LuLLiL f.r.i.e.n.d

Monday 18 April 2016

One Call Away

Satu pagi, pagi yang perlu berkerja. Perasaan macam manusia normal. Jantung berdegup seperti biasa. Alhamdulillah, tiada apa apa kerisauan mahupun kebimbangan.

Iphone berbunyi tanda ada whatsaap masuk. Gerak kerja terhenti seketika. Mari kita tengok siapa dan apa isi kandungan whatsaap itu. Baiklah penghantar isi kandungan whatsaap dikenal pasti. Memang biasa akan muncul once a week. :)

Dan,,, isi kandungan whatsaap berkenaan,


Kau rasa apa yang perlu aku respons. Ok, jujur jantung berdegup laju semacam. Tapi maaflah, semenjak dah tak reti 'rasa' bercinta itu macam mana, aku ada satu tekanan perasaan yang mana, dah tak boleh nak menilai mana yang benar benar jujur, mana yang serious kau tengah nak 'game' kan perasaan aku. Maaf.
Akhirnya aku jump into conclusion,   'kau tengah nak game kan perasaan aku' erti kata berhemah, 'kau acah acah je kan'. Aku tak marah. Aku tak rasa pelik.

Kalau kau nak suruh aku rasa itu adalah serius, aku belum mampu untuk serius. Sebab aku terlaku takut dan penat untuk kecewa kesekian kali.

Jangan kata aku tak buka hati dan beri ruang untuk aku appreciate feeling 'what you give'. Bila aku dah buka hati dan beri ruang untuk diri sendiri cuba untuk appreciate feeling 'what you give', drama sebabak lain pula yang muncul.

Kan aku dah cakap aku takut dan tak nak letih dan malas untuk layan 'perihal perihal' yang melibatkan hati dan perasaan, better aku duduk diam diam. Dengan harapan 'perihal perihal' itu akan berlalu bagai angin.

Tapi, terima kasih atas penjelasan yang panjang dan padat. Aku terima. 
Kau kata, kita serahkan sepenuhnya pada DIA Maha Perancang Terbaik. Aku setuju.
Andai kata DIA setuju kau paling terbaik untuk aku, dan aku paling terbaik untuk kau. Aku bersabar menanti.

Aku tak marah. Aku always ok ;).

Thursday 7 April 2016

Ku Bahagia

Assalamualaikum :)
Memang once a month je yek baru boleh update blog +_+ Pemalas. No. Seriously, tiada masa.
Ok,tengah semangat ni. Jadi biarkan sahaja momentum semangat itu berlalu dengan bermakna.

March :) Blessing month. Tiap tiap weekend dapat invitation wedding kawang kawan. Ok kita tipu, 3 minggu je. Dapat attend 3 wedding best friend.Yeay!!! Tahniah Wany. Macam rajin semacam je pergi wedding orang tahun ni. Tahun lepas, pemalas gila!

Sebab aku tak punya kawan yang ramai, sebab aku teringin nak share sedikit kebahagian dengan dorang yang berkahwin, sebab nanti ada rezeki kalau aku kahwin, adalah member member yang nak datang wedding aku, kot kot la, sebab aku rajin pergi wedding orang, ada rezeki aku boleh settle down life aku as seorang perempuan yang belum berkahwin. Apa orang kata, ambil berkat. Hehehe.


Untuk kawan kawan yang dah settle down "satu perihal penting" dalam hidup sebagai seorang perempuan yakni menaik taraf menjadi seorang Isteri, Tahniah kita ucapkan. Semoga awak awak semua berjaya menjadi Isteri yang solehah untuk Suami yang soleh, berpeluang menjadi Ibu yang solehah untuk anak anak yang soleh dan solehah.

Moga, perkahwinan itu kekal bahagia sampai bila bila :) 


Ana and husband. Assistant zaman TIKL 2006 :)


Bff dari sekolah rendah Yah :)


Kawan yang paling lurus dan baik hati, plus tak reti nak marah orang, plus terlalu baik hati, Ija :)


Well, 2016 adalah tahun semua BFF kahwin :) Syukur. 

Mood : Teramat terlalu teringin untuk kembali ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Moga di jemput kembali oleh -Nya . Allahumma Aamiin.
Related Posts with Thumbnails