Kan kita dah cakap kita cuba update blog. Cuba kali ini macam menjadi. hashtagmogaistiqamah.
So selama 5 hari 4 malam kita and Kak Miza cover jalan jalan area mana?
Previous post, kita bagi tahu. Jujurnya kita dengan Kak Miza tak well prepare. Nak jujur lagi one day before flight baru kita curi masa nak google apa yang best nya Seoul Korea ni. Kita tahu nak pergi Nami Island je kat sana.
Herm... nampak tak.
So plan dengan Kak Miza, atas flight nanti nak baca buku I'm Backpacker Korea by Halian. Hallliiiaaan... aku promote buku kau! Hahaha. Alhamdulillah sempat baca beberapa page. Sangat recommend korang yang nak pergi jalan jalan area Korea, beli buku ini, Sebab info dia padat. dan berguna. Ini pun aku jujur.
After dah selesai check in bilik dekat Gyerim Guesthouse,(thank you Ahjumma kasi check in bilik awal pagi buta (; ) kiteorang plan nak jalan dekat dekat je. Nak visit place yang tak payah keluar cost yang besar.
1. Namsangol Hanok Village.
Kiteorang pergi naik subway je. Cost dalam 1250 won. Guna T-Money yang kiterorang dah topop dekat convenient store dalam Incheon Airport. Dari station Myeondong (Line 4), naik subway ikut pintu yang menuju ke Hoehyeon. Sebenarnya satu station je gais!!! Cara nak cari laluan tu, turun je tangga, ada map untuk subway Line 4 yang colour dia Biru PKR. Cari arah mana korang nak turun. Ikut kiri atau kanan.
Sampai je station Hoehyeon tu, korang keluar dari Subway station, ada petrol pump, jalan depan sikit, akan nampak satu sign board Namsangol Hanok Village. ikut je. Jalan depan sikit je dah boleh nampak Namsangol Hanok Village. Yeay dah sampai. Masuk je. Tak payah bayar apa apa fee pun. Melainkan korang teringin nak pakai pakaian tradisional Hanbok yang comel comel tu. Dekat luar kawasan tu, ada satu kedai sebalah 7-11, dia buat servis sewa pakai Hanbok sekali dengan service ambil gambar. Cost dia around 20,000 won.
Aku and Kak Miza tak pakai pun. Sebab kedekut. Hahaha. Kalau pergi dengan pemandu pelancong, mungkin dia akan terangkan lah sejarah and macam macam info pasal tempat tu. Sebabkan pergi with out tourist guide, makanya, baca je lah sign board apa yang ada. Dan kiterong banyak ambil gambar sendiri. Hahaha. Kawasan tu luas. Boleh feeling feeling macam dalam cerita Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo yang ada Kang Ha Neul yang handsome iteww *_*.
2. Namdaemun Market.
Market? Apalagi. Tempat menghabiskan duit lah. Hahahah. Hasil pembacaan blog, raaamaai kata sini harga murah murah. Haah memang murah. Rata rata kedai jual harga yang sama. Tapi dorang marah bila nak amik gambar barang barang yang dorang jual. Kat sini, banyak jual barang pakaian, kerongsang, stokin dan barang barang cenderamata.
Cara nak pergi Namdaemun Market ni,aku lupa. Arghh. Bengang, apa hal aku lupa. Yang aku ingat, aku naik train jugak dari Hoehyon Station. Tempat aku turun tuuu yang aku tak ingat. Cost dalam 1250 won jugak.
Nak jadikan cerita, hari ketiga kiteroang kat Seoul, baru kiteorang perasan. Jalan jalan naik bus dari Itaewon nak balik Myeondang, rupanya, dari Hoehyon Station tu, kau boleh jalan kaki lenggang kangkung je nak pergi Naemdamun Market tu. Dekat sangat. Jimat duit. Tapi tu lah. Sebab main terjah je kan. Janji sampai ;).
Kak Miza belu strawberry tu. Manes :) Segar tengok buah buah kat sini. Geram.
Iyer. Comel comel stokin kat sini. Benda wajib untuk di beli. Alaaa Malaysia pun banyak stokin. Ok. Stokin kat sini memang comel comel dan comel, plus, made in Korea. Boleh la beli banyak nak bagi buah tangan dekat kawan kawan office, jiran sebelah rumah mahu pun family. Harga fix 1000 won.
Nak beli souvenir yang murah, sila usaha cari kedai ini. Murah dia, yang memang separuh harga dari kedai lain. Dan dia akan bagi gift for any purchase. Pandai la bodek sikit. Untuk dapat gift lebih.
Jujur kalau pergi lagi sekali, aku pun tak ingat jalan. Tapi kedai dalam bangunan. Banggunan mana pun susah aku nak describe. Yang aku ingat, masuk bangunan ni, first level dia, orang buat kerongsang dengan gelang. Kedai ini dekat dengan escalator.
Ni owner kedai tu. Dorang panggil Kak Salmah. Aku iyakan aje. Yang bestnya. Dia pandai cakap Melayu Gais!!! Walaupun bila dia cakap kau macam rasa nak betulkan je lidah dia. At least kau senang dan selesa deal dengan dia. Ramah.
3.Dongdaemun Market.
