ambil bila bila ja. Ahjumma yang jaga guesthouse itu sedikit garang. Pantang orang tak buka kasut,dia akan bising. And tak boleh cakap english langsung gais. Dia cakap Korea, kau anggukan aje :).

4.Ticket Flight. Cost aku RM 365 return. Yang ini aku menang besar. Dan seriously, tak boleh jadi panduan umum. Apehal harga ticket aku murah sangat? Return, 30 kg, Include meals, Malaysia Airlines (MAS) with cost RM 365. Inilah rahsianya. Kak Miza's husband, kerja dengan MAS. MAS ada buat program, staff boleh masukkan nama dalam 10 orang kot, untuk list family and friend. So, Kak Miza baik hati dan murah hati masukkan nama aku. So, boleh beli ticket super duper murah yang MAS tawarkan. Cumanya, ticket yang beli ini, istilah dia Standby Ticket. If flight tu banyak available seat, kau boleh naik. If flight tu full seat, kau kena tunggu next flight atau cari flight masa lain yang banyak seat lagi. Sebab itu lah, supposed to be, aku stay kat Seoul sampai 5/12. Tapi, check system 5/12 ticket dah full. Tak berani tanggung risiko. Duit pun dah tinggal sipi. Kiteroang decide balik 3/12. Flight date tu banyak kosong lagi.

5.Winter coat bundle. Part ini, memang aku siapkan sendiri. Heh. Dah kecoh dekat FB, kata Korea dah snow, so cepat cepat google pakaian khas untuk musim winter. Aku tak banyak masa nak beli baru pun weh. Plus budget tak da. Imagine aku ada dua hari je nak cari barang barang tu. Well, lucky aku ada Ayung. Ayung ada semuaaaaa pakaian khas untuk Winter. Nasib sesaiz. Ok tipu! Aku besaqq sikit. Tapi muat :) Aku cuma beli jacket bubble dekat bundle with cost RM 35. Heh! Happy me. Alaaa nak pakai sekejap je kan, Ok kot beli bundle.

6.Korean Won. Yang ini aku pening jugak. Nak tukar berapa weh duit. Since kiteorang tak da buat proper planning, which is hari pertama nak pergi mana, plus tak sempat nak study line subway semuaaa... aku decide tukar la untuk RM 1000. Sebab dah fikir, makanan bawak dari Malaysia, untuk jimat. Plus, tak da niat nak shopping melampau. Aku tukar duit dekat Pekan Rawang sebaris kedai Mega India sign board colour biru BN. 1000 Won bersamaan RM 3.77. Before that, Kak Miza ada survey kedai money changer dekat Mid Valey. Ramai orang suggest beli kat situ sebab murah. Check punya check, yang kat Pekan Rawang lagi murah.


Ini lah total perbelanjaan aku sepanjang kat sana. Ini pun tak shopping melampau ya. Alhamdulillah nafsu terkawal.Ha ha !

7.Transport to KLIA. Dari rumah, Emak Abah tolong hantarkan ke rumah Kak Miza. Alhamdulillah, adik ipar Kak Miza, boleh tolong hantar kan ke KLIA. Kiteorang sharing sorang RM 30, untuk topop minyak dengan bayar toll. Kalau naik grab car atau uber might be around RM 65 - RM 80 juga dari Batu Caves direct ke KLIA. Kenapa tak naik bus dari KL SENTRAL? Tak nak. Tak bawak luggage. Bawak bag jenis pack. Seorang, dua bag. Quite heavy. Sebab stock makanan yang banyak. (Tapi TAK HABIS makan. Heh). Better guna kereta.

