LuLLiL f.r.i.e.n.d

Wednesday, 4 February 2015

Sesat di Mekah.

Assalamuailaikum :) 
After this entry aku akan story randomly. Tak ikut turutan dah. Hihihi.
Diam tak diam dah nak hampir setahun dari tarikh aku pergi Umrah. Lillahi aku rindu.

Selesai urusan Umrah pertama, jemaah dah mula berpecah. Kiterorang gegas nak ambil selipar/kasut dekat rak kasut depan Pintu King Abdul Aziz. Mutawif tunggu je dekat rak kasut tu. Mutawif pesan dekat jemaah, terpulang sama ada jemaah nak stay untuk Solat Subuh dekat Masjid atau nak balik hotel. Time tu dah dekat pukul 3.30 pagi. Abah tanya nak stay Subuh atau balik hotel. Mak Ndak nak stay Subuh tapi Mak Yong nak balik hotel. Letih. Badan pun dah berlengas. 

Nak dijadikan cerita kasut Pak Yup hilang. Tak tahu sama ada salah letak..orang ambil.. orang tukar tempat kedudukan kasut tu atau lain-lain. Tapi Ustaz Mutawwif dah remind,,, mana-mana kasut yang hilang...relakan je. Anggap bukan rezeki kita. Remember jangan merungut. Pak Yup ada kencing manis. Then kaki Pak Yup ada luka yang bernanah. So demi keselamatan bersama, Abah decide semua balik Hotel. Rehat. Solat Subuh dekat Hotel je. InsyaALLAH Zuhur nanti, solat kat Masjdil Haram :) So Abah bagi tahu pada Mutawwif yang kiteorang nak balik Hotel.

Mutawwif kiteorang which is Ustaz Sayed, pesan kat kiteroang  "awak ingat jalan balik Hotel tak?" "Ntah tak ingat kot " Sungguh sungguh Ustaz Sayed pesan...  " Awak terus... sampai luar dataran Masjid ... awak belok kanan... awak terus je...nanti sampai la Hotel kita ". Aku pun angguk sungguh-sungguh. Tanda paham and ingat. Aku pun jalan la beriringan dengan Cik Yan. Abah Emak, Mak Yung Pak Yup and Mak Ndak jalan belakang kiteorang. Waktu ini Abah dah berkaki ayam. Sebab bagi pinjam kasut pada Pak Yup. Pak Yup lagi memerlukan kasut tu.

Aku dengan Cik Yan pun jalan menonong. Sambil sambil tengok belakang  untuk check Emak Abah and the rest ada kat belakang kiteroang ke tak. At first memang ada. Aku dengan Cik Yan jalan terus je... Seharusnya lepas dataran Masjidil Haram, kena belok ke kanan. Tapi tak...aku terus je. Confident betul. Bila fikir balik kenapa aku buat macam tu...aku pun jadi tak tahu.  Jujur aku ada masalah mata and pening. Bila orang ramai sangat...and keadaan gelap..penglihatan aku terhad dan aku mudah pening. Cermin mata pun tak bawak plak... *_*. My bad.

Sesekali ada la juga Cik Yan tanya... "Wany betul ke jalan ni...rasa macam dah jauh kita jalan ni" Aku pun confident terlebih..." Betul Cik Yan... terus je lagi ni..." "Are you sure ?" " Yes. Kita terus je ni..." Sambil sambil tu toleh la juga kat belakang... Alamak dah tak nampak Abah Emak and the rest... 
I is Cuak!!!  Kiteorang berhenti jap... try ingat balik. Rasanya time pergi Masjid tadi ada lalu bangunan macam ni. Tu yang buat aku confident untuk terus kan perjalanan.

Sampailah abah call tanya kat mana? Aku pun cakap...konon konon tak nak bagi Emak Abah risau plus aku sangat yakin yang Emak Abah ada jauh kat belakang kiteorang " Lagi sikit nak sampai Hotel ni bah..sikit je lagi"  Mulut aku dah terkumat kamit da..zikir..selawat. Herm memang betul... Dah susah baru nak ingat ALLAH. Baru nak merintih minta ALLAH mudahkan urusan. End up...aku dengan Cik Yan decide nak stopkan perjalanan and patah balik untuk ke Masjid. Letih. Memang letih. Lebih 1 km jugak kiteorang jalan. Risau. Gila tak risau. Mula la aku ingat cerita-cerita yang tak meyenangkan which is ada jemaah Malaysia kena kidnap. Ouh...tidak!!!

