LuLLiL f.r.i.e.n.d

Saturday, 18 February 2017

Dua Lapan

Finally berjaya update!!! Bahaha. Sejenis perangai hangat hangat ketahian ayam. Semangat turun naik.
No. Sebenarnya kekangan masa. Sungguh.
Nov Dec 2016 dan January 2017. Di uji. Macam macam perkara datang. Aku pun hairan lalu pelik, how come aku boleh lalui itu dengan jayanya. Not so 'jaya' buat aku tak da second choice. So lelah meredah. Mostly pasal kerjaya. Aku tak sangka jadi begini. Malas nak cerita. Nanti aku down. 

Tapi kan. Percayalah, apa yang Allah bagi untuk aku ni, sebenarnya ada hikmah yang menanti. Sibuk aku fikir pasal kerjaya, perihal nasib rakan rakan dan diri aku, fikir fasal apa lagi yang akan datang, membuatkan aku lupa akan perkara satu lagi. Perkara yang mana membahagiakan sesorang itu. Tapi harapan aku hancur.Hati. Perasaan. Harapan. Impian. Untuk jadi Isteri kepada seorang hamba ALLAH yang mana aku tak da perasaan sayang tapi aku tahu dia ada Husband Material. Ok lah. Cukup. Kan kita dah percaya ALLAH punya planning lagi Indah dan power. Dia bukan jodoh kau. Face it je lah. Ini bahagian kau. 

Well, nak tahu tak.. 13th February hari itu kan... budak ni kan... kan.. kan.. cukup 28 tahun. Allah. Terima Kasih. Bagi keizinan untuk terus hidup selama usia ini. Moga usia yang Allah bagi pinjam ini, Allah berkatkan.



Perasaan. Terharu. Tak ramai. Tapi ada manusia yang still ingat. Concern. Mendoakan. Menceriakan. Memberi sedikit kegembiraan. Terasa di hargai. Terasa disayangi. Allah. Nikmat. Syukur.

Family.Terutamanya. Aku plan nak buat makan makan steamboat biasa biasa ja dalam rumah. Aku yang plan. Dorang ubah plan.Jadi mini party celebration birthday aku. Allah. Surprise :) .


Dan Kamu. Yeay, still jadi paling awal wish :) Setahun cuma beberapa kali kita keep in touch. It's okay. Kalau itu yang terbaik untuk kita. Kenapa tidak aku gembira. Biarlah jarang kita selalu ada masa bersama. Tapi kalau itu yang lebih bermakna, kenapa tidak aku lebih bersyukur. Kan.


Another year to explore. Lalu lah Wany. Redah lah. Cari dan tambah apa yang kurang. Bersyukur lah walau apa apa pun yang datang. Jodoh ? Honestly, perkara yang tak pernah aku berhenti meminta pada DIA, perkara yang hari hari aku fikir seketika. Perkara yang aku selalu berharap moga Allah makbulkan. Lain lain, aku serah pada ALLAH. Jangan risau, aku dah pesan kat Emak yang satu, boleh dah cari jodoh untuk aku. Kalau boleh cari yang semenggah sikit la dari aku ni. Ya.. aku kan quite kepohchi..quite kelam kabut.. tak pernah cool. Sabar ntah kemana. 

Sama sama doa okay :)Terima Kasih :)Mengharapkan keajaiban itu berlaku. Kalau itu yang terbaik lah :)

Okay jumpa lagik! xoxo ;)

Friday, 7 October 2016

Cause I've still got a lot of fight left in me

Assalamuailaikum.
6 Muharam 1438H.

Sabar aku dah sampai saat ini. Tak lama. Harapan hanya tinggal harapan.

Kalau diberi pilihan apa aku nak buat sekarang, aku nak pergi Baitullah. 
Kalau aku mampu bergerak pantas, destinasi pertama aku nak segera sampai Baitullah.
Kalau aku kaya dan ada jet peribadi sendiri, segera mungkin aku nak sampai ke Baitullah.

Kenapa Baitullah? Tempat tu aman. Damai. Ratusan Ribu umat Islam ada dekat Baitullah. Semua datang dalam keadaan polos nya diri. Datang dalam keadaan rasa kerdil sangat. Datang untuk memohon keampunan pada Ya Rabb. Datang untuk mohon semangat, kekuatan, moga ALLAH bagi sedikit kesabaran dan kekuatan untuk redha lepaskan apa apa yang sarat dan susah nak lepaskan.



Tenang ada kat sana hanya Allah je yang tahu. Rasa redha se redha redha nya. Tiada apa yang dapat halang diri untuk tahan perasaan. Kau pandang Baitullah itu aja, kau dah sayup. Kau lihat Baitullah itu je, kau menagis tanpa perlu dipaksa. Kau boleh bertutur dengan bahasa fahaman kau sendiri yakni Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap pelusuk apa yang ada dalam fikiran kau mahu pun apa yang terlintas dalam hati kau. Sungguh.

