LuLLiL f.r.i.e.n.d

Wednesday 3 December 2014

Mekkah.Pertama.Kali.

Assalamuailaikum.
Dah nak habis tahun 2014 dah!!! Cerita Umrah tak habis-habis lagi...ngeeee^_^
Ok excited sikit nak continue story sebab.. dengan izin-Nya ada orang-orang yang aku sayang akan jadi Tetamu Allah in this December and May next year. InsyaALLAH. Alhamdulillah :) Moga dipermudahkan urusan untuk orang-orang yang aku sayang.
Since orang-orang yang aku sayang je minta aku continue Cerita Umrah ni..so jadi extra semangat...dan pasti extra rindu ;)

Lepas dinner and solat dekat RnR...ambil masa dalam 2-3 Jam nak sampai ke Mecca. Mutawiff Ustaz Sayed ajak semua jemaah untuk baca Talbiah. Around 10pm ke 10.30pm macam tu kiterorang dah sampai dekat sempadan nak masuk Mecca. Berhampiran dengan Masjid Tanaa'im. Ada satu binaan macam batu nesan yang besar. Hihihi. Seram. Bus tak boleh nak gerak laju...sebab banyak kenderaan.. dan ada polis yang check. And paling menterujakan perasaan aku and jemaah yang lain...is...dah nampak Menara Jam. Yang biasanya aku boleh nampak dalam TV3 bila azan Maghrib. Debar-debar!!! Ustaz Sayed ingatkan para jemaah... dah nampak Menara Jam tu maknyanya Masjidil Haram makin dekat dengan kita... Kaabah makin dekat dengan kita. Allahu... Debar-debar lagi... dan maknanya lagi...kita semua dah berada dalam Tanah Haram. Ertinya lagi...setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan dapat 100,000 ganjaran pahala. Waima kita sebut Bismillahirahmanirahim... Allhuakhbar. Dan jangan nak seronok sangat cause dengan perbuatan jahat pun kita akan dapat 100,000 dosa. Adil!!! Maknanya lagi..please behave your self...terutama seketul hati itu. Sebab mudah sangat hati kecil tu boleh berkata-kata, terdetik mahupun terfikir benda yang tidak elok.

Istifar...selawat :)

Sampai dekat Hotel Malak Ajyad. Sempat redah jammed di kawasan Masjidil Haram. Debar-debar itu selalu ada. Ramainya manusia. Lagi ramai dari Masjid Nabawi. Hotel Malak Ajyad agak kecil depan jalan raya utama. Dan Alhamdulillah..less than 200 meter je nak ke Masjidil Haram. Nikmat mana lagi yang nak kau dustakan. FYI, Hotel untuk jemaah Andalusia ada 3 dekat Mecca. First sapa yang amik package Hilton, jarak 50 meter je nak masuk Masjidil Haram. Second Malak Ajyad, 200+- meter je and last Hotel Hera'a. Dengar kata dalam 600 meter. Agak jauh. Tapi itu bukan penghalang. Remember setapak kaki berjalan nak ke masjid tu...banyak ganjaran Allah nak bagi :) Just my opinion...kesian untuk warga tua yang jalan dah tak laju...terbongkok-bongkok..yang guna full wheel chair, better if ada rezeki lebih pilihlah package Hotel Hilton :)

Urusan check in dekat Hotel Malak Ajyad kurang smooth macam check in dekat Madinah. Sebab jemaah ramai. Lobby hotel kecil. Lift pun ada dua. Tapi aku rasa laju sikit berbanding Hotel di Madinah. Memang kena tunggu luar hotel je.Sesak. Bag jangan risau. As ussual pekerja hotel tolong angkatkan sampai lobby. Dapat kunci bilik. Bilik level 7 ya...tinggi :) Oklah kat Madinah dapat first floor kat Mecca rasa la sikit susah :)

Ustaz bagi masa setengah jam untuk naik kan bag and ambil wudhu and berkumpul kat lobby hotel. Untuk teruskan Umrah Pertama. Dan yerrr..bear in mind... masih lagi dalam keadaan pantang larang ihram ya. Turun lobby... dekat lobby ada satu LCD. Live update dari Masjidil Haram. So boleh tahu orang ramai ke tidak dekat kawasan tawaf.  Khusyuk tengok LCD tu. Dekat lobby hotel tu pun ada toilet. Selesa. Just in case terbatal wudhu ke..nak buang air ke..tak payah nak naik atas da :)

Mutawwif kumpulkan jemaah ikut group. Don't worry Mutawiff tak kan tinggal kan korang. Akan check and recheck attendance. In case ada jemaah yang tak dapat nak buat Umrah time tu which is nak buat masa lain, boleh info Mutawwif. Mutawwif juga akan tanya ada tak jemaah yang tak sihat..atau nak guna wheel chair. For those jemaah yang nak guna wheel chair, Mutawiff akan carikan seorang Mutawif lain yang off duty untuk bimbing personally and carikan sekali wheel chair. Cuma kena bayar sikit around SAR 150-200. Sebolehnya Mutawwif akan cari Orang Melayu kita untuk bimbing personally. Sebabnya bila keluar dari hotel ada nampak a few Ustaz/Ustazah dari Indonesia tunggu kat luar hotel untuk ambil upah membantu jemaah yang tak mampu.

And semua jemaah dah ada..mula la jalan kaki menuju Masjidl Haram. Around 11.00 pm macam tu. Perasaan...TERUJA teramat. Nak tengok kaabah secara live for the first time ni.Sampai pintu utama Masjidil Haram,iaitu pintu King Abdul Aziz..ustaz minta letakkan kasut dalam uncang and letak dekat rak kasut.  Masuklah masjid. Tenanglah hati... Straight dari pintu King Abdul Aziz dah boleh nampak kaabah.Speechless. Amazing. Aku tak tau nak describe macam mana perasaan aku. Ustaz ajar jemaah baca doa melihat kaabah. Semua doa ada dalam buku :) Then ustaz minta jemaah minum air zam-zam yang super sedap and nyaman :)

Ustaz Sayed minta jemaah group aku untuk buat perbarisan. Macam nak kawad. Get ready untuk teruskan rukun Umrah yang seterusnya which is Tawaf :) Ustaz utamakan kaum Hawa yang tua berdiri belakang ustaz...dikuti dengan yang muda and jemaah lelaki. Ustaz ingatkan setiap tawaf ada doa. Baca dalam bahasa Arab dan baca sekali terjemahan. Bagi faham hadam dalam hati :) Ustaz Sayed akan lead dari depan. Tapi yer lah orang ramai..bukan group kiterorang je. Memang tak boleh nak dengar Ustaz Sayed baca doa. Then Ustaz ajar niat tawaf.

Bermulalah tawaf pertama bila melepasi lampu hijau setentang dengan penjuru hajarul aswad. Lepas niat terus istilam... angkat tangan dengan tapak tangan menghadap Kaabah, muka pun sama mengadap Kaabah sambil ucap Takbir. Setiap kali tawaf kena buat macam ni :)Sekali tawaf tu sempat untuk baca doa dalam bahasa arab sekali terjemahan. Ada masa juga nak berzikir or baca doa yang lain seperti doa duduk antara dua sujud ke..doa makan ke..selawat ke. Sampai penjuru Rukun Yamani kena istilam sekali lagi dan baca doa Rukun Yamani. Please bear in mind...jaga wudhu', make sure bahu kiri tidak terpaling dari sisi Kaabah. Incase ada jemaah lain menolak bahu..and bahu berpaling..cepat cepat betulkan balik. Incase terbatal wudhu..segera keluar dari kawasan tawaf and ambil wudhu balik :) Sebab tu la botol spray sangat penting, kena ada :)

Tawaf mesti tujuh kali. Setiap satu tawaf ada doa yang berbeza. Sapa yang mampu hafal setiap  doa tawaf...bagus la :) Siapa yang tak hafal macam aku ni..rujuk je buku. Tak de masalah. Alhamdulillah selesai tawaf yang ketujuh..Ustaz Sayed bawa kiterorang ke belakang Makam Ibrahim tempat untuk Sola Sunat Tawaf. Lakukan bersendirian. Baiknya Ustaz Sayed ni..dia make surekan setiap jemaah dah ada kat kawasan tu...dia ingatkan jemaah untuk solat sunat tawaf..baru Ustaz Sayed buat solat sunat tawaf.

 Aku solat  sebelah emak...lepas selesai salam, biasalah berdoa...aku tak sedar bila air mata aku jatuh... jadi lagi hiba bila rasa Kaabah hampir dengan aku. Rasa macam ALLAH terlampau dekat dengan aku. Pandanglah Kaabah. Perasan indah sangat. Hilang segala rasa sakit hati...susah hati or else.Tenang. Extra tenang. Allhuakhbar.

Ralit sangat pandang Kaabah...tetiba aku dengar ada suara lelaki menagis. Eh macam kenal suara tu. Cepat cepat aku cari..herm.. Panaroma yang aku kira indah. Aku tengok emak dan abah tengah bersalam. Sambil memohon maaf. Sambil abah kucup dahi emak. Macam baru lepas akad nikah.Hahaha... Senyum sekejap. ^_^ Ok... terus cakap... "alaaa...kita pun nak shake hand..give a hug to one and only husband...then husband kita pun cium dahi kita.. " Masalahnya... Wany is not married yet !!! Soon..soon..soon..  insyaALLAH impian ni. Kira macam doa juga kan :) kan..kan...kan...

to be continue :)

Kerana didepan Kaabah antara tempat termakbulnya doa...maka aku dengan serela hati untuk benar-benar minta pada-NYA moga DIA makbulkan doa aku...agar aku redha yang Kamu bukan milik aku. Kerna doa itu jugalah yang buat aku kuat hingga hari ini. InsyaALLAH kekal hendak-NYA.

Tuesday 30 September 2014

Miqat pertama...