Market lagi? Ha ha ha. Memang hari pertama kiteroang nak survey barang barang. Kiteorang naik train lagi turun dekat Dongdaenum Station. Herm. Lepas dah turun, excited ni nak cari barang barang. Kiteroang salah tempat. Ok betul memang banyak orang jual barang barang. Tapi kali ini rata rata beli barang kain yang berkodi kodi. Kain yang tak siap jahit lagi. So aku assume dengan Kak Miza, maybe kiteroang dah salah tempat untuk turun.
Tapi mungkin juga kiteroang tak jumpa tempat yang betul. Memang tak puas hati sebenarnya. Kiteroang dah jalan jauh dah. Tapi dah letih.Faktor cuaca yang semakin sejuk. Plus dah nak masuk magrib. Tak solat Jama' Zuhur dan Asar lagi. So kiteroang decide balik guesthouse. Untuk mandi and solat dulu.
4.Namsan Tower.
Dah mandi. Tukar baju. Siap solat Jama' Zuhur Asar, Magrib Isya. Badan segar. Cadangnya malam pertama nak lepak lepak Myeondong Street je. Tapi tiba tiba kiteorang nampak bus pergi Namsan Tower. Waa ada bus direct terus pergi Namsan Tower. Menarik. Station bus tu pulak memang dekat gills dengan Myeondong Station. So jom lah pergi Namsan Tower dulu.
Kita orang keluar dari guesthouse pukul 6 petang. Ya. Langit dah gelap. Angin sejuk makin kuat. Bangunan lain dah siap pasang lampu. Serius dah rasa malam. Naik bus yang ada tulis Namsan Tower atau nombor 05. Cost 1000 won kot. Masa dalam 30 - 40 minit nak sampai Namsan Tower.
Sebenarnya, dari Myeongdong dah boleh nampak dah Namsan Tower ni. Kiranya macam dekat je lah. Tapi aku pun tak tahu, bus ni jalan jalan jauh kot. Lama jugak lah nak sampai ke Namsan Tower ni. Jalan pun jamed sikit kot.
Ada apa kat Namsan Tower ni? Alah, tempat ni yang ada orang tulis nama nama kat kunci mangga. Then gantungkan. Couple couple wajib lah pergi. Ha Ha. Cuma aku rasa lagi better pergi waktu siang.Sebab nampak la cantik bila nak amik gambar dengan manga kunci tu.
Tapi tapi tapi, kalau pergi waktu malam, korang boleh tengok bandar Seoul waktu malam. Bergemelapan weh!!! Banjir dengan cahaya lampu. Cantik. Rasa macam amazing sangat.
Hai Kak Miza :)
Ni lah view yang aku cakap amazing cantik. Kena tengok dengan mata sendiri, baru tahu kecantikkan sebenar. Bila amik gambar guna phone, sendu sikit lah. Masa ini kiteroang dah mengigil sangat dah. Sejuk gila! Tangan kena letak dalam poket. Kalau tak jadi ice.
Dia banyak stage manga mangga cinta ni. Korang naik la stage by stage. Tempat lapang jangn risau. Pergi waktu malam tak ramai orang. Kalau siang mesti kena que kot nak amik gambar dekat kerusi itu.
Fot those yang rasa nak jugaaaa tulis nama kita dengan boyfriend kita dekat mangga tu. Ok boleh. Beli je mangga colour highlight tu kat atas. Ada jual. Harga? Tak ambik tau.Sorry. Hahaha.
Aku tak naik pun tower tu. If plan nak naik tower tu, elok datang waktu malam la kot. Baru cantik view waktu malam. Aku rasa lah. Katanya ada cable car jugak. Tapi aku tak nampak. Waktu aku pergi, memang ramai couple especially student la yang datang situ. Personally, rasanya lagi cantik pergi waktu siang.
5.Myeondong Street.
Tempat ni, setiap hari pergi. Haha!!! Lintas jalan je dari guesthouse yang kiteorang stay. Kat sini tempat menghabiskan duit. Datang waktu malam lagi best. Sebab banyaaaakkkk food street stall. Ada logo halal. Pilih je mana yang berkenan. Haha!!! Aku tak beli makanan pun. Ok tipu. Aku beli ice cream 32 cm tinggi dia. Gila. Dah sejuk makan ice cream lagi. Hahaha. Teringin lah.
Kat Myeondong Street ni banyak sangat kedai macam Nature Republic, Innisfree, The Face Shoop , Saem dan lain lain lagi. Satu jalan mungkin kau akan jumpa 3 kedai Nature Republic. Yang promosi dia samaaaaa je. Murah ke? Murah sikit dari harga KL. Tapi rasanya, bila dekat KL buat promotion, harga dah jadi sama. So macam tak berbaloi sangat pun nak beli. Hehehe. Tapi ada je orang borong berkotak kotak. Aku beli mask dengan hand cream je. Ouh lip balm sekali.
Benda wajib korang beli dekat Myeongdong street ni adalah stokin. Hahaha. Stokin dekat sini sama harga 1000 won jugak. Cuma kalau beli 10 free 1. Kan murah sikit. Heheh. dekat Namdaemun market tak da hat free :P .
Sekian untuk hari pertama. Panjang gila! Tahniah for those yang baca sampai habis.
Terima Kasih :)
No comments:
Post a Comment