Itu yang aku perlu sekarang. Sebab aku rapuh dan luluh untuk kesekalian kalinya. Terima Kasih. Bahagian aku. Allah tengah nak uji aku sikit. Manusia lain lagi sarat dan berat ujian yang Allah bagi.

Tenang Wany. Sabar seperti biasa Wany. Bersyukur dengan apa apa yang berlaku. Masa untuk muhasabah diri berkali kali. 

Untuk kau, Terima Kasih banyak banyak. Semoga berbahagia dengan pilihan kau. Aku akur. Allah dah tetapkan begini jalan cerita kita :)

Izinkan aku kembali ke Baitullah Mu YaAllah. Jemputlah aku kembali :)

Thursday, 8 September 2016

#reenyaya

Hi :)

Last Sunday, Alhamdulillah, aku sempat pergi wedding member zaman TIKL :). Si tinggi Dayah. Member netball, member satu dorm Rafflesia, classmate masa form five. Ouh satu PPI and MPP jugak :).

Haah aku mengaku, lately ni, memang aku quite MALAS nak attend wedding member member. Sampai mereka kecil hati dengan perangai MALAS aku ni. Giler. Sungguh aku terkesima.

Korang ada sebab aku MALAS, bukan sengaja. MALAS sebab tak da orang teman. Itu je. 

Aku boleh makan sorang sorang kat kedai makan, aku boleh jogging sorang sorang, aku boleh shooping sorang sorang. Tak da masalah. Tapi pergi kenduri sorang sorang itu sangatlah tidak cool untuk aku. End up if tak da manusia yang boleh teman aku, aku tak pergi. 

Kali ni, Alhamdulillah, Shaz, captain Netball nak saing pergi sekali.Gembira dan semangat. Tak da lah aku awkward kheeen.. Tiba tiba one day before resepsi Dayah, Shaz bagi tahu boyfriend dia nak follow sekali. Dang!!! Stres, Emo. Aku dah hampir tak nak pergi. Tapi baju dah iron, hadiah dah balut kot. Chill Wany. Chill. Jangan nak drama sangat.

Shaz bejaya pujuk aku ajak pergi sekali. Aku just rasa tak selesa and more like nanti aku akan jadi krik krik krik dan krik bila satu meja dengan dorang. Sebab aku pernah rasa before this. Nanti aku akan cakap dengan lapik meja iteww,,,bila sesorang, Tapi member rancak cakap dgn boyfriend. That's why aku cuba elak kan. 

Alhamdulillah, boyfriend Shaz sangat lah boleh masuk air. Ok. Peramah. Tak da rasa krik krik krik sangat. ;D

 Thanks captain sudi teman aku :)

Sampai sampai je Dayah and husband tengah get ready nak masuk dewan. Cantik. Husband Dayah tinggi, Dayah pun tinggi. Sangat lah serasi.


Nak tahu tak, Dayah and husband dia kenal since form one. Couple pun dari form one. 14 tahun lepas tu baru dorang kahwin. 

Lama gila kot dorang jaga relationship dorang. Tak bosan ke lama lama? Dah lah PJJ. Dah lah Dayah ni cantik, ramai gak orang nak try, tapi relaks je Dayah reject. Setia. Percaya. Aku respect.

Tak macam kau Wany, 5 tahun tunggu pun kau dah give up. Eh mestilah aku kena give up dan masuk phase move on. Dah orang itu tak nak kat aku. Tak kan aku nak habiskan masa lagi tunggu. 5 tahun dah cukup kot bukti aku setia. Kan ??? Emo ke Wany? Tak. Aku redha lah.

Sebab aku nak dia bahagia. Unfortunately, bahagia dia bukan dengan aku. Kan. Adalah Allah simpan sesuatu untuk aku dan untuk dia. Kan. 





Selamat Pengantin baru Dayah and husband :)

Doakan kita cepat jumpa jodoh please ;) Thanks ^_^



Wednesday, 13 July 2016

Keampunan kupohon, Sekiranya aku yang berdosa, Pulanglah ku merinduimu Sayang, Ku menanti dengan rela hati

Syawal 8 ,1347 H :)

Raya Aidilfitri.
Betul lah, semakin banyak umur, semakin tak terasa sangat riang nya raya. 
Yang aku tahu, pakai baju baru cantik sekali, berkumpul anak beranak Rashid, salam dan peluk yang lama each other sambil buat skrip sketsa drama minta ampun sebabak.
Then... ambil gambar... then duduk berkumpul makan makan makan all the food. Pas tu... tunggu orang datang rumah beraya.
At that time, kau ketibas (ketiak basah)... kelam kabut gila sampai kaki cramp... ambil apron..bertapa lah engkau di satu sudut dapur sambil ditemani sponge colour kuning dan pencuci Sunlight untuk cuci kasi licin all the pingan mangkuk periuk sudu garfu jug air panas jug air sejuk cawan dan gelas.  #teambasuhpinggan
Periuk besar besar, malas nak cuci. Pas periuk periuk besar dekat emak and abah kasi cuci licin. :D