8.Data Roaming. Mostly bila baca kat blog, ramai yang cadangkan untuk sewa pocket wifi. Servis ni dekat Malaysia pun ada, Incheon Airport pun banyak kaunter yang provide. Tinggal nak pilih dan sewa. Pocket wifi ni boleh sharing ramai ramai la, kot. 5 user boleh kot. Since aku dengan Kak Miza guna U Mobile, then, Kak Miza study dekat Apps My Umobile, ada buat promotion untuk roaming data serendah dari RM 10/day. Ikut negara mana yang korang nak pergi. Rezeki. Untuk Negara Korea U Mobile charge RM 10/day. Terhad 500mb. Lepas dah habis 500mb jadi slow sikit laaa korang punya kelajuan internet. So far aku cukup je 500mb per day. Dekat guesthouse ada Wifi. Don't worry.
To pop siap siap kat Malaysia. So every morning, U Mobile akan sms bagi tahu deduct RM 10/day. Aku sempat guna 3 hari je. First day dengan last day, guna free wifi yang available.

Sekian :)

Opss. Sikit tips. Better korang like page FB Korea Tourism Organization Malaysia and Road to Korea. Banyak benda info terkini boleh korang dapat. Korang jugak boleh isi survey form dekat web visitkorea.com . Lepas berjaya isi survey form, boleh datang office dia untuk reedem voucher and dia bagi booklet. Ada dapat T-Money card. Dalam T-Money card tu ada 2000 won. Free gais!!! Function T-Money ni sama macam TNG. Untuk yang banyak guna bus, subway, worth it untuk korang grab!. 

Friday, 17 November 2017

Give me a memory I can use.

Worth it for 39 minutes.
Terima Kasih sudi luangkan  masa 39 minutes untuk orang.
Kedua kali untuk tahun ini. Janggal. Bukan selalunya, setahun satu kali ? Seperti perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha ;)
Too long for me. But this time, orang rasa orang lebih nak dengar dan hayati every single word from you.
Telepathy perhaps. Kadang kadang bila orang ingat atau tiba tiba kamu muncul, orang terus fikir, ouh kamu pun fikir orang jugak. Cukup. Tapi jarang jarang berlaku.

Tenang. Tiada apa apa debaran.Rasa macam gembira, tapi rasional lah.

Unfortunately, this time no  " You Take Care" "Kamu Jaga Diri" and Bye!
Menjerit lah orang. I can't hear you.... Memalukan Wany.
Whatsaap muncul. Oit...orang dengar kamu menjerit jeeee.
Damn!

Habis masa orang tak dapat tengok red velvet drama. Ape nihhh -__-


Thursday, 21 September 2017

Attention

What?
Dah hidup 10,477 hari.
Lately ini, selalu selalu fikir, apa sebenarnya yang kau nak dalam hidup.
Fikir perihal mati. Tapi persedian hampeh.
Nak punya satu bentuk hati yang baik. Baik yang macam Baik. Baik yang tak pernah ada prasangka mahupun prejudice yang jahat pada setiap inchi yang berlaku pada hidup ini.
Kalau terdetik fikir atau pun terlintas perkara jahat, Allah segera lah istifar. Cuba buat ya ;D

Nak bahagia. Bahagia macam mana? Punya suami, anak anak soleh solehah, keluarga penyanyang, kawan paling luar biasa di sisi.
Syukur. Masih belum punya suami. Anak anak soleh solehah. Hari hari aku sujud minta pada DIA. Terkesima. Nanti Allah bagi. Sabar.
Allah bagi pinjam nikmat ada keluarga penyanyang, Hannah Iman Ammar, kawan paling luar biasa, walaupun kuantiti nya kecil. Tapi aku cukup.

Susah ke nak bahagia? Susah ke nak jadi baik?
Cuba jangan tengok orang yang lebih bahagia. Eh, boleh tengok. Terus doakan mereka bahagia. Jangan dengki.
Cuba lihat orang orang yang lebih susah, lebih banyak dugaan dari diri sendiri. InsyaALLAH ada rasa syukur dalam hati.
Cuba selalu rasa nak tolong orang orang. Mula dengan keluarga dulu. Aku rasa ini part yang dah jarang aku buat. Sedih :(

Don't think too much. Nanti kepala berat. Fikir. Tarik nafas. Follow the flow.
Don't expect too much. Doalah. Sampai penat. Sampau puas hati. Ini pun dah lama aku tak buat. Kenapa?

Ambil lah masa. Tapi jangan leka.

Friday, 18 August 2017

Should I ?