Assalamuailaikum :)

Hampir setengah jam masa diambil untuk sampai ke Masjid Bir Ali dari hotel. Biasanya jemaah dr Madinah akan bermiqat di Masjid Bir Ali.Miqat (Makani)  ialah tempat untuk kita menunaikan niat. As usually ramai. Bukan jemaah dari Malaysia... serata dunia :) Nak cari parking untuk bus pun lama. 

Before turun dari bus...Mutawiff Ustaz Sayed ingatkan sekali lagi... kepada jemaah lelaki...if ada yang terpakai seluar kecil...boxer dan seangkatan dengannya...sila la tanggalkan... memang kena ingatkan...nampak macam remeh...tapi one of perkara-perkara larangan semasa dalam ihram bagi lelaki ialah tidak boleh memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya... stokin pun tak boleh pakai...kupiah/serban/songkok pun is not allowed..if nak tutup kepala pakai payung boleh :)
Honestly...kat sini memang aku rasa lelaki sukar dan berat sikit nak jaga pantang larang dalam ihram. Jadi perempuan best jer..sebab pakaian ihram perempuan more simple and biasa dipakai which is yang menutup aurat sepenuhnya...stoking wajib pakai!!!

Lepas turun dari bus..Ustaz Sayed kumpulkan kiterorang dekat satu check point. Ustaz bagi masa untuk solat sunat Tahyatul Masjid and Solat Sunat Musafir. Pintu untuk jemaah perempuan banyak. Alhamdulillah :) Tak sukar nak masuk masjid. Tempat lapang. Sukarnya bila ada rasa nak membuang. Cause toilet agak daif. Alhamdulillah aku and emak dapat jaga wudhu..and tak terasa nak membuang. Botol spray memang di bawa ke hulu dan ke hilir... boleh tolong jemaah lain yang dah terbatal wudhu untuk ambil wudhu semula...kan best dapat tolong orang... :)

Masa untuk niat Umrah pertama. Ustaz Sayed akan kumpulkan semua jemaah dekat check point. Bila jemaah dah cukup...Ustaz Sayed akan remindkan...ada tak mana-mana jemaah yang nak niat bersyarat..khususnya perempuan. 2 kali Ustaz Sayed remind. If ada yang nak niat bersyarat...ustaz minta ketepi. Niat bersyarat untuk jemaah perempuan ni biasanya.. if jemaah lain siap sedia nak buat umrah kita tengah period...  or kita dah mandi hadas/mandi wajib...tapi biasala...sometimes kita dah manji wajib...kebarangkalian untuk period balik tu ada kan...kan..kan.. so memang kena niat bersyarat. Ustaz Sayed memang tanya one by one la.. sampai masa Ustaz Sayed tanya aku either aku nak niat bersyarat atau niat biasa...aku jadi super cuak...sebab aku pilih nak niat biasa..sama dengan jemaah lain..Ustaz tanya lagi sakali..sambil tenung muka aku..."are you sure? betul ni?". "betul ustaz..saya pasti!!!" Emo gak time ni...dah keluarkan handphone dah..sebab nak tunjuk Period Tracker kat ustaz bukti yang aku tengah bersih. malu pun ada...sebab tumpuan jemaah lain berpaling kat aku...^_^ selamat Cik Yan cool kan aku.." awak tu paling muda kat sini...sebab tu lah dia nak confirmkan betul-betul" chill laaa Wany... tanggungjawab Mutawwif nak bawa jemaah buat umrah is sangat berat. Doble respect aku dekat perkejaan dorang :) aku rasa perkerjaan as Mutawwif mulia. Cause tolong orang untuk buat ibadah.Dah la tuh ilmu agama dorang memang superb...hadith... ayat Al-Quran hujung lidah dorang je...

Mula la rasa diri ini kecil...diri ini banyak benda yang tak tahu...terasa hidup 25 tahun seperti tiada apa yang aku belajar... especially pengajaran untuk lebih 'extra' dekat dengan DIA.

Ustaz Sayed ajar kami semua niat untuk Umrah. Boleh refer buku juga. Mula saat ini..buku panduan Umrah tu memang selalu kena ada di tangan. Once dah niat.. Ustaz Sayed ingat kan lagi semua jemaah untuk jaga perkara-perkara larangan semasa dalam ihram. Tutup mulut pun kena berjaga-jaga ya. Kami semua naik bus untuk menuju ke Tanah Haram. Ustaz Sayed mula ajar/ajak jemaah untuk baca Talbiah. Sayu dah hati time ni...Dah rasa sesuatu.

Hampir 6 Jam masa diambil untuk sampai Meccah. Before that...kiteorang berhenti makan dekat RnR. Ouh. serius tak ingat nama kedai tu ape. Makan Nasi Manday...serius sedappp giiillleer!!! Makan Nasi pun dah cukup. Makan ala-ala Nasi Ambang. Makan reramai. Satu dulang 5 orang. Selagi tak cukup 5 orang, orang kedai tu tak kan hantar makanan.
Meet my Cik Yan and Nasi Manday Delicious!!!

After makan..get ready untuk solat Maghrib dan Isya. Buat Jama'a dan Qasar. Pergi toilet sebab nak ambil wudhu dan membuang. Toilet macam ala-ala kampung. Tapi bersih :) Amik wudhu..Kumur..Kumur...aku pejam mata sekejap... Awat air ni masin...macam air laut...cakap dalam hati je la kan... selesai wudhu...pakai telekung...aku pandang sorang kakak ni...orang Jawa dari Sabak Bernam dia tanya aku... "Air paip tu masin kan?" aku senyum "Air laut kot kak:)"

Ouh ya...disini dah rasa keadaan di padang pasir. Angin kuat...pasir halus masuk mata and hidung. Dan aku dah tutup mulut aku dan hidung dengan telekung yang aku pakai. Kan tak boleh tutup mulut or muka cik Wany!!! Awak dalam keadaan ihram Wany.Tanpa sedar. Selamat ada Mak Cik  orang Jawa geng dari Sabak Bernam ni... tegur"adik jangan tutup mulut..." Sedar. Istifar dalam hati.

Tereskan perjalanan ke Mekah. Ustaz Sayed ajak kami semua baca Talbiah lagi.Kali ini lama. Mekah semakin hampir.

Labbaikallah humma labbaik...Labaikala Syarikala kalabaik... Innalhamda... Wani'kmata...Lakawalmulk...Lasyarikalak.
"Ya ALLAH, hamba-Mu datang kerana menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang kerana menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, yang tiada sekutu bagi-Mu"



Tuesday 9 September 2014

Selamat Tinggal Madinah...

Assalamuailaikum :) 14 Zulkaedah.
Sampai masa aku dan family untuk tinggalkan Kota Madinah... Moga kesempatan yang DIA bagi untuk kaki ini merasai tanah-tanah di Madinah...selama 5Hari 4Malam akan kami ingat :) Sungguh... memory-memory tika berada di Madinah sangat buat aku rasa extra senang dan extra bahagia..dan mungkin...
love is in the air :D Alhamdulillah...

Usai Subuh terakhir di Madinah...cepat cepat balik hotel..untuk turunkan luggage dekat lobby hotel... pekerja hotel yang akan angkat all the luggage untuk masuk ke dalam bus. Senang kerja :) Then semua jemaah diingatkan untuk mandi sunat ihram dan ready dengan pakaian ihram. Lepas Zuhur,,,insyaALLAH kami semua akan berangkat ke Mecca bagi menunaikan Umrah. Umrah yang pertama untuk aku...emak..mak ciksss and pak yup.

Zuhur terakhir di Madinah... aku emak and mak cikss turun awal dari hotel...sebab nak rasa 'berlama' dalam Masjid Nabawi... sebak!!! itu yang aku rasa...dan aku pasti semua orang pun rasa macam tu...pasti rindu dan teringat Raudhah...rindu dengan rasa 'extra' dekat dengan Nabi Muhammad SAW... rindu pada polis-polis wanita dengan dialog "ibu...ibu...masuk..masuk.."...rindu dengan suasana 'sunyi' dan suara bayi tika solat berjemaah... rindu bila nak tengok kubah Masjid Nabawi terbuka...dan angin sejuk masuk...lalu menyapa muka...Allhuakhbar....nyaman!!!Seharusnya after Zuhur perlu untuk buat tawaf wida'a. ziarah Raudhah dan Makam Nabi Muhammad S.A.W before berangkat keluar dari Madinah.Aku and emak tak buat. Just baca doa khas yang adalam buku tu. Doa untuk tinggalkan Kota Madinah.


Gambar terakhir di Masjid Nabawi :)

Masa berangkat sudah tiba :) Jemaah lelaki siap handsome dengan pakaian Ihram... jemaah wanita...jubah putih dengan mini telekong... tapi aku pakai jubah hitam je :)Sunat pakai warna putih tika mahu menjalankan ibadah umrah. Keadaan lobby Hotel Mubarak Silver kecoh sikit!!! jemaah ramaikan... urusan check out hotel sangat simple... bagi kunci dekat Mutawwif... Mutawwif kumpulkan dan serah pada receptionist. Abah kata perjalanan ke Mecca makan masa 6-8 Jam... herm...mesti aku lapar!!! cepat-cepat grab snickers and air mango sedap dekat chiller lobby hotel. 

Terasa seperti ada mata yang memerhati... Eh... bertambah sebak... "Ini ke pertemuan terkahir kita,singkat sangat pertemuan!" soal dengan hati...back to reality...at least Allah bagi aku buka sikit mata...bagi aku sikit extra kekuatan nak cuba rasa bahagia... terasa seperti ingin memberi senyum buat kali terakhir...tapi...tidak layak rasanya...cukup la curi pandang buat ingatan. :)

Naik bus... Mutawiff tolong bacakan doa naik kenderaan... bus mula meninggalkan Hotel Mubarak Silver... untuk menuju ke Masjid Bir Ali... tempat untuk bermiqat... Mula whatsapp family and my sahabat yang hari hari whatsapp untuk tahu perkembangan diri ini di Madinah to inform them... "On my way to Mecca" Mata ini tidak lepas memandang Masjid Nabawi...sampai hilang dari penglihatan... Moga ini bukan kali terakhir aku datang ke Madinah.Selamat Tinggal Madinah!!!

