Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :)
Excited.Gembira.Debar-debar.Sedikit sedih.Kind of mix feeling.
Perlu ke nak update blog, khas untuk Trip Seoul Korea Winter 2017?
Ada ke manusia nak baca?
Cerita Umrah tiga tahun lepas pun tak habis lagi Wany =_=. Ada hati nak update cerita yang baru???
Sis cuba ok. Cuba. Cuba.
Tak plan pun nak pergi Seoul, Korea. Serius TAK.
Asalnya nak pergi Jakarta je. Tapi tunggu next year je lah. Tiada kepentingan sangat pun. Dapat pergi Alhamdulillah. Tak dapat pergi pun tak pe. Plan nak pergi Jakarta pun dengan Kak Miza. Sambil pergi, boleh temankan Kak Miza collect barang untuk business kat IG dgn FB. Boleh check IG Kak Miza lacebydhia.
Tiba Kak Miza ajak pergi Perth. Awwww. Yeay! Nak pergi. Nak ikut. Nak pergi jugak. Haruslah exciteeedddd! Sebab tak pernah sampai sana kan. Semangat Gillsss nak pergi ohkay! Check ticket,,, check punya check, masa dan ketika tak cantik. Sebab clashing dengan aku punya hal kerjaya. Which is, aku dengan boss baru Puan T kena pergi Langkawi untuk Budget Conference 2018. Itu menyedihkan.
Tiba - tiba lagi, ringan mulut aku tanya Kak Miza, "kak, cuba check ticket pergi Seoul". Jeng! Jeng! Jeng! Available untuk date 29 Nov - 5 Dec !!! Oh. Happy lagi. Tapi tak bersemangat sangat,,, sebab kerja banyak. The worst part is, semua preparation awal, Kak Miza yang tolong buat kan.
Dari book ticket, book hotel, pening kepala nak stay kat mana, itenary, beli makanan kering, fikir barang apa nak bawak, semua Kak Miza yang buat. Aku ok kan je. Dan bayar. Teruk. Tak tahu nak cakap terima kasih macam mana dekat Kak Miza. Thank You Kak Miza.Muaaahh sikit *_*.
Berapa total duit habis Wany, untuk bercuti ke Seoul Korea ? Nah, aku attach gambar :)
1. Insurans. Pun Kak Miza yang register kan. Aku providekan maklumat nama, no. ic, alamat rumah, nama penjamin. Perlu ke nak beli insurance ni? Malang tak berbau gais! Lepas register, dia email no polisi, simpan je email tu dalam inbox. Kalau nak print out details pun tiada masalah. No polisi tu yang penting.
2. Makanan Kering. Pun Kak Miza tolong belikan dekat Giant. Kebetulan barang barang yang kiteorang nak beli, murah dekat Giant. Masa Kak Miza nak shopping makanan kering ni, aku kat Langkawi. Gigih whatsaap, nak bincang. Selamat dekat phone aku ada Apps Smart Shopper, so boleh bagi tahu Kak Miza, mana tempat dan makanan yang worth to buy. Makanan kering yang kiterong beli, biasalah, maggie cup, maggie ruski,beras 1KG, nestum 3 in 1, roti, sardin, nasi tomato Brahim's, prego, spageti & mineral water. Guess what, semua makanan yg kiterong beli ni TAK HABIS. Memang TAK HABIS. Kiterong sentuh maggie cup, roti dan beras. Tu pun masak sekali je. Yang lain angkut bawak balik Malaysia. Nanti aku bagi tahu kenapa TAK HABIS makanan yang kiterong bawa.
3. Gyerim Guesthouse. Pun Kak Miza book kan. Guna Agoda. So far ini yang paling murah. Gyerim Guesthouse ni dekat Myeondong. Myeondong ini boleh kata macam Jalan TAR. Happening waktu malam. Ada DAISO tujuh tingkat lagi gais! Serius. Kenapa, kiterong pilih Gyerim Guesthouse ni? Sebab utama dekat Gilsss dengan station bus dan Subway. Dalam 5 minit jalan kaki boleh sampai. Dekat sangat! Tak sempat penat pun. Gyerim Guesthouse ni bukan kawasan berbukit. So, simpan tenaga, jalan macam biasa.
Cumanya, Gyerim Guesthouse ini, saiz biliknya kecil ya kawan kawan. Kalau pergi dengan anak kecil, kena fikir 3 kali balik. If pergi dengan member. Tak da masalah. Kecilnya bilik tu macam kalau kau bawak luggage, boleh bukak luggage tu atas katil je. Kawasan lantai tak da. Solat pun sipi sipi hujung katil. Sebab itulah aktiviti masak memasak terpaksa diterhadkan. Toilet besar. TV dan Air Cond macam tak function je. Sebab, pergi waktu winter itu sejukkk yg amat. Apehal nak test buka Air Cond pulaks. Towel dia bagi. Tapi saiz towel kecil, yang khas untuk lap muka. Bijak bijak lah nak gunakannya ;). Toiletries dia bagi, except berus gigi dengan ubat gigi. Tak da lift ya, Alhamdulillah dapat bilik tingkat 1. Dia ada letak satu mesin air macam Coway tu kat ground floor. Boleh ambil bila bila ja. Ahjumma yang jaga guesthouse itu sedikit garang. Pantang orang tak buka kasut,dia akan bising. And tak boleh cakap english langsung gais. Dia cakap Korea, kau anggukan aje :).