Abah call kali kedua... "Kamu kat mane ni? " aku berdalih lagi... "Lagi sikit bah nak sampai hotel"   "Abah dah sampai Hotel...Kamu kat mane?"  aaaaahhhhhhhh!!!! Cuak lagi. "Kejap kejap... Ani dengan Cik Yan patah balik Masjid. Nanti kiteorang sampai" "Habis lah kita Wany" Cik Yan tambahkan rasa cuak aku. Kalau kat Malaysia ni..dah tahu dah...mesti kena sebakul lecturer dari Abah. Ye Abah aku garang.

Sampai depan Masjid...aku ingat balik pesan Ustaz Sayed, Belok kanan. Tawakal lah aku belok ke kanan. Alhamdulillah.... land mark pertama sebelum sampai Hotel is kedai Ice Cream. Then ada pharmacy. And then sampai la Hotel Malak Ajyad. Lega sampai hotel!!! Masuk je lobby hotel... Abah Emak and the rest setia duduk dekat sofa lobby hotel tu. Aku dan sengeh sengeh dekat Emak. Emak dah besarkan mata. Tapi Emak kan baik. Jarang gila nak marah aku. Paling kuat pun kena cubit manja. Aku pandang muka Abah... nampak muka Abah letih mungkin juga risau. Abah tak marah YES :) tapi ayat abah memang best la... " Jauh ke ukur jalan tadi.." Hahahah padan muka Wany. Aku diam je..terus naik bilik. Sorry Abah. Ya tahu...dorang risau.. Tapi tak sengaja :( 

Sebenarnya kau kan Wany degil tak dengar cakap Ustaz Sayed. Bersunguh-sungguh Ustaz Sayed bagi tahu arah jalan. Ko tak digest betul betul arahan tu. Nasib kau jalan berdua dengan Cik Yan. If kau jalan sesorang macam mana? 

Tapi kira aku cool jugak lah kan..Tak nages. Sebab aku ada rasa satu keyakinan yang aku akan sampai hotel dengan selamat. Alhamdulillah. Allah tolong :) Kena extra jaga diri kat sana. Especially kita Hawa-hawa ni :) Tambah yang belum jadi title Puan. Kalau boleh nak keluar mesti ada lelaki yang ikut. Especially kat Mekah.

Ada satu hari ini, which is sehari sebelum kiteorang nak pulang ke Malaysia. Nak la cari a few barang lagi untuk buat souvenier. Aku Emak and Mak Yung keluar jalan jalan area bawah Hotel Malak Ajyad. Masa ni lepas Zuhur. Abah and Pak Yup tak ikut. Rata-rata penjual atau penjaga kedai lelaki. Teman la Emak and Mak Yung pilih gelang. Yang aku perasan lelaki kat Mekah ni kurang fasih sangat cakap Bahasa Melayu. Tapi aku still boleh faham.

Lelaki kat Mekah ni ada satu instinct kot boleh tahu kita - kita ni dah kahwen ke belum. Waktu ralit teman kan Emak and Mak Yung, penjaga kedai tu tanya aku "Hajah sudah kahwin ?"   Sepantas kilat aku mengaku I'm married :)  Dia geleng kepala banyak kali... "La...La... belum kahwin. Mana suami?Aku jawab "Masjid" .Dia geleng kepala lagi.. aku tak sedap hati...Aku terus keluar dari kedai tu..and tunggu je lah kat luar. Mungkin dia tak puas hati...dia tanya kat Mak Yung aku betul ke aku dah kahwen... Sungguh sungguh la Mak Yung jawab aku dah kahwen, suami pergi Masjid. Baiknya suami kita lepak kat Masjid...  :) InsyaALLAH :)

Teringat pesan Kak Miza,,, "awak nanti kalau boleh pakai purdah kat sana. Pak Arab ni boleh tahan gatal dia". Terlambat. Niqab ada...tapi elok terlipat dalam bag. So berwaspada ya :) Pergi mana-mana kalau boleh ada lelaki ikut. InsyaALLAH selamat. Ayat Kursi jangn lupa baca.


Thanks Pn.Ida sudi bookmark blog kita:) Selamat menunaikan Umrah bulan April nanti :)


2 comments:

Ida Puanstoberi said...

:)

Sama-sama.
Nanti ada apa2 nak tanya bolehla akak emel awak ya.. ihiks :)

Cik Nadia said...

seronok baca pengalaman orang di Mekah. tak sabar nya nak jejak ke sana

Related Posts with Thumbnails