I left My Love in Medina..hope to see u again ...

Tuesday 12 August 2014

Ziarah Madinah...

17 Syawal 1435H...
Assalamuailaikum :) jumpa lagi... meh...kita nak nak continue cerita Umrah kita...

15 Febuary 2014...
Hari ni ada buat ziarah sekitar bandar Madinah... lepas solat Subuh...take a breakfast... and get ready untuk tunggu bus dekat lobby. Pergerakan memang kena cepat sikit...sebab Mutawwif ada pesan pemandu bas kat sini ada "perangai' kurang tahap kesabaran.Alhamdulillah semua jemaah yang sama bus dengan aku punctual...so senang sikit Mutawwif nak jaga :)

 First tempat yang kiteorang nak pergi is Masjid Quba. Fadilat : bagi sesiapa yang BERWUDHU dari tempat tinggal dan solat sunat 2 rakat di Masjid Quba...pahalanya menyamai dengan pahala buat satu Umrah. Allhuakhbar...sayangnya ALLAH kat kita...banyak peluang dan perkara baik Dia nak bagi kat kita. So Mutawiff dah pesan dekat jemaah amik wudhu dari hotel dan cuba jaga wudhu untuk sampai ke Masjid Quba. If ada yang terbatal wudhu...don't worry botol spray kan ada :) Boleh ambil wudhu semula.Cabaran nak masuk Masjid Quba ni sangatlah hebat. Untuk jemaah wanita hanya ada satu pintu yang mana lebar pintu tu aku rasa 1.5m je... itu lah pintu nak masuk....dan pintu nak keluar...semua jemaah berpusu-pusu nak masuk...jemaah dari Turki ke...Indonesia ke...Thailand ke...semua berebut nak masuk...ya...memang ada police perempuan yang jaga...tapi rasanya police perempuan dah tak mampu nak kawal. Orang Malaysia kan badan ala-ala kecil kan... memang sedia untuk dirempuh...tak mustahil telekung kena tarik... and if ada sakit semput or asma kena carefull lebih la...mostly jemaah yang badan besar ni...rempuh kaw-kaw je...asalkan dia dapat masuk...lagi sekali ALLAH nak uji tahap kesabaran ke:) zikir je dalam hati.... "Hasbunallah wani'ikmal wakeel...wani'ikmal maula...wani'ikmal nasir" entah macam mana....ada jemaah yang baru datang dari belakang...tolak jemaah yang tengah que nak masuk Masjid Quba ni...memang semua tertolak macam deras air dalam sungai...dan akhirnya masuk juga dalam Masjid Quba ni :) Alhamdulillah...lapang je Masjid Quba ni...banyak ruang untuk solat...aku emak and mak cik naik bahagian atas... Mutawiff peruntukkan masa 20 minit untuk berada dalam Masjid Quba...so manfaatkanlah masa :) Alhamdulillah wudhu aku emak masih 'terjaga'. Kami terus buat solat sunat Tahiyatul Masjid and solat sunat Dhuha...
Gambar dalam Masjid Quba bahagian atas :)

 Next destination is Bukit Uhud tempat berlakunya Perang Uhud... honestly aku memang tak ingat dah any sejarah...time belajar Sirah masa sek rendah dulu... Alhamdulillah Mutawwif ada recall balik beberapa sejarah. Rasa noob lagi =_=.
 Belakang tu Bukit Uhud...difahamkan panjang Bukit Uhud is 7km.
Sempat juga menziarahi perkuburan para syuhada seperti bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Mutawiff ada ajak jemaah untuk baca doa kepada para syuhada..tapi...tapi...Mutawiff larang angkat tangan tanda nak baca doa. Sebabnya...pernah dia bawa jemaah datang situ untuk baca doa sambil tadah tangan...dan dihalau oleh orang Arab...sebab katanya macam bawah bida'ah lain...

 kawasan perkuburan para syuhada...tersentuh hati...pasti mereka masuk Syurga...kita ni ???

Dekat kawasan Bukit Uhud tu ada Bukit Pemanah..tak tinggi mampu la nak daki...aku nak try naik...tapi Mutawiff tak bagi...sebab masa tak banyak :( aku larik cepat-cepat sebab nak naik sikit...nasib baik abah ikut belakang...abah sangat tak bagi aku jalan sesorang :(
 Pandangan dari bawah..nak naik sampai atas tu... :(

Then kiterorang gerak pergi Ladang Kurma :) tempat untuk mebeli dan memblahkan diri...hahhahahah Mutawiff dah pesan jangan beli...sebab harga mahal...especially kurma dia.. bestnya tempat ni..is boleh tester kurma...chocolate..kekacang for free... :) aku sangat teruja dengan packaging chocolate... aku beli jugak...1kg SAR 50. Sekali dekat bazaar on the way nak masuk Masjid Nabawi 1kg SAR 25. Ok menyesal!!!

Last tempat kiterorang lawat is Pasar Kurma :) kat sini baru Mutawiff kata boleh shoping :)memang ada satu kedai kurma yang akan bagi murah untuk jemaah Andalusia. At first, owner kedai tu memang tak bagi harga murah..fix price la...tapi sebab ada Mutawiff  ikut kiterorang shopping...dia tolong tawar menawar...so dapat la potongan SAR 5 untuk setiap kg...kira ok la kan :) Bestnya Mutawiff ni...dia akan bagi tahu kurma apa untuk kecantikan dalaman...kurma untuk bagi 'kuat' sikit and so on... so jemaah macam jadi more excited nak beli :) yang tak bestnya...agak takut bila masuk Pasar Kurma ni...nasib aku perempuan..kalau yang lelaki tu...habis penjual-penjual ajak salam shake hand bagai...then tarik tangan dengan kuat untuk ajak masuk kedai dia untuk beli barang. More to macam ugutan...memang susah nak lepaskan diri...

Disebabkan ada beberapa jemaah yang bersiar-siar lama sikit dekat kawasan Pasar Kurma... menyebabkan keadaan dalam bus jadi a bit huru-hara. Sebabnya pemandu bas tadi dah tak sabar nak drive bus tu balik Hotel... sedangkan Mutawiff and ada beberapa jemaah lain tak naik lagi bus. Semua dalam bus  jerit la suruh sobbbaar!!! dia jalan jugak..sampai la Mutawiff jerit dari luar bus... baru dia berhenti and tunggu Mutawiff naik bus... kesian Mutawiff...

Sampai Hotel agak lewat... sebab jalan jamed. Tengok jemaah lain dah berpusu-pusu untuk keluar dari Hotel and menuju ke Masjidil Nabawi untuk perform Solat Zuhur.Masuk je bilik dah dengar azan Zuhur... sebab nak bersihkan diri sikit plus ramai nak guna toilet dalam bilik tu..menyebabkan aku emak and Mak Yung tak sempat nak ikut berjemaah dekat Masjid. Agak sedih...tapi tetap jalan kaki gi Masjid and solat dekat Masjid juga :)

16 Febuary 2014
Sehari sebelum hari untuk tinggalkan kota Madinah...aku emak abah and mak cik baru ada masa nak jalan-jalan area Hotel untuk cari a few barang, i mean cari souvenir untuk family... friends... and jiransss...:) Actualy hari ketiga di Madinah baru aku pecahkan duit Riyal. Itupun aku beli banana kuning melampau 1kg 10 Riyal, Kit Kat and my favorite juice manggo sedap!!! beli banana sebab aku dah lama tak biyaaak... badan aku jadi' berat' sikit bila tak biyaaaak.... :) 

And mesti nak beli barang untuk diri sendiri juga kan... sebagai tanda kenangan :) Hajat hati nak cari SATU jubah untuk diri sendiri...tapi terbeli 2... hahaha :) and ussually Mutawiff Andalusia akan suggest kedai Haji Rashid untuk beli jubah, baik untuk lelaki dan perempuan. Saiz baby pun ada. Tiba-tiba my abah ada kedai kat Madinah.. Abah ai pun Haji Rashid...;)
 and rasa kagum kejap...sebab ada beberapa kedai kat area Madinah memang ada bendera Malaysia package dengan logo satu Malaysia dekat sign board dorang. Maknanya...dorang boleh fasih cakap Melayu and memang orang Malaysia suka shopping kan...kan...kan...
 Boleh dapat harga murah..cuma aku rasa untuk jubah budak boleh dapat harga murah lagi kat kedai lain. Abah spent about SAR 1000 untuk  6 Jubah lelaki dewasa 1 jubah lelaki baby...2 jubah kanak-kanak perempuan and 7 jubah perempuan dewasa. Quality jubah lelaki bagus sikit dekat kedai Haji Rashid ni..and serius dapat separuh harga...blink!!!blink!!!

Dan lagi best...ada Mutawiff tolong temankan kiterorang shopping :) Sila Happy *_*even Mutawiff  tu bukan Mutawiff group aku...tapi dia willing temankan aku and family shoping sampai habis... siap jadi model untuk dapatkan ukuran jubah Si Hanif and Si Adik :)      
" Thank You Ustaz Nik Hilman ;)" since aku bawa 3 orang mak cik and emak..memang family kiterorang berlama dekat kedai Haji Rashid Madinah. aku jadi pening sikit bila masuk kedai tu sebab banyak sangat baju... jadi tak tau mane nak pilih. Disebabkan aku 'muda banyak' dari emak and Makcik dorang akan tanya pendapat aku...ok ke tak..crowded ke tak corak dia...labuh ke tak..and so on...end up..aku jadi tak tahu nak pilih jubah untuk aku... konon-konon nak beli colour putih...nak suci sikit plus boleh guna untuk Umrah...tapi abah kata "Jarang" aku kata "tapi cantik..." Ustaz Nik Hilman kata "Putih memang cantik...tapi jarang sikit..." fahamlah aku kat situ... so kita pilih jubah colour hitam :)
kena paksa amik gambar sambil buat thumb up dengan orang yang jaga kedai Haji Rashid ni :) Nampak tak jubah putih tepi itu...nak sangat....