Aku tak pernah rasa lagi excited balik kampung jauh jauh, jamed berbelas belas jam atas highway. Raya aku is around Selangor and KL. Zaman kanak kanak ada lah beberapa kali check in Kuala Kangsar. Quite bosan. Tapi as long as ada family kat sisi, aku okay ;)

Baju raya aku ada hampir 4 pasang. Kelabu, Merah, Green Mint and Biru. Alhamdulillah tahun ini Ayung dan Angah yang sponser. Head to toe. Tapi tu lah.. aku baru berjaya pakai sepasang dari empat pasang yang ada. Lagi tiga pasang itewww, tunggulah jemputan open house atau pergi wedding kawan kawan yang nikah musim perayaan nanti. Itu pun kalau aku rajin nak pergi. HikHik :)

Raya korang macam mana? Fun kan? Hopefully double awesome,,, extra happiness untuk korang and family. So far, rata rata rakan seusia dengan aku, dah sambut #rayapertamadenganhusband #rayaberduadenganhusband #teamrayarumahmil #teamrayakampungsuami #rayadengananakpertama and so on...

Well...aku happy lah, tumpang bahagia...eh nak tumpang gembira sekali lah, especially untuk kawan kawan aku yang deliver baby before puasa... dapat lah beraya bersama as a new mother... new parents. Haruslah rasa excited kan... Alhamdulillah :)

Dan aku masih duduk diam diam dengan family. Aku chill je. Pasang angan angan moga Raya Aidilfitri 1348 H, Allah bagi aku peluang rasa as wife to somebody. Boleh peluk cium tangan husband di pagi raya. Boleh paksa husband pakai sewarna baju raya. Alahhh berangan lagi lah!!! Kasi chance please... Doakan kita k :)






Thank tetamu tetamu yang datang rumah Mak Abah kita :) Ni je yang sempat bergambar. See... Hari Raya Pertama je kita sedikit lawa, raya seterusnya kita dah pakai uniform Bibik *_*  Kita okey je. Manalah tahu tiba tiba ALLAH hantar bakal Mama Mertua datang rumah, Mesti sejuk je hati dia tengok kita rajin semacam. Ahh... perangai rajin awak tu Wany, bermusim. Hehehehe :)

Last but not least, Selamat Hari Raya korang. Maafkan semua khilaf diri kita sama ada dalam sedar atau tak sedar langsung. 

#ootdtepipagar ;)

siapa #teamkelabu raya ni? Ohkeyyy kita geng!!! Give me five sikit :)


Wednesday, 18 May 2016

Tentang Seseorang

Ada satu hari, terbuat perilaku yang sepatutnya tidak perlu dibuat. Acah acah kata, "alah... tak da bendalah, tengok je kot". Maka, perilaku itu diteruskan dengan hati yang tidak terkocak kacak. Tenang dan gembira. :). Melihat sesuatu perkara tentang beliau di Muka Buku beliau. Terasa lama kan tidak melihat Muka Buku beliau. "Eh, beliau dah unfriend kita ke? Eh tak lah. Kita masih friend." 

At first tenang tenang aja. Ouh he's doing fine. Alhamdulillah :) Betullah. Sometimes kita kena bagi hati kita ini jangan terlalu senang. Ouh beliau sedang berduka cita. Rasanya perihal cinta. Kasihan. Hati turut bersimpati. Maknanya lagi beliau dah ada someone else. Someone yang beliau sangat perlukan tika ini. Mungkin hari hari beliau, malam dan siang beliau, someone itu yang menjadi keutamaan beliau.

Dan yang teramat pasti, awak bukanlah someone itu. Tiba tiba rasa nak menagis. Alah... benci lah !!!

Awak ini memang manusia yang tak pernah belajar dari kesilapan kah?
Awak sedih ke? Awak kecewa? Awak kata awak dah move on. Awak kata awak dah berhenti berharap. Awak kata awak cuba belajar untuk Redha melepaskan.

Maafkan saya, Awak pun manusia. ^_^

Saya tahu awak cuma perlukan sikit masa dan ruang untuk let go all the shitty things yang suddenly  appear dengan sengaja. Awak kena take a risk lah. Sebab awak yang terbuat perilaku melihat Muka Buku beliau.
Saya tak nak cakap awak kuat. Sebab kadang kadang je awak extra kuat. Kebanyakkan waktu awak rapuh. Tapi saya yakin, awak boleh handle this kind of feeling.

End up, saya tahu awak pasti fikir, awak bukan terbaik untuk beliau. Dan awak mahu beliau mendapat someone yang paling terbaik. Awak pun kena la ingat, selalu bersangkan baik dengan aturan DIA.

Dah sampai masa awak pegang kata beliau pada awak, Friend Forever.



Much love, Awak itu saya. Saya itu aku. :)
Related Posts with Thumbnails