LuLLiL f.r.i.e.n.d

Showing posts with label AhmadAmmar. Show all posts
Showing posts with label AhmadAmmar. Show all posts

Wednesday, 13 July 2016

Keampunan kupohon, Sekiranya aku yang berdosa, Pulanglah ku merinduimu Sayang, Ku menanti dengan rela hati

Syawal 8 ,1347 H :)

Raya Aidilfitri.
Betul lah, semakin banyak umur, semakin tak terasa sangat riang nya raya. 
Yang aku tahu, pakai baju baru cantik sekali, berkumpul anak beranak Rashid, salam dan peluk yang lama each other sambil buat skrip sketsa drama minta ampun sebabak.
Then... ambil gambar... then duduk berkumpul makan makan makan all the food. Pas tu... tunggu orang datang rumah beraya.
At that time, kau ketibas (ketiak basah)... kelam kabut gila sampai kaki cramp... ambil apron..bertapa lah engkau di satu sudut dapur sambil ditemani sponge colour kuning dan pencuci Sunlight untuk cuci kasi licin all the pingan mangkuk periuk sudu garfu jug air panas jug air sejuk cawan dan gelas.  #teambasuhpinggan
Periuk besar besar, malas nak cuci. Pas periuk periuk besar dekat emak and abah kasi cuci licin. :D

Aku tak pernah rasa lagi excited balik kampung jauh jauh, jamed berbelas belas jam atas highway. Raya aku is around Selangor and KL. Zaman kanak kanak ada lah beberapa kali check in Kuala Kangsar. Quite bosan. Tapi as long as ada family kat sisi, aku okay ;)

Baju raya aku ada hampir 4 pasang. Kelabu, Merah, Green Mint and Biru. Alhamdulillah tahun ini Ayung dan Angah yang sponser. Head to toe. Tapi tu lah.. aku baru berjaya pakai sepasang dari empat pasang yang ada. Lagi tiga pasang itewww, tunggulah jemputan open house atau pergi wedding kawan kawan yang nikah musim perayaan nanti. Itu pun kalau aku rajin nak pergi. HikHik :)

Raya korang macam mana? Fun kan? Hopefully double awesome,,, extra happiness untuk korang and family. So far, rata rata rakan seusia dengan aku, dah sambut #rayapertamadenganhusband #rayaberduadenganhusband #teamrayarumahmil #teamrayakampungsuami #rayadengananakpertama and so on...

Well...aku happy lah, tumpang bahagia...eh nak tumpang gembira sekali lah, especially untuk kawan kawan aku yang deliver baby before puasa... dapat lah beraya bersama as a new mother... new parents. Haruslah rasa excited kan... Alhamdulillah :)

Dan aku masih duduk diam diam dengan family. Aku chill je. Pasang angan angan moga Raya Aidilfitri 1348 H, Allah bagi aku peluang rasa as wife to somebody. Boleh peluk cium tangan husband di pagi raya. Boleh paksa husband pakai sewarna baju raya. Alahhh berangan lagi lah!!! Kasi chance please... Doakan kita k :)






Thank tetamu tetamu yang datang rumah Mak Abah kita :) Ni je yang sempat bergambar. See... Hari Raya Pertama je kita sedikit lawa, raya seterusnya kita dah pakai uniform Bibik *_*  Kita okey je. Manalah tahu tiba tiba ALLAH hantar bakal Mama Mertua datang rumah, Mesti sejuk je hati dia tengok kita rajin semacam. Ahh... perangai rajin awak tu Wany, bermusim. Hehehehe :)

Last but not least, Selamat Hari Raya korang. Maafkan semua khilaf diri kita sama ada dalam sedar atau tak sedar langsung. 

#ootdtepipagar ;)

siapa #teamkelabu raya ni? Ohkeyyy kita geng!!! Give me five sikit :)


Monday, 24 August 2015

Surat dari Mommy ;)

Assalamuailaikum :)

Hai Anak anak buahan Mommy. Sharifah Hannah.Nur Iman Khayla.Ahmad Ammar Yusuf. Hari ini mommy cuti, sebab cuti mommy berlambak lagi. Mommy decide nak lepak duduk rumah je. Before tidur semalam, mommy dah plan,,, lepas Subuh esok, Mommy nak sidai telekong, mommy nak jogging, mommy nak basuh kereta mommy nak iron baju untuk kerja seminggu.

Sungguh Manusia itu hanya merancang, Allah juga yang memastikan rancangan kita itu terjadi atau sebaliknya. Mommy pun tak sedar lepas Subuh mommy tidur,,, tiba tiba bangun dah pukul 9 pagi. Mommy pergi dapur, tengok Nenek Atok and Onyang tengan breakfast. Tiba tiba lagi,,, Nenek kata dengan mommy "Mak ingat Kamu jogging", mommy rasa Nenek perli mommy, mommy reply balik "Jogging la. Atas katil" :D

Rumah Atok and Nenek hari ini sangat berhabuk, small renovation in progress. Mommy decide mommy nak buat kerja dalam bilik je. Mommy check email kerja mommy, mommy update work spreadsheet mommy. Tiba tiba mommy rasa nak sorting gambar gambar lama mommy dalam phone S2 mommy.

Allahuakhbar, banyaknya gambar nak kena sorting. 3 jam mommy ambil masa nak sorting all the pictures. Penat. Mommy perasan... 70% gambar gambar yang ada dalam phone S2 mommy tu..semua gambar korang bertiga. Belum masuk video lagi. Alahai anak. Tiba tiba lagi, mommy perasan air mata mommy bergenang. Cepat sangat la awak awak semua membesar. Dari merah merah keluar dari perut Ummi or Mama, dari tapak kaki sekecil kecilnya hingga awak awak semua dah besar,,dah ada gigi. Alhamdulillah.

Jadi mommy decide nak update blog hari ini. Khas untuk anak anak buahan mommy. Dengan harapan, anak anak buahan mommy rindu kat mommy. Jumpa nanti jangan cari pasal dengan mommy. Eh...tapi aktiviti bully tetap berjalan seperti biasa. No worries anak anak.

Ini Sharifah Hannah masa 7 bulan. Hermmm bully budak ni paling best. Tapi telinga mommy kena get ready untuk dengar 'menjawab'. Petah sangat bercakap. Belum lagi dia mengamuk. Mommy yang 'kena' balik dengan dia. 

Now Hannah dah 4 tahun. Tadika Genius Aulad. Semenjak Hannah dah sekolah ni, mommy suka la tanya Hannah soalan solan out of the box, such as "Hannah, boyfriend Hannah sihat?" Guess what... Hannah akan reply "Hannah kecik lagi...mana ada boyfriend lagi...tak faham ke" Ok...mommy diam.
Ini Nur Iman Khayla masa umur 6 bulan. Kakak Iman, waktu baby baik aje...sopan santun je..redha kena bully dengan Kakak Hannah.
Now Kakak Iman dah 3 years. Birthday kakak pun dah dekat. Kakak sekarang dah banyak akal. Dah garang macam Kakak Hannah. Belum bab drama queen lagi. 
This is my handsome boyfriend. Ahmad Ammar Yusuf. 5 Bulan. Mommy melting sangat kalau tengok awak ni Ammar. Walaupun Ammar handsome, Ammar tetap jadi mangsa bully mommy okeyh. No excuse :)
Bukti Mommy bully awak. Ahmad Ammar awak terlalu handsome untuk mommy. Stay calm and handsome Ahmad Ammar. Handsome handsome awak pun... cicak...lipas...awak takut jugak. Hahaha.

Allah itu sangat adil. Waktu Mama and Ummi nak kahwin, mommy rasa mommy hilang tempat bergantung. Eh poyo sangat la Mommy ni. Jujur Mommy emosi bila Mama and Ummi kahwin. Mommy dah tak da limited best friend lagi nak hangout together. Nak ada session curah perasaan.  

Now Allah s.w.t hadiahkan mommy Hannah and Iman, boleh kita jadi best friend. Walaupun hakikatnya Hannah and Iman yang lagi suka bully Mommy, Mommy okeyh jer!!!

Harapan Mommy, untuk anak anak buahan Mommy, jadi anak yang soleh dan solehah untuk Mama and Walek dan Ummi and Pape. Korang semua sihat, bijak pandai disukai ramai. Andai kata Mommy sempat tua, tak da siapa nak jaga Mommy, tolong tolong la jaga Mommy nanti :)

Ya Mommy tahu korang tak boleh baca lagi.Mommy sengaja tulis sekarang. 3 tahun akan datang korang dah boleh baca dah kan..kan..kan... tak lama dah tu :)

Baik lah anak-anak, mommy berhenti dulu, kalau mommy rasa rindu kat korang, mommy tulis lagi surat. Doakan mommy rajin nak iron  baju kerja untuk seminggu. Bye!!!!

Lot of love 
mommy yang sangat santek :)

Related Posts with Thumbnails