Malam terkakhir di Madinah...paksa ajak abah bawak aku and emak jalan-jalan area Hotel tu... sebab rasa nak berjalan  and cari barang sikit :)Sejuk sangat angin malam tu...hoi...boleh gigil badan la... abah bawak aku and emak jalan-jalan area main entrance Masjid Nabawi. 
Emak and Abah dekat main entrance Masjid Nabawi...see...tak pernah sunyi kan masjid...ada je manusia :)
  
:) Tahan sejuk...
Subhanallah...besar rupanya Masjid Nabawi ni... ada la jumpa kedai KFC...Baskin Robbins... ada satu area tu...tiba-tiba rasa macam dekat area Putrajaya... sebab susunan bangunan exactly like Putrajaya... Mostly kedai tutup dalam pukul 11.00 keatas la...tapi bazar-bazar yang nak masuk masjid tu tak da waktu tutup kot...hihihi... sempat beli sejadah untuk jiransss... beli dekat 25 helai rasanya...yang quality sikit... penat mintak tawar...free gift pun dia tak bagi...kau beli la banyak mana pun...memang dia tak bagi kurang harga...geram!!!

Next...will continue cerita lambaian terakhir Madinah.... I is SAD!!! 


Ikut hati banyak perenggan rasa nak cerita...cuma biar satu perenggan buat lepasan Rindu... ikut hati mahu saja aku canang gambar suci dia...tapi...biar aku...bibik and her  family saja yang tahu ;)


.




Monday 4 August 2014

Seru...

Assalamuailaikum :)
9 Syawal 1435H...
berhenti sekejap cerita Umrah...insyaALLAH soon will be continue ;)
dah lama tak cerita someone yang sometimes kita lupa nak give extra appreciate...
dah lama tak share perasaan sengal sengal macam zaman U dulu...
eh....dah matang kot...please jangan ulang perasaan - perasaan yang tak perlu itu!!!
semakin kita berusaha untuk tinggalkan atau buangkan sesuatu...semakin ia datang dengan laju pada kita!!! Hipotesis:) menyampah!!! tarik nafas....mungkin ini cara ALLAH nak uji try test kita... sama ada kita ikhlas dengan redha ke nak tinggalkan sesuatu... :) tolong...lupakan sebentar daya ingatan tentang dia!!!
ingat doa dan kata-kata  pada diri sendiri tika kau ada didepan Kaabah itu wany...!!!

Selamat Hari Raya... Maafkan semua khilaf diri... :)  bila usia da 25tahun ni...memang terasa...kanak-kanak yang lebih bergembira di Hari Raya... ke kita sorang je yang rasa macam tu ? :) Nah gambar kita and family beraya!!!



Go blue!!!
keluarga besar kita :) omeeiii angat la anak buahan kita tu...si Hannah Si Iman Khayla and si Ahmad Ammar :) Mungkin tahun depan raya tempat baru pulakkan :)
okeyh!!! jom beli Iphone untuk dapatkan kualiti gambar yang awesome!!! Actually nak amik gambar adik beradik...tapi si Iman Khayla and si Hannah tu tak mau turun dari kerusi tu... nak join sekali!!!







Moga orang-orang yang aku sayang selalu ada didalam lindungan-Nya :) Moga aku minta kau jangan lagi ulang perbuatan yang sama macam apa yang aku dapat... eh Wany jangan emo sangat!!!



Friday 4 July 2014

Jumaat di Madinah :)

Assalamuailaikum :) Jumaat dah...yeay!!! Alhamdulillah kita semua dah sampai ke 6 Ramadhan...
Selamat mengimarahkan bulan Ramadhan korang!!! Ingat Ramadhan ni datang setahun sekali je...
Especially...solat sunat Terawikh...speacial tau solat sunat Terawikh....bulan Ramdhan je kita boleh buat...
Manfaatkan seadanya...eheeerm...pesan untuk diri sendiri juga *_*

Continue cerita umrah :) semakin hari semakin Rindu...
Alhamdulillah...aku berpeluang untuk rasa satu Hari Jumaat di Madinah... After aku emak makcik and all jemaah Andalusia selesai masuk kawasan Raudhah...kiteorang rushing untuk balik hotel...membersihkan diri...makan sikit...sikit...and get ready untuk pergi Solat Jumaat kat Masjid. Inilah kali pertama aku nak perform Solat Jumaat 2 Rakaat... ye...sebelum ni tak pernah buat... selalu Hari Jumaat...rasa nak pakai jubah colour hitam gi office...then dapat lunch 2 jam...masa untuk bergumbire dengan officemate... balik office solat Zuhur kat surau office je...korang pun macam tu kan..hikhikhik... ;)

 Hari Jumaat di Madinah mahu pun Mecca adalah hari cuti  ya... So Masjidil Nabawi menjadi lebih ramai dari biasa... Dekat pintu nak masuk dataran Masjid Nabawi...ada seorang lelaki pegang minyak wangi attar untuk dicalitkan pada jemaah lelaki...minyak wangi free weh!!! sunat kan berwangi-wangian di Hari Jumaat :) bila dah masuk Dataran Masjid Nabawi...aku tengok pintu nak masuk masjid dah sesak...selalu memang sesak pun..tapi sesak kali ni sesak lebih sikit...dekat Dataran Masjid Nabawi pun orang ramai dah mula buat saf..yup..matahari memang terik...tapi...tak rasa peluh atau panas...maybe sebab ada angin...cuma mata je lah tak blh bukak sebesarnya :) So...aku emak and mak cik decide kita solat kat Dataran je...join dengan satu group Pakistan...

Sementara nak tunggu Khutbah,,, group pakistan ni macam nyanyi-nyanyi dengan  kuat...aku fikir dorang zikir kot... cuba la jugak dengar butir-butir perkataan yang dorang nyanyi tu...confirm aku tak paham...mungkin dorang zikir dalam bahasa dorang...dorang nyanyi-nyanyi sambil makan kekacang... sebelah kanan aku pulak...ada seorang emak dgn sorang budak perempuan..rasanya umur dalam setahun kot...terus teringat mangsa bully...si Hannah and si Iman... :) "mummy rindu awak le..." budak perempuan tu nagis...nagis.. je.. meleleh leleh air mata...ok..keadaan perempuan dengan budak perempuan tu mmg nampak daif...sebab dekat kaki budak perempuan tu penuh dengan luka...siap ada bandage lagi...aku terus fikir...dorang ni maybe peminta sedekah... mungkin kesabaran emak budak tu dah tak da...then budak perempuan tu menangis je lagi...mak budak tu tampar muka budak perempuan kecik tu...Allahuakhbar...luluh hati aku tengok...lagi kuat budak perempuan tu nagis... orang dah pandang-pandang da..and maybe emak budak perempuan tu dah malu..dia terus dukung budak perempuan tu...bawak pergi minum air zam-zam...so aku rasa..mesti budak perempuan tu lapar...emak dia tak da susu or roti ke nak bagi makan...sebab tu dia nagis... :( Honestly...aku hanya dapat tengok dan bersimpati je... tak mungkin aku nak jadi heroin dalam cerita ni... 

Eh sambung cerita first time Solat Jumaat lah... khutbah kat sana mesti lah dalam Bahasa Arab... again...confirm aku tak paham...tapi abah ada pesan..dengar je...jangan bercakap...so dengar je :) Rugi kan tak taw berbahasa Arab... aku jeles sangat tengok Mutawwif Andalusia ni expert and fasih gila cakap Bahasa Arab...even dengan sesama Mutawwif Melayu pun..nak cakap Bahasa Arab... menganga la jugak bila tengok dorang cakap fasih dalam Bahasa Arab... herm...kagum la!!!

Selesai khutbah...ready nak perform Solat Jumaat...hikhikhik... rasa best...dapat perform Solat Jumaat... :) dapat la tahu and rasa macam mana lelaki-lelaki Solat Jumaat...kan... selesai Solat Jumaat get ready untuk pulang ke Hotel... :) Nah...terkejut aku...nak keluar dari pintu besar tu... orang ramaiiiiiiiiii sangat... kau tak payah berjalan untuk keluar...tunggu je orang dari belakang tolak badan kau..untuk keluarkan kau dari pagar... badan ni rasa macam kena bawak arus sungai...memang kena extra hati-hati... bukan nak bersangka jahat...tak mustahil ada adegan penyeluk saku...tapi aku tak risau sangat...sebab aku tak bawak cash pun g Masjid... :)

behenti disini dulu :) Selamat Hari Jumaat kawan-kawan...Don't forget to recite Al-Khafi :)


Terfikir...sempatkah untuk aku rasa kehidupan sebagai si tua ??? Macam mana jika izin DIA...aku jadi tua yang tiada sapa nak jaga... kuatkah lagi kudrat aku time tu...

