LuLLiL f.r.i.e.n.d

Showing posts with label Semangat. Show all posts
Showing posts with label Semangat. Show all posts

Friday, 18 August 2017

Should I ?

Hai. Hei. Hye. Hi :)

Ok, mari kita bertepuk tangan sikit sikit, perlahan lahan, tanda tahniah pada Wany sebab update blog kali ke tiga untuk tahun Masihi 2017 ini. Yeay!!! Lame Wany, lame *_*

Nothing. Just nak update. Faham kan.
Actually, ada satu hari itu, aku text Bibik, minta dia update blog Bibik yang rasanya bertahun dah tak update. Mungkin blog Bibik itu dah bersawang berhabuk skala 3 inchi. Over.
Suddenly, aku mention kat Bibik, yang aku rasa, aku nak delete this blog. Benda yang aku rasa aku tak sampai hati nak buat. Aku sayang gilsss kot blog ini. How come aku tergamak nak delete this blog?

Main reason, dah tak da siapa nak baca.Melainkan diri sendiri. Heh, sendu ! Lepastu aku rasa, actually contain blog aku ni tak berilmu sangat pun. Macam tak dapat nak bagi "sesuatu" yang berfaedah kepada manusia manusia yang tetiba datang baca kat blog aku ini. Pun Sedih ! Semenjak dah masuk umur lingkungan dewasa ni, terasa ada tangungjawab nak bagi atau buat kebaikan dekat seseorang. Pergh!  Dan aku rasa reason paling tepat untuk aku delete blog ini, adalah... zaman zaman UKM jahiliah aku. Zaman yang mana rasa sayang terindah itu adalah untuk Kamu, *untillnowpunkan*. Semua aku luah letak dalam blog ini, bagi satu dunia tahu dan faham. Eh, lupa dah delete lah sikit sikit. 

Satu soalan, sampai bila nak hidup dalam kenangan lama? Sampai bila nak berhenti, fikir pasal Kamu?Sampai bila nak end kan type perkataan Kamu? Benci lah!

I have no specifically answer for that kind of question. Trust me. Everyday I'm trying very hard. Somehow, in the evening baru aku teringat. Somehow celik mata usai Subuh dah teringat. So penat. Sangat Penat. Emosi Teruk. Kah! Kah! Kah! As, I mention earlier, I'm matured enough. I'm going to enter the three series life soon, ceh... not to soon, insyaALLAH another  one year and half. So, this women name Wany dah pandai sikit lah to manage all the shitty feelings. Bila teringat, cepat cepat Wany pejam mata dan fikir something else. Just like you petik jari you. Pantas. Bila scroll IG or FB, nampak that name, pejam mata scroll laju laju. Petik jari lagi sekali.

So, I asked again my self, shoul I delete this blog ? I'm not ready yet. Sayang dowh! And currently I'm reading Proudduck Blog by Vivy Yusuf. Suddently, rasa macam best gillsss baca blog dia. Ringan otak kot. And suddently rasa, oh bukan masa ini untuk delete your blog Wany. 


It's ok. Take your time :) 

Wednesday, 18 May 2016

Tentang Seseorang

Ada satu hari, terbuat perilaku yang sepatutnya tidak perlu dibuat. Acah acah kata, "alah... tak da bendalah, tengok je kot". Maka, perilaku itu diteruskan dengan hati yang tidak terkocak kacak. Tenang dan gembira. :). Melihat sesuatu perkara tentang beliau di Muka Buku beliau. Terasa lama kan tidak melihat Muka Buku beliau. "Eh, beliau dah unfriend kita ke? Eh tak lah. Kita masih friend." 

At first tenang tenang aja. Ouh he's doing fine. Alhamdulillah :) Betullah. Sometimes kita kena bagi hati kita ini jangan terlalu senang. Ouh beliau sedang berduka cita. Rasanya perihal cinta. Kasihan. Hati turut bersimpati. Maknanya lagi beliau dah ada someone else. Someone yang beliau sangat perlukan tika ini. Mungkin hari hari beliau, malam dan siang beliau, someone itu yang menjadi keutamaan beliau.

Dan yang teramat pasti, awak bukanlah someone itu. Tiba tiba rasa nak menagis. Alah... benci lah !!!

Awak ini memang manusia yang tak pernah belajar dari kesilapan kah?
Awak sedih ke? Awak kecewa? Awak kata awak dah move on. Awak kata awak dah berhenti berharap. Awak kata awak cuba belajar untuk Redha melepaskan.

Maafkan saya, Awak pun manusia. ^_^

Saya tahu awak cuma perlukan sikit masa dan ruang untuk let go all the shitty things yang suddenly  appear dengan sengaja. Awak kena take a risk lah. Sebab awak yang terbuat perilaku melihat Muka Buku beliau.
Saya tak nak cakap awak kuat. Sebab kadang kadang je awak extra kuat. Kebanyakkan waktu awak rapuh. Tapi saya yakin, awak boleh handle this kind of feeling.

End up, saya tahu awak pasti fikir, awak bukan terbaik untuk beliau. Dan awak mahu beliau mendapat someone yang paling terbaik. Awak pun kena la ingat, selalu bersangkan baik dengan aturan DIA.

Dah sampai masa awak pegang kata beliau pada awak, Friend Forever.



Much love, Awak itu saya. Saya itu aku. :)

Monday, 22 February 2016

Dua Tujuh.

Weee... February. Dalam banyak banyak bulan, bulan February paling aku suka.
Sebab aku lahir dalam bulan February. As simple as that je reason dia.

Makanya, on 13th February 2016, Wany officially 27 year old. Giler banyak umur aku. Eh rasa tua da. Erm... macam tu lah nampaknya.

Tak da orang bagi hadiah. Sedeh. So kena beli hadiah untuk diri sendiri ke??? Alhamdulillah ada office mate belanja makan Seoul Garden, ada Mak Cik yang belanja cake, ada Emak yang comel buatkan Orange Cake panas panