LuLLiL f.r.i.e.n.d

Monday 22 February 2016

Dua Tujuh.

Weee... February. Dalam banyak banyak bulan, bulan February paling aku suka.
Sebab aku lahir dalam bulan February. As simple as that je reason dia.

Makanya, on 13th February 2016, Wany officially 27 year old. Giler banyak umur aku. Eh rasa tua da. Erm... macam tu lah nampaknya.

Tak da orang bagi hadiah. Sedeh. So kena beli hadiah untuk diri sendiri ke??? Alhamdulillah ada office mate belanja makan Seoul Garden, ada Mak Cik yang belanja cake, ada Emak yang comel buatkan Orange Cake panas panas. Nikmat. Rezeki. Alhamdulillah :) 

Aku tak expected apa apa pun. Sebab mood aku sway away minggu tu. Aku tak buat perangai. Aku cuba berfikir releven. Cuma bila orang yang kau sayang, dikhianati, kau boleh duduk diam je? Tapi itu yang aku terpaksa buat. Diam dan Doa. Aku nak cerita dekat orang yang paling aku percaya. Tapi aku ada kerisauan, orang yang paling aku percaya, akan pening kepala, nak fikir. Allah. Berat je rasa.

Makan pun aku paksa telan. Susah nak telan. Tapi dah nama pun paksa. Faham kan, macam mana. Emak lah orang paling sweets. Lepas Isya'a aku terus tidur. Kalau tak tidur, ntah apa apa lagi aku fikir.
Tiba tiba Emak ketuk pintu.
"Dah tidur ke? Cake Orange dah siap. Kata suka makan panas-panas."
Tak kan aku tak nak bangun.
"Ok, ma..Ani pergi dapur nanti" Aku pergi dapur mungkin berbekalkan air liur basi sikit. Disgusting Wany +_+

Emak potongkan cake. Aku makan. Sebak. Nak telan pun susah. 
Emak salam peluk dan cium. Sambil berbekalkan doa. Semoga aku ini panjang umur, semoga aku ini dimurahkan rezeki, semoga aku ini sihat selalu, semoga aku ini dipermudahkan urusan jodoh. :)

Aku nagish. Aku pejam mata sambil peluk emak. Waktu dengar perkataan jodoh tu, I imagine someone. Eh..tak kan lah dia. Ntah. Aku peluk Emak kuat kuat, aku cium dahi Emak, pipi kiri dan kanan.

"Terima Kasih Emak, Kalau Ani tak kawen, Emak Abah jaga Ani sampai bila bila taw" 

"Fikir positif Wany".   "InsyaALLAH".

Aku makan lagi cake. Sedap. Aku cakap dengan Emak, aku nak masuk bilik nak sambung tidur.
Aku baring, aku capai phone. Aku tengok ada whatssapps notification. Eh? Kamu. Eh... past two years tak wish pun. Penat tunggu. Kalau wish pun jadi orang terakhir. 

Hehehe. Panjang wish kali ini. Baiklah, terima kasih :) Tahun depan wish lagi.

Umur dah dua puluh tujuh tahun. Masih belum berkahwin. Masih waras berfikir dan teramat sedar, bahawa jodoh itu ALLAH punya urusan. Sama juga hal kematian. Hari hari fikir, bila aku nak kahwin. Sampai satu hari, alhamdulillah, terfikir, bila aku akan pergi meninggalkan dunia ini. :)

Umur dah dua puluh tujuh tahun. Masih belum ada husband lagi. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi tiga ketul anak anak buahan Hannah Iman Ammar, tempat aku nak tumpang bermanja. Tempat nak bagi kasih sayang yang berlebihan. Memang belum ada anak sebenar. Tapi Aku dah merasa bangun tengah malam untuk tukar pampers budak, untuk bancuh susu budak. Mandi kan budak, bagi makan budak. Amazing moment :)

Sekian. Moga yang datang selepas ini lebih indah. Moga awak Wany, menjadi orang yang lebih menyenangkan orang lain :)

Behave Wany ;)


Related Posts with Thumbnails