Thursday 5 June 2014

Raudhah :)

Assalamuailaikum :)
June already... hampir separuh 2014 dah pergi tinggalkan kita... :( 
Kali ini nak cerita pasal Raudhah...Taman Syurga :) Before aku pergi Umrah...aku tak tau langsung kewujudan Raudhah ni...sampailah aku ada baca satu blog ni...dia cerita pasal Raudhah... Taman Syurga... antara tempat mustajab nak berdoa... Allahuakhbar...
Hari kedua di Madinah which is Hari Jumaat,,, aku and jemaah Andalusia diberi peluang untuk masuk ke kawasan Raudhah...sambil dibantu oleh dua orang Mutawwif perempuan...lupa la sape nama ustazah tu ^_^
disebabkan aku pergi Hari Jummat...agak kelam kabut  pagi tu...after Subuh...take a breakfast..then Ustazah dah ajak berkumpul and cepat cepat jalan pergi masuk balik Masjid Nabawi.. kesian jugak dekat nenek nenek yang tua...mungkin kudrat dorang tak kuat untuk jalan laju-laju kan...Ustazah pesan Hari Jumaat, masa untuk jemaah perempuan untuk masuk Raudhah agak terhad sebab.. dorang nak get ready untuk solat Jumaat...fahamlah aku kat situ :)
aku and emak just wearing Jubah and tudung sarong je... wudhu pun tak sempat ambil dekat bilik...nasib baik bawak botol spray and telekong dalam bag... sebelum masuk ustazah suruh baca doa masuk masjid...then dah masuk masjid...cepat cepat pergi check point pertama...ustazah suruh buat solat sunat tahyatul masjid... dan berniat Iktikaf dalam Masjid... since aku and emak tak da wudhu...kiteorang tak sempat nak buat solat sunat tahyatul masjid... aku and emak gunakan masa untuk wudhu guna spray...first time!!! time ambil wudhu tu memang cermat gila la..make sure air wudhu tak tertumpah dekat carpet masjid...alahai...rindunya.... (:  time jemaah lain solat tahiyatul masjid...aku dah nampak perkerja masjid dah mula tutup pintu penghadang...kalau lambat sikit je tadi...tak da peluang nak masuk kawasan Raudhah. Ustazah terus bawak jemaah lain ke checkpoint kedua (semua check point ni dalam kawasan masjid ya^_^) time ni ustazah suggest buat solat sunat dhuha... ustazah ingatkan banyakkan berzikir... berselawat... ustazah pun ada bagi tahu..kawasan Raudhah ni tak besar...make sure kita solat atas carpet yang colour HIJAU... ustazah pesan jugak... Raudhah ni berhampiran dengan Makam Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat baginda..Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Alhamdulillah..Ustazah ada tunjukkan sikit gambar Makam Nabi Muhammad S.A.W berserta sahabat.
Ni gambar dalam phone Ustazah...
 Tapi jemaah wanita tak boleh pergi betul betul depan Makam. Jemaah lelaki je yang berpeluang. 
Terus ke check point ke tiga...kat sini..ustazah pesan..sapa yang dah terbatal wudhu boleh la ambil balik wudhu...tapi make sure jangan bagi pekerja masjid nampak..dorang akan bising sikit...dekat check point ni jugak... ustazah suruh buka buku yang pihak Andalusia bagi...dalam tu ada doa selepas solat sunat dalam Raudhah...ada selawat khas untuk Nabi Muhammad S.A.W... baca la dalam versi arab dan terjemahan dia..supaya lebih serap dalam hati kita... banyakkan istifar... ada jugak jemaah yang tanya solat sunat apa yang paling baik kita nak buat dalam Raudhah nanti... ustazah pesan kalau boleh buat dulu Solat Sunat Taubat...itu lagi utama... doa banyak-banyak minta ALLAH terima taubat kita...minta ALLAH maafkan setiap khilaf diri... ustazah pesan juga...banyakkan berdoa untuk kehidupan akhirat jangan duniawi je... jika ada masa lebih dan perkerja masjid tak halau lagi..buat la Solat Sunat Hajat... Ustazah pesan lagi...sujud terkahir tu sujud la lama sikit...mintak doa masa itu...sebab lepas salam..kalau pekerja masjid nampak kita tadah tangan untuk berdoa.. dorang akan halau...
terus ke check point keempat...checkpoint terakhir nak masuk Raudhah... Allahuakhbar...ramai sangat manusia...berebut rebut nak masuk Raudhah...Taman Syurga kan... Ustazah ingatkan lagi bagi salam dekat Nabi Muhammad S.A.W... sayu je hati...tak sangka boleh sampai dekat dengan Makam Nabi...rasa sesuatu :) Rindu...  Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda" - (HR Muslim.)
mungkin ada kenalan kita...jiran ke...officemate ke..yang nak kirim salam pada Nabi Muhammad S.A.W... kita boleh sampaikan masa ni..Ustazah yang akan lead...jemaah follow je... :) Ustazah pesan lagi...doa kepada ALLAH...moga ALLAH beri keizinan untuk masuk dalam Raudhah.  masa ni..perasaan debar debar tu memang ada la..ada jugak kerisauan takut tak sempat nak masuk Raudhah...sebab dah pukul 11.00 am dah time tu...time tu memang jemaah Andalusia yang jadi jemaah terakhir.
macam ni la keadaan nak que masuk Raudhah...hinggar binggar sikit...depan bahagian penghadang putih tu kawasan Raudhah untuk lelaki.


 Alhamdulillah...akhirnya aku emak and jemaah Andalusia lain dapat solat dalam kawasan Raudhah...honestly aku memang tercengang bila masuk Raudhah...rasa lega bila kaki dah cecah carpet Hijau... cakap dengan emak " Emak kita dah dekat Raudhah dah ni " berkali-kali tengok kaki...untuk pastikan kita kat kawasan Raudhah...
inilah dia carpet Hijau.
cepat cepat cari ruang kosong untuk solat...tapi tak da... :( pekerja Masjid dah jerit jeri "ibu...ibu..cepat..solat"... belakang aku ada tiga orang nenek...lagi kesian..kudrat dah tak kuat...tapi tetap usaha jugak nak solat dalam Raudhah... nenek tu nak solat atas kerusi... tapi tak sempat nak ambil kerusi...aku suruh nenek nenek tu solat depan aku...jemaah berhimpit-himpit... aku pun solat sebelah emak...tapi memang bersedia la..memang solat kali ni...aku rasa paling mencabar..sebab kepala kena pijak time sujud...kepala kena duduk time sujud... tak mustahil orang-orang langkah-langkah time kita bersolat..tapi itu cabaran dan pengalaman :) aku buat solat sunat taubat je..memang hajat dihati nak berlama-lama dekat Raudhah...tapi aku fikir...bukan aku sorang je yang nak solat kat situ...ada lagi jemaah lain yang tunggu turn nak solat...so why not kita bagi peluang dekat jemaah lain...aku selesai solat dulu berbanding emak...time emak tengah sujud terakhir...pekerja masjid dah pegang pegang pinggang emak suruh cepat bangun dari sujud dan bagi salam... "ibu..sudah..sudah..bangun..bangun..." hmmm....pekerja masjid pun tahu trick jemaah nak berlama dalam Raudhah :) aku  and emak pun keluar dari Raudhah... tapi mak cik mak cik aku belum keluar lagi... alhamdulillah mak cik mak cik aku dapat perform 2 solat sunat. ada jugak rasa tak puas hati... aku pun cuba cuba menyelinap nak masuk balik kawasan Raudhah... pun kena halau dengan pekerja masjid...maka fahamlah aku... sila bersyukur dengan apa yang dah dapat...bila ada peluang buat la dengan rasa sungguh-sungguh :) aku pandang emak...aku cakap..aku tak puas..nak solat lagi dalam Raudhah... emak kata...nanti kita cuba masuk lagi... 
biasanya jemaah wanita dibenarkan masuk kawasan Raudhah selepas solat Subuh and Solat Isya... lepas je solat jenazah after solat Subuh and Isya...pekerja masjid akan bawak satu sepanduk...sepanduk tu akan tulis bahasa ikut negara. Contoh Bahasa Melayu...so semua jemaah dari Malaysia...Indonesia..Brunei..Singapore akan ikut berkumpul kat mana pekerja masjid yang bawak sepanduk tu...

 pekerja masjid itu yang akan bawakan setiap jemaah masuk kawasan Raudhah... dan biasanya...sepanduk Bahasa Melayu juga yang jadi group terakhir masuk kawasan check point 4. Masa dekat check point empat ni...memang dah tak ikut sepanduk dah...maknanya...bercampur la dengan jemaah dari Turkey...dari Pakistan...dari Iran...dan lain-lain. Kalau kita yang muda-muda ni..bawak nenek atau emak kita yang dah tua..yang dah tak punya kudrat yang kuat..kalau boleh pegang la tangan kuat-kuat..sebab jemaah dari Turkey and Iran ni..nampak je macam tua..tapi sekali dia tolak badan kita...hmmm...boleh rebah... dorang pun ada trick jugak nak masuk Raudhah cepat..which is...potong que...tengah kita semangat nak beratur..dorang akan ajak berborak.. confirmla aku tak paham apa yang dorang kata..aku senyum and angguk.. dalam masa korang senyum and angguk kepala..masa ni la jemaah Turkey atau Iran ni akan tolak badan korang kebelakang...
pokok pangkalnya..sabar!!! Kalau ALLAH izinkan...tak da sapa yang dapat halang kan :)

Alhamdulillah aku emak and mak cikss dapat masuk Raudhah kali kedua lepas Subuh hari ke-empat di Madinah :) tak tau nak gambarkan rasa syukur macam mana... alhamdulillah urusan aku emak nak masuk Raudhah kali kedua lebih mudah... kalau yang pertama masuk Raudhah, masa nak sujud...teragak2 sebab memang tak da ruang nak sujud dengan properly...kali kedua...Alhamdulillah..lapang selapang lapangnya ruang untuk sujud...syukur Ya-ALLAH...air mata je la yang dapat gambarkan segalanya...banyak sangat Nikmat yang DIA bagi... biarlah aku beringat selalu...jangan leka Wany :)

berhenti disini dahulu :) jika punya umur yang panjang...dengan izin-NYA i will continue my Umrah Story :) Selamat Menyambut Ramadhan korang :)

Bila nafas akhir berhenti sudah  Jatung hatipun tak berdaya  Hanya menangis tanpa suara  Mati tak bisa untuk kau hindari  Tak mungkin bisa engkau lari  Ajalmu pasti menghampiri  ...