Hai. Hei. Hye. Hi :)

Ok, mari kita bertepuk tangan sikit sikit, perlahan lahan, tanda tahniah pada Wany sebab update blog kali ke tiga untuk tahun Masihi 2017 ini. Yeay!!! Lame Wany, lame *_*

Nothing. Just nak update. Faham kan.
Actually, ada satu hari itu, aku text Bibik, minta dia update blog Bibik yang rasanya bertahun dah tak update. Mungkin blog Bibik itu dah bersawang berhabuk skala 3 inchi. Over.
Suddenly, aku mention kat Bibik, yang aku rasa, aku nak delete this blog. Benda yang aku rasa aku tak sampai hati nak buat. Aku sayang gilsss kot blog ini. How come aku tergamak nak delete this blog?

Main reason, dah tak da siapa nak baca.Melainkan diri sendiri. Heh, sendu ! Lepastu aku rasa, actually contain blog aku ni tak berilmu sangat pun. Macam tak dapat nak bagi "sesuatu" yang berfaedah kepada manusia manusia yang tetiba datang baca kat blog aku ini. Pun Sedih ! Semenjak dah masuk umur lingkungan dewasa ni, terasa ada tangungjawab nak bagi atau buat kebaikan dekat seseorang. Pergh!  Dan aku rasa reason paling tepat untuk aku delete blog ini, adalah... zaman zaman UKM jahiliah aku. Zaman yang mana rasa sayang terindah itu adalah untuk Kamu, *untillnowpunkan*. Semua aku luah letak dalam blog ini, bagi satu dunia tahu dan faham. Eh, lupa dah delete lah sikit sikit. 

Satu soalan, sampai bila nak hidup dalam kenangan lama? Sampai bila nak berhenti, fikir pasal Kamu?Sampai bila nak end kan type perkataan Kamu? Benci lah!

I have no specifically answer for that kind of question. Trust me. Everyday I'm trying very hard. Somehow, in the evening baru aku teringat. Somehow celik mata usai Subuh dah teringat. So penat. Sangat Penat. Emosi Teruk. Kah! Kah! Kah! As, I mention earlier, I'm matured enough. I'm going to enter the three series life soon, ceh... not to soon, insyaALLAH another  one year and half. So, this women name Wany dah pandai sikit lah to manage all the shitty feelings. Bila teringat, cepat cepat Wany pejam mata dan fikir something else. Just like you petik jari you. Pantas. Bila scroll IG or FB, nampak that name, pejam mata scroll laju laju. Petik jari lagi sekali.

So, I asked again my self, shoul I delete this blog ? I'm not ready yet. Sayang dowh! And currently I'm reading Proudduck Blog by Vivy Yusuf. Suddently, rasa macam best gillsss baca blog dia. Ringan otak kot. And suddently rasa, oh bukan masa ini untuk delete your blog Wany. 


It's ok. Take your time :) 

Friday, 30 June 2017

Kau telah pergi tanpa cinta, yang sebenarnya ada bersama ku .

Satu Syawal 1438 H. Bersamaan Ahad 25 Jun 2017
Apa lagi, Yang aku fikir hadiah dari MU. Peluang, ruang dan masa. Terima Kasih.

Satu tahun itu ada 365 hari. Satu tahun itu punya 525,600 minit. Terima Kasih atas tepatnya 15 minit kamu peruntukkan untuk orang. Terkejut pasti ada. Namun aku senang. Namun aku berlapang dada. Namun aku senyum.

Akhirnya lima belas minit itu, buat aku rasa, perasaan itu masih sama. Segar macam dahulu kala. 8 tahun dahulu lebih tepat. Kenapa aku terlalu senang dengan keadaan itu. Sama macam dahulu kala. Allah. Bahagia. Sama macam dahulu kala. Rasa kamu tiba tiba terdekat dengan orang. Benci!

Walaupun aku sedar dan tahu hakikat sebenarnya tak akan ada apa apa perubahan yang akan berlaku tentang hubungan kamu dan orang. Walaupun aku tak tahu apa yang kamu rasa. Tapi keadaan kamu sama macam dahulu. Riang kamu. Bicara kamu. Sama macam dahulu kala. Orang senang :) .