4.Ticket Flight. Cost aku RM 365 return. Yang ini aku menang besar. Dan seriously, tak boleh jadi panduan umum. Apehal harga ticket aku murah sangat? Return, 30 kg, Include meals, Malaysia Airlines (MAS) with cost RM 365. Inilah rahsianya. Kak Miza's husband, kerja dengan MAS. MAS ada buat program, staff boleh masukkan nama dalam 10 orang kot, untuk list family and friend. So, Kak Miza baik hati dan murah hati masukkan nama aku. So, boleh beli ticket super duper murah yang MAS tawarkan. Cumanya, ticket yang beli ini, istilah dia Standby Ticket. If flight tu banyak available seat, kau boleh naik. If flight tu full seat, kau kena tunggu next flight atau cari flight masa lain yang banyak seat lagi. Sebab itu lah, supposed to be, aku stay kat Seoul sampai 5/12. Tapi, check system 5/12 ticket dah full. Tak berani tanggung risiko. Duit pun dah tinggal sipi. Kiteroang decide balik 3/12. Flight date tu banyak kosong lagi.
5.Winter coat bundle. Part ini, memang aku siapkan sendiri. Heh. Dah kecoh dekat FB, kata Korea dah snow, so cepat cepat google pakaian khas untuk musim winter. Aku tak banyak masa nak beli baru pun weh. Plus budget tak da. Imagine aku ada dua hari je nak cari barang barang tu. Well, lucky aku ada Ayung. Ayung ada semuaaaaa pakaian khas untuk Winter. Nasib sesaiz. Ok tipu! Aku besaqq sikit. Tapi muat :) Aku cuma beli jacket bubble dekat bundle with cost RM 35. Heh! Happy me. Alaaa nak pakai sekejap je kan, Ok kot beli bundle.
6.Korean Won. Yang ini aku pening jugak. Nak tukar berapa weh duit. Since kiteorang tak da buat proper planning, which is hari pertama nak pergi mana, plus tak sempat nak study line subway semuaaa... aku decide tukar la untuk RM 1000. Sebab dah fikir, makanan bawak dari Malaysia, untuk jimat. Plus, tak da niat nak shopping melampau. Aku tukar duit dekat Pekan Rawang sebaris kedai Mega India sign board colour biru BN. 1000 Won bersamaan RM 3.77. Before that, Kak Miza ada survey kedai money changer dekat Mid Valey. Ramai orang suggest beli kat situ sebab murah. Check punya check, yang kat Pekan Rawang lagi murah.
Ini lah total perbelanjaan aku sepanjang kat sana. Ini pun tak shopping melampau ya. Alhamdulillah nafsu terkawal.Ha ha !
7.Transport to KLIA. Dari rumah, Emak Abah tolong hantarkan ke rumah Kak Miza. Alhamdulillah, adik ipar Kak Miza, boleh tolong hantar kan ke KLIA. Kiteorang sharing sorang RM 30, untuk topop minyak dengan bayar toll. Kalau naik grab car atau uber might be around RM 65 - RM 80 juga dari Batu Caves direct ke KLIA. Kenapa tak naik bus dari KL SENTRAL? Tak nak. Tak bawak luggage. Bawak bag jenis pack. Seorang, dua bag. Quite heavy. Sebab stock makanan yang banyak. (Tapi TAK HABIS makan. Heh). Better guna kereta.
8.Data Roaming. Mostly bila baca kat blog, ramai yang cadangkan untuk sewa pocket wifi. Servis ni dekat Malaysia pun ada, Incheon Airport pun banyak kaunter yang provide. Tinggal nak pilih dan sewa. Pocket wifi ni boleh sharing ramai ramai la, kot. 5 user boleh kot. Since aku dengan Kak Miza guna U Mobile, then, Kak Miza study dekat Apps My Umobile, ada buat promotion untuk roaming data serendah dari RM 10/day. Ikut negara mana yang korang nak pergi. Rezeki. Untuk Negara Korea U Mobile charge RM 10/day. Terhad 500mb. Lepas dah habis 500mb jadi slow sikit laaa korang punya kelajuan internet. So far aku cukup je 500mb per day. Dekat guesthouse ada Wifi. Don't worry.
To pop siap siap kat Malaysia. So every morning, U Mobile akan sms bagi tahu deduct RM 10/day. Aku sempat guna 3 hari je. First day dengan last day, guna free wifi yang available.
Sekian :)
Opss. Sikit tips. Better korang like page FB Korea Tourism Organization Malaysia and Road to Korea. Banyak benda info terkini boleh korang dapat. Korang jugak boleh isi survey form dekat web visitkorea.com . Lepas berjaya isi survey form, boleh datang office dia untuk reedem voucher and dia bagi booklet. Ada dapat T-Money card. Dalam T-Money card tu ada 2000 won. Free gais!!! Function T-Money ni sama macam TNG. Untuk yang banyak guna bus, subway, worth it untuk korang grab!.
No comments:
Post a Comment