Sunday 18 May 2014

Hari-hari di Madinah :)

Assalamuailaikum :)
May already...sangat cepat masa ini berlalu!!!
kita continue cerita Umrah kita...
Alhamdulillah kita stay kat Madinah 5 Hari 4 Malam. Untuk semua jemaah Andalusia, akan stay kat Mubarak Silver Hotel... less than 150 meter nak ke Masjidil Nabawi... Tak jauh kan :) Boleh dengar la setiap kali azan dilaungkan :) Alhamdulillah....
Around 5.30pm sampai kat hotel. Time ni mengaku la...macam rusa masuk kampung...melilau mata nak pandang semua building yang ada kat Madinah... hahaha... ambil semua luggage and hand luggage untuk check in hotel...time ni macam agak kelam kabut sikit...sebab ruang lobby hotel  tu tak mampu nak tampung semua jemaah yang datang serentak plus luggage and hand luggage yang besaq...besaq... tu... 
Nak cepatkan proses untuk dapatkan kunci bilik..Mutawwif dah get ready ambil kunci dari receptionist and teruskan agih kat semua jemaah...senang :) And alhamdulillah dapat bilik dekat 1st floor....gembira*_* abah dengan pak yup dapat bilik tingkat tujuh... and...satu lagi masalah kecil yang berlaku....hihihi...lif hotel tuh ada enam...aku rasa cukup banyak la...tapi...tapi,,,dia macam lambat sikit...kena que up dulu... ok...kesabaran tengah di uji :) time tuh aku dah kata dengan abah dah,,, "ani nak naek tangga je la abah" since aku fikir..aku masih dalam golongan yang muda dan kuat...tak pe lah mengalah naik tangga bersama luggage-luggage tu... 
abah cakap...memang la bilik aku dekat first floor...tapi atas lobby ni ada satu lagi aras untuk dewan makan... and naik tangga lagi baru sampai 1st floor... dan...setiap nak naik satu level tu kena naik dua kali tangga...ok aku mengalah +_+ abah cakap lagi...ini baru sikit je wani...  itu makna nya sila bersabar wany!!!
after masuk bilik...cepat cepat ambil wudhu and solat jamak taakhir... kemas barang sikit-sikit... ambil wudhu balik and get ready untuk solat Maghrib and Isyaa' :) 
Sepanjang jalan nak masuk Masjid Nabawi tu...Allhuakbar memang banyak sangat kedai-kedai... environment dia macam Jalan TAR.. versi penjual wanita tutup aurat complete berpurdah and penjual lelaki pakai kurta :) ouh ya..plus cuaca yang sejuk...angin angin gitu...
Masa aku sampai Masjidil Nabawi tu...dia punya payung yang sangat cantik tu dah siap dibuka... subhanaALLAH cantik yang amat... dekat dataran masjid dah mulai penuh jemaah perempuan nak get ready untuk solat....aku emak and mak cikss straight masuk pintu Saidina Uthman untuk solat dalam masjid...
setiap pintu akan ada dua orang polis perempuan arab yang akan jaga... seronok tengok keletah polis perempuan arab tu... dia pandang je muka kiteroang dia terus jerit  " ibu..ibu...masuk...masuk..dalam.." cute kot dia cakap bahasa indonesia...hahah aku senyum je :) polis polis ni akan check bag yang kita bawak... kalo kita bawa botol air besar dia akan ambil... kalau buku...alquran...handphone botol spray....sejadah selamat je :)
biasanya tepi pintu masuk tu bersusun rak kasut... so pilihan kita sama ada nak letak kasut dekat rak kasut berkenaan atau tidak...aku yg noob pertama kali masuk Masjidil Haram ni... kelam kabut la...kutip kasut diri sendiri and emak..and mak cik mak cik untuk simpan dalam kantung kasut and simpan dekat rak... 
process aku nak simpan kantung kasut tu...macam agak lambat..sebab orang ramai... akan ada adegan tolak-tolak sikit..plus aku nak kena recognize rak mane yang tinggi and available untuk aku letak kantung kasut...dan...disebabkan itu...emak and dua orang mak cik aku dah tinggalkan aku... selamat cik yan aku baik hati tunggu aku...time ni dah melilau... mana nak cari emak.... nak solat dengan emak... melilau la pulak aku and cik yan cari emak and dua orang mak cik aku lagi...tapi..ramai sangat orang...memang tak la jumpa :( kiterorang solat maghrib dulu...  lepas solat maghrib ajak cik yang buat solat sunat sikit then sambung usaha nak cari emak and dua orang mak cik aku lagi...kekanan kekiri cari...tapi tak nampak :( debar - debar time ni... mulut tak berhenti zikir and mintak Allah jumpakan balik emak.. tapi orang lain pulak yang aku jumpa...nak tahu sapa...hihihi...Dato' Sharizat Jalil... elok je dia solat sunat  tepi tong tong air zam-zam :)
so aku and cik yan macam dah pening kepala sikit and quite tired...so kita orang decide..its okay balik karang kita tunggu je dekat rak kasut...mesti dorang cari kita jugak..and finally alhamdulillah jumpa balik :) 
senyum panjang... :)
time nak keluar dari pintu besar Majidil Nabawi ni...aku macam terpaku sekejap..eh..lama kot...mulut ternganga la jugak..sebab...tengok geligat orang-orang yang jual jubah-jubah and selendang yang dorang jual tu...dorang lambung lambung je jubah and selendang ... sambil cakap... " murah...murah...10 rial...10 rial...halal...halal.." nahh... bahasa Melayu sangat.... nampak sangat orang orang kita memang rajin membeli... bahasa kita pun dorang mampu belajar and fasih cakap :) tapi aku and emak tak tergoda pun... jalan laju laju..balik hotel untuk makan...lapar :) alhamdulillah makanan yang hotel provide kena la dengan selera orang kita... chief chef dia orang Indonesia...semua sos and kicap versi Indonesia. Mostly hari hari akan ada sup sayur. Selere aku senang...as long as ada sup sayur..ada sambal belacan ada nasi aku ngaaappp je :)  Balik hotel...bersihkan diri and get ready to sleep :) 
tido beberapa jam je...sebab semua orang dalam bilik tu..include aku..tak tukar jam waktu arab...sigh!!! lepas tu semua handphone kunci jam waktu Malaysia..which is 5am-6am dah kena bangun 
beza waktu Malaysia and Arab is 5 hours. Malaysia cepat 5 jam dari arab...
kelam kabut la bangun..tunggu turn masuk bilik air and konon konon dah pukul 5 pagi da time tu... nak kena cepat pergi Majid nanti ramai orang...tak da tempat nak solat... padahal Madinah baru pukul 3 pagi time tu... ^_^
suhu time kiterorang keluar untuk Subuh adalah 19 celcius...ia sangat la sejuk..hoi..peluk tubuh :)  angin-angin sejuk menyerbu muka... time ni pun dah ramai yang pergi masjid...masjid tak pernah sunyi... sentiasa ada orang...lain kan pemandangan masjid dekat Malaysia.
kiteroang masuk masjid and cari tempat saf yang paling depan untuk jemaah wanita... and kali ni tak simpan kasut dekat rak kasut da...sebab dekat setiap tiang dalam masjid dorang dah providekan ruang untuk letak kasut...tapi mak sure la kasut tu letak dalam kantung yang bersih :)
macam ni la keadaan tiang yang provide tempat letak kasut



sebelum Subuh :) syok je rasa jalan kaki sama-sama dengan family pergi Masjid :) Harmoni :)
ouh ya...Akan ada dua kali azan sebelum Subuh. Abah kata fisrt azan tu macam nak kejutkan orang bangun dari tido la untuk get ready..mandi and siap sedia untuk pergi solat Subuh berjemaah kat masjid... lepas lebih kurang 1 jam...akan ada azan kedua tanda telah masuknya waktu Subuh :)
Menunggu azan subuh :) first pic dalam Masjid Nabawi. and rasanya boleh cerita kot...kena pakai lip balm selalu atau vaseline...sebab masa ni bibir kiteroang dah start merekah... kering!!! selalu basahkan balik dengan air zam zam :)free je!!!
meet my Cik Yan... Mak Yung and Mak Ndak and my one and only Emak :) View after Subuh. SubhanaAllah....cantik...seronok tengok :)

Nanti ada masa kita sambung lagi :) and let's pray together may ALLAH give us a chance untuk jadi Tetamu-NYA lagi... 


To Miss Nabila Kula...selamat jalani ibadah Umrah dan moga dipermudahkan semua urusan...kita tak sabar nak tunggu awak balik :)


Sunday 20 April 2014

8 Jam ...

Assalamuailaikum... ;)
Jumpa lagi... Datang sini sebab nak sambung cerita Umrah kita...
sebab...hari-hari...kita rindu...hari-hari kita teringat life kat sana...
and Alhamdulillah...day by day...orang orang sekeliling kita...like office mate...best friend... mak best friend kita...ex school mate kita....manager kita...dijemput oleh DIA untuk jadi Tetamu Allah :)
perasaan pastilah seronok... dalam hati...kita mintak ALLAH jemput kita...jemput whole big family kita...jemput sahabat-sahabat kita...jemput jiran-jiran kita...untuk jadi Tetamu Allah lagi...dan lagi... in sha ALLAH :)

13 02 2014 Birthday kita yang ke 25... dah kenapa nak mention birthday kau wany? 
Flight kita dijangka pukul 10.45 a.m So abah dah decide...kita kena gerak before Subuh...
alahai awal sangat.... dalam kul 3.00 a.m mak cik..mak cik kita...emak abah dah bangun...
kita pun dah bangun :) Tapi macam bermalas-malasan atas katil...layan wassap dulu... layan FB dulu...hihihi... 
siap sedia...final check untuk barang-barang...kita pun sempat usha rak buku...tgk mathurat mana yang nak bawa...buku doa mana yang selalu guna...so boleh la bawak... :) ic. lesen ...card bank...kita tak bawak pun...tinggal je dekat rumah...sebab tak digunakan pun untuk urusan check in kat KLIA mahupun Jeddah.
before that...emak suruh solat sunat dulu... buat la...solat sunat taubat...hajat..and solat sunat musafir...kan nak jalan jauh ni :) 

Around 6.00 a.m dah sampai KLIA :) orang ramai... :) Macam pening kepala jap... after sesi punggah barang dari car boot selesai...cepat cepat cari surau dekat Anjung KLIA...untuk perform our Subuh... seriously time ni dah ada rasa aura-aura macam kat Madinah atau Mecca...sebab... surau full... and ada a few jemaah yang bentang sejadah solat ramai-ramai dekat kawasan luar dari surau...ada jugak aku tgk nenek tua yang solat atas kerusi... serta merta semangat nak cepat sampai Madinah tu terasa.