One thing yang aku rasa dan aku akui. Kita dah dewasa. Aku cepat sedar. Keadaan ini terhad untuk lima belas minit sahaja. Itu pun dah buat aku terbahagia lebih dari biasa. Ok cukup sampai sini. Esok hari keadaan, akan jadi seperti biasa.

Biarlah masa yang menentukan.Ada kala aku rasa ada ruang dan peluang untuk kita berkongsi takdir . Tapi lebihan masa yang ada dalam satu tahun, bukan berpihak pada aku. Akur.

Mana yang baik dan bahagia untuk kamu, Moga ALLAH redha .



Saturday, 18 February 2017

Dua Lapan

Finally berjaya update!!! Bahaha. Sejenis perangai hangat hangat ketahian ayam. Semangat turun naik.
No. Sebenarnya kekangan masa. Sungguh.
Nov Dec 2016 dan January 2017. Di uji. Macam macam perkara datang. Aku pun hairan lalu pelik, how come aku boleh lalui itu dengan jayanya. Not so 'jaya' buat aku tak da second choice. So lelah meredah. Mostly pasal kerjaya. Aku tak sangka jadi begini. Malas nak cerita. Nanti aku down. 

Tapi kan. Percayalah, apa yang Allah bagi untuk aku ni, sebenarnya ada hikmah yang menanti. Sibuk aku fikir pasal kerjaya, perihal nasib rakan rakan dan diri aku, fikir fasal apa lagi yang akan datang, membuatkan aku lupa akan perkara satu lagi. Perkara yang mana membahagiakan sesorang itu. Tapi harapan aku hancur.Hati. Perasaan. Harapan. Impian. Untuk jadi Isteri kepada seorang hamba ALLAH yang mana aku tak da perasaan sayang tapi aku tahu dia ada Husband Material. Ok lah. Cukup. Kan kita dah percaya ALLAH punya planning lagi Indah dan power. Dia bukan jodoh kau. Face it je lah. Ini bahagian kau. 

Well, nak tahu tak.. 13th February hari itu kan... budak ni kan... kan.. kan.. cukup 28 tahun. Allah. Terima Kasih. Bagi keizinan untuk terus hidup selama usia ini. Moga usia yang Allah bagi pinjam ini, Allah berkatkan.



Perasaan. Terharu. Tak ramai. Tapi ada manusia yang still ingat. Concern. Mendoakan. Menceriakan. Memberi sedikit kegembiraan. Terasa di hargai. Terasa disayangi. Allah. Nikmat. Syukur.

Family.Terutamanya. Aku plan nak buat makan makan steamboat biasa biasa ja dalam rumah. Aku yang plan. Dorang ubah plan.Jadi mini party celebration birthday aku. Allah. Surprise :) .


Dan Kamu. Yeay, still jadi paling awal wish :) Setahun cuma beberapa kali kita keep in touch. It's okay. Kalau itu yang terbaik untuk kita. Kenapa tidak aku gembira. Biarlah jarang kita selalu ada masa bersama. Tapi kalau itu yang lebih bermakna, kenapa tidak aku lebih bersyukur. Kan.


Another year to explore. Lalu lah Wany. Redah lah. Cari dan tambah apa yang kurang. Bersyukur lah walau apa apa pun yang datang. Jodoh ? Honestly, perkara yang tak pernah aku berhenti meminta pada DIA, perkara yang hari hari aku fikir seketika. Perkara yang aku selalu berharap moga Allah makbulkan. Lain lain, aku serah pada ALLAH. Jangan risau, aku dah pesan kat Emak yang satu, boleh dah cari jodoh untuk aku. Kalau boleh cari yang semenggah sikit la dari aku ni. Ya.. aku kan quite kepohchi..quite kelam kabut.. tak pernah cool. Sabar ntah kemana. 

Sama sama doa okay :)Terima Kasih :)Mengharapkan keajaiban itu berlaku. Kalau itu yang terbaik lah :)

Okay jumpa lagik! xoxo ;)
Related Posts with Thumbnails