After perform Subuh...abah and Pak Yup check in luggage... and jumpa dengat pihak Andalusia untuk ambil tag... tag tu lah yang akan jadi ala-ala ic kita kat sana :) dekat tag tu ada info hotel mana yang kita akan stay kat Madinah and Mecca, and jadual penerbangan pergi dan balik :)


After lebih kurang 30 minutes plus minus...kiterorang get ready untuk dengar short taklimat dari pihak Andalusia :) time nih dah start sedu sedan dah,,,aku tahu aku tak punya banyak masa nak bermanja dengan adek beradik...and kekazen...baby S2 aku pun non stop bunyi sebab notification wassap and fb..al-maklumlah...birthday kan hari tu...hahaha
Ustaz yang bagi taklimat... terangkan proses2 yang perlu kita buat lepas dah sampai Madinah nanti... bagi nasihat...suruh banyak bersabar....minum air banyak-banyak... and so on... Ustaz bacakan doa sekali..Allhuakhbar sayu sesangat...nages +_+ tapi semangat nak pergi tu..jadi extra semangat!!!  lastly Ustaz bagikan pasport and boarding pass...Ok Selamat Tinggal Malaysia :)

Mula lagi sekali sesi salam and berpelukan dengan family yang ada. Mohon maaf atas setiap khliaf diri....halalkan segala apa yang diberi.. aku masuk toilet dulu...sebab aku tahu keadaaan toilet dalam flight memang tidak aku gemari...maka lebih nice aku 'buang' tinggalkan saja di Malaysia.... So the rest family tunggu aku dengan sabar...hahaha..lambat sikit la kan nak lepaskan diri dari Imigresan. Tapi Alhamdulillah proses is smooth je...tak da apa-apa yang tersangkut ...melainkan..hand luggage Mak Yung and Pak Yup aku kena selongkar jap...sebab!!! Dorang bawa ubat gigi saiz besar dalam hand luggage. No...no..of course tak lepas...kalau nak bawa cecair dalam hand luggage...kena dalam around 100ml je :)

Tempoh dari Malaysia nak sampai Madinah is 8 Jam... bagi aku agak lama la... tapi korang boleh kill the time by reading...recite al-quran, al-mathurat,,, recheck balik knowledge korang pasal Umrah. Download la dekat samrt phone ot Ipad korang application doa ke..surah yassin ke... zikir...and android pun ada satu aplication rukun Umrah... ha...kan boleh baca dlm flight :)
boleh jugak selfie macam aku and abah... lol :p

 and tidur...aku tidur jugak..tapi tak berapa nak selesa...tidur sekejap-sekejap je...
makanan dalam flight bagi aku..supperrrr awweesssommee!!! aku dah jatuh cinta dengan mango juice dia... 

aku siap request extra dekat flight attendance...and siap detect brand manggo juice tu... cakap dengan abah  
"sampai Madinah ani nak cari manggo juice ni" ouh ya...btw aku naik Saudi Airlines share dengan jemaah dari Agensi Rayhar. Satu flight dengan Hamid Ghurka okay!!!

lagi 1 Jam nak mendarat...captain dah bagi tahu yang kapal terbang dah berada dalam kawasan Madinah...SubhanaALLAH... keterujaan...aku pun tengok tengok pemandangan dari tingkap kecil kapal terbang tu... indahnya pemandangan ... 


 aku and abah buat assumption ni mesti padang pasir... cantik!!! Tengok langit pulak... memang tak nampak langsung awan...ada...tapi kecil kecil...dalam hati dah kata...ni mesti panas ni...terik!!!

And alhamdulillah safely landed :) Keluar je dari pintu kapal terbang tu....Angin-angin Madinah menyerbu muka aku...Allahuakhbar sejuk!!!! Sejuk sangat....Even rasa matahari ada atas kepala...tapi kau akan rasa sejuk sebab ada angin
Jemaah Haji Rashid :) 
Perasaan debar debar tu sentiasa ada...nak bercakap pun ada kerisauan jugak..takut terlepas cakap...kan tengah berada kat tanah suci... aku jadi diam sekejap... Terminal kat Madinah kecil je...macam LCCT. Time ni ada rasa debar-debar jugak...sebab ada la dengar cerita Imigresen dorang ni macam strict la...macam banyak ragam la... takut terkandas lama la kat terminal tu... tapi so far Allhamdulillah all is well...Cepat...less than one hour...boleh collect luggage and get ready nak jumpa mutawif-mutawif andalusia :) nak senyum lagi boleh tak :) hahahah

Family aku antara group yang terakhir  jugak la...sebab kiterorang macam tak nak kelam kabut...relax-relax dulu...gi toilet...bagi laluan awal dekat orang yang lebih memerlukan... keluar je dari Terminal ramai yang sambut...mutawwif-mutawwif welcome kiterorang dengan senyuman "Assalamuailaikum Hajah...Hajah..Haji...Haji.." and minta kiterorang  bagi passport.Dorang akan jaga passport kita. So in sha ALLAH tak kan ada isu hilang passport kat sana. Then kiteroang naik bus ikut group masing-masing... bermulalah perkenalan dengan Mutawwif Ustaz Sayed yang akan guide Umrah kiterorang :)

Bus terus menuju ke Hotel Mubarak Silver. Tempat untuk aku and family dan jemaah Andalusia lain akan menginap :) bagusnya Andalusia ni...dorang dah pajak atau book hotel dekat Madinah and Mecca untuk tempoh setahun...dekat Madinah ada satu hotel which is Mubarak Silver yang jauhnya lebih kurang 200 meter je nak pergi Masjid Nabawi. Dekat!!!Alhamdulillah :)

Kita stop dulu kat sini...in sha ALLAH panjang umur...akan ada entry lain :)



Saturday 5 April 2014

The Preparation...

Assalamuailaikum :)
back to my "Umrah" story.... tengah daya ingatan masih kuat...baik cepat cepat aku write something here... 
again...and again...moga tiada rasa 'Ujub' dalam diri ya Wany :)

So... bila dah tahu diri ini dengan izin-NYA akan mengerjakan Umrah... baru la tergerak hati nak study perihal umrah...padahal if I'm not mistake...form 5 kita dah belajar pun... perihal Umrah dan Haji... kan..kan... 
honestly at the time...aku tak ingat ada berapa rukun Umrah.... noob sangat diri ini :( 
After abah and emak register dekat Andalusia Travel & Tours... dorang akan beri 3 bag pelbagai size and buku panduan untuk mengerjakan Umrah dan Haji :)  
dengan keazaman yang tinggi...aku akan baca buku yang dorang bagi tu sehabis baik...buku tu aku letak elok elok tepi bantal...sebab before tidor aku boleh baca kan... azam tinggal azam.... huh!!!

Since  2nd January 2014... aku dah berhijrah tempat kerja...dari Account Assistant di Salihin Group ke Executive Production di PTS Media Group... hari hari aku jadi begitu hectic untuk learn something new...yang tak pernah aku belajar masa kat UKM...bila balik rumah aku sambung kerja via Google+. Aku tahu around 12 pm aku kena tidur. Masa tu aku tak sentuh langsung buku panduan tu... tapi Alhamdulillah... PTS Media Group ada keluarkan buku buku panduan untuk Umrah dan Haji...yang bagi aku lagi simple and lagi mudah nak paham...padat dan ringkas... aku dengan suka hati...pinjam buku berkenaan and aku baca... 
pun tak habis baca :( 

Waktu rehat aku akan goggle "Pengalaman Mengerjakan Umrah".... Nah... berpuluh entry yang keluar...tinggal nak pilih and baca :) Syok sangat...kat situ pun in sha ALLAH boleh balajar and tahu jugak lah step-step nak buat Umrah... apa keperluan yang perlu ada untuk jadi Tetamu ALLAH... kalau kita kaum Hawa... on the way nak mengerjakan Umrah...korang tengah period...boleh tahu cara nak niat bersyarat..and macam mana nak handle the situation... cool la... boleh tahu tempat-tempat yang mesti pergi di Madinah atau Mecca...  and macam-macam lagi la... 

Kursus Umrah. Herm...yang ni mostly agencies akan buat punya...untuk Andalusia Travel & Tours branch Rawang...dorang akan buat kursus Umrah every Saturday.. secara PERCUMA!!! Tak kesah lah korang memang nak buat Umrah atau tak...sangat dialu-alukan datang :) Ada breakfast PERCUMA lagi... and..if korang daftar Umrah dengan agency lain pun...still boleh datang join kursus Umrah berkenaan... Alhamdulillah aku mak and abah join 3 kali jugak la... Masa dari  9.00 am till 12.30 pm... sekejap je kan... Ustaz akan bagitahun step-step Umrah...Doa yang perlu dibaca...and share sikit pengalaman :) and ada slot Q&A jugak... boleh sharing opinion dengan jemaah yang lain... :)

And seriously... kena jugak cari ruang and peluang untuk belajar and persiapkan diri jadi Tetamu Allah... :) Nasib baik my emak ni rajin sangat belajar...okay my abah too!!! So lagi tiga minggu nak pergi... as usually ada session basuh pinggan lepas dinner :) Aku basuh pinggan sambil borak-borak dengan emak... "Emak lagi tiga minggu kita nak pergi sana...Ani tak ready ape-ape lagi ni ma... buku pun tak baca lagi..." and Emak akan story and sharing apa yang emak dah baca via buku mahupun online :) Mak pesan...rajin buat Solat sunat...such as...Taubat...Hajat...Istikharah...Dhuha...Tahajud... uhuk..uhuk..batuk kejap...checklist balik selain 5 solat fardhu...apa lagi solat sunat yang kau tahu dan kau amal Wany ? =_=

Memang kena tahu pelbagai solat sunat :) Kat sana ins sha ALLAH masa banyak habis dalam Masjid :) So aku pun start la goggle lagi...cara solat sunat Tahiyatul Majid...solat sunat Jenazah... and solat sunat yang lain... cuba hafal...surah surah yang pendek..zikir - zikir...and most important thing..cuba amalkan :) jadikan  solat sunat-sunat tu perkara lazim yang kita akan buat day by day :)terutama solat sunat Taubat...kita ni kan pendosa... hari-hari kita buat dosa...antara sedar dengan tidak...cuba cari extra time untuk rasa lebih dekat dengan DIA :) in sha ALLAH...

Sabar :) satu sifat yang baik...yang tak berapa nak ada dalam diri aku.. :( too bad wany!!! siapa yang kenal rapat dengan aku..mesti dorang tahu tahap sabar aku sangat nipis :) Especially time drive and time tengah nak tunggu orang :) Erk!!! Abah pun dah pesan...kat sana banyak orang...banyak ragam...memang kena ada Sabar yang tinggi... Emak pun pesan "Wany cuba belajar sabar dalam sabar" how come aku nak pupuk Sabar dalam diri ni... so aku mulakan dengan driving ethic aku :) Especially time pagi... if before this ada kereta nak cucuk aku atau menyelit-nyelit...macam kau sorang je yang nak punch card before 8.00 am..aku tak kan bagi...aku akan fight and tunjukkan kedegilan aku untuk tidak akan bagi laluan pada kereta berkenaan...so aku ubah cara itu...dengan bagi...je lalulan dekat dorang... sabar!!! cakap sorang-sorang dalam kereta..."Wany sabar...sabar...ALLAH suka orang yang sabar ni..." in sha ALLAH tambahlah sikit rasa sabar dan mengalah dalam diri tu :)

what else??? lain-lain preparation macam stuff yang nak kena bawa boleh fikir sendiri kot... :) mungkin next extry  kita story yek... ;) duit??? erm..aku just spent RM 700 je untuk cover expenses kat sana...sebab pergi dengan mak and abah kan..tak da la issues tak cukup duit:) hahaha...tak pun boleh je active kan debit card korang untuk shoping luar dari Malaysia :) ouh ya...injection vaksin...wajib ambil ya di clinic yang provide service injection untuk pergi Umrah... :) if ada hutang-hutang dengan pihak berkepentingan...settlekan lah hutang korang :)

conclusion nya...sangat penting untuk set your mind...pergi sana kita nak buat Ibadah...nak ziarah Rasullullah... nak rasa extra tenang kat sana...nak berdoa lebih kat sana...maka persiapkan diri... rajin buat solat sunat Taubat supaya dengan izin-NYA kita pergi sana dalam keadaan "bersih" rajin..dan rajin buat solat Hajat...minta pada-NYA agar dipermudahkan urusan sebelum...semasa dan sesudah Umrah...minta pada ALLAH agar diberi kea'fiatan... sihat...cergas...untuk beribadah...mohon ALLAH buang rasa was-was dalam diri...moga ALLAH kuatkan rasa sabar... :)

Merindui angin-angin sejuk di Madinah :) Merindui moment-moment di Madinah tika jantung tidak senada dengan hati :) Jaga diri...moga ALLAH adakan lagi pertemuan extra kita :)

tbc ;)

Ada satu prepartion yang sedang menanti...MAY 2014...aku tunggu :) Doa aku...moga ALLAH mudahkan setiap urusan :) Lapanglah hati untuk terima apa yang ALLAH telah aturkan...

Thursday 13 March 2014

Umrah 2014 :)

Assalamuailaikum :)
Moga dengan ada entry ini jangan ada rasa "Ujub" dalam diri ini...
Moga dengan ada entry ini dapat memberi bantuan kepada mereka yang bakal jadi Tetamu Allah...
dan honestly aku buat entry ni pun sebab aku rindu...sebab nanti kemudian hari... if aku rindu lagi...
aku boleh baca balik entry ini :)

Kenapa aku nak buat Umrah ? 
Since aku Matriks kat KMNS aku ada seorang sahabat yang comel... nama dia Aisyah Abd Rashid :)
Alhamdulillah Asya dilahirkan dalam family yang senang.. family yang dilimpahkan rezeki yang meruah dan family yang sangat menitik beratkan soal agama...
So pendekkan cerita..Asya dah pernah buat umrah after dia SPM kot.. so time tu aku macam tercengang...
sebab time tu dalam otak aku fikir,,,orang tua-tua je yang buat Umrah ni.. and orang yang banyak duit je yang mampu buat Umrah ni... 
Asya pun ada la tunjuk a few picture dia kat Tanah Suci... Ya ALLAH ada rasa keinginan yang tinggi sangat nak pergi... since that..aku tekad after aku convo which mean dalam tahun 2011 @ 2012 aku kena pergi buat Umrah... so ada masa nak kumpul duet kan :)

Tapi ingat ALLAH lagi Maha Perancang Terbaik... hasrat aku nak pergi Umrah after convo pada 2012 tak tercapai :( Tapi Alhamdulillah abah dapat pergi buat Haji tahun 2012... itu pun dah buat hati gembira :)
Since abah dah pernah pergi Mecca and Madinah... abah selalu cerita kat family keadaan kat sana...
Mungkin abah rindu dengan keadaan kat sana kot... Bila abah cerita lagi la buat aku teruja sangat nak pergi sana...

Dengan Izin dari-NYA... Alhamdulillah ALLAH beri aku laluan... beri aku peluang dan ruang untuk perform Umrah aku :)

After raya tahun lepas...abah ada ura-ura kata nak pergi Umrah...ajak lah adik beradik abah sekali which is Mak Yong and hubby...Mak Ndak and Cik Yan... aku dah pesan..." abah Ani nak ikut..." tekad ni!!!
So on November 2013 abah pergi book dekat Andalusia Travel & Tours The Reef Rawang :)

Kenapa abah pilih Andalusia??? Sebab Andalusia ni dah ada track record yang bagus...mean...boleh dipercayai...itu yang penting plus wife Ustaz Dato Daud Che Ngah kawan mak.. plus...Andalusia Travel & Tours dah bukak cawangan kat Rawang...so senang!!! Nanti aku cerita lagi kenapa korang kena pilih Andalusia Travel & Tours as your agensi untuk Umrah korang :)

So berapa aku bayar untuk pakej Umrah bawah Andalusia ni ?... Abah pilih pakej yang agak murah...which is RM 5490... Untuk 12 Hari 10 Malam...Abah pilih pakej yang naik Saudi Airlines terus ke Madinah tanpa perlu transit... Thank You to abah and emak cause bagi anak dia ni subsidi RM 500.. hahaha
Maknanya after Tabung Haji announce dividen segeralah aku keluarkan duit RM 5000 untuk bayar abah balik... :)
Rasa gembira dapat buat Umrah guna duit simpanan sendiri... so kawan-kawan kalau boleh everytime gaji pleasee khaskan lah around RM 100-RM 200 or more untuk simpanan Tabung Haji korang :)

Entry ni macam dah panjang...dan aku sudah mula mengantuk :) to be continue...

nota #prayforMH370 : 
Ya Allah hanya Kau sahaja yang Maha Mengetahui...Maha Berkuasa... Kau tunjukkanlah dimana pesawat MH370 berada...uraikanlah sebarang kesulitan dan tanda tanya kami Ya Allah.

Saturday 1 March 2014

First time :)

Assalamuailaikum :)
Perasaan ini sangatlah "akward"... 
"Spirit" yang datang jangan disia sia kan... 

13022014
Genap usia kita 25 Tahun...sungguh kita takut... sungguh kita rasa kita da dewasa sangat.... sungguh kita dulu ada berangan kita kena kawen dalam usia ini...sungguh TUHAN itu lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...yakni... Hamba-NYA :)
Selalunya kita akan beli hadiah untuk diri sendiri...tanda kita more appreciate pada diri kita...tapi kali ini..hadiah itu kita terbeli awal...dan bagi kita amatlah mahal hadiah ini...Terima Kasih Tuhan atas Nikmat-MU.

A million Thank You untuk adik beradik for the suprise party at KLIA... sungguh kita tak pernah terlintas atau berangan untuk celebrated birthday dekat KLIA... mimpi je rasa... Thank You juga for mak cik-mak cik and cousin yang nyanyikan lagu birthday untuk kita... yay!!! rasa childish sangat :)
A slice cake make me feel wonderful!!!
and after an hour after tiup lilin moment... kita mak abah... mak ciks and pak cik check in untuk fly to Madinah to perform our Umrah :) First time... tinggalkan Malaysia untuk jangka masa 2 minggu... first time untuk cuba tinggalkan hal dunia... kerja...my baby... untuk masa 2 minggu... dan pasti tinggalkan perasaan itu untuk selama-lama nya... In Sha ALLAH ;)


bonding time again with my one and only emak :)

Moga ALLAH terima setiap amal ibadah ku... moga ALLAH buka seluas-luasnya pintu Taubat dan pintu Rahmat-Mu untuk hamba-Mu ini... moga ALLAH beri kea'afiatan kepada ku agar aku lebih gigih cari rezeki supaya dapat kembali jadi Tetamu ya ALLAH :)

Till we meet again :)
Related Posts with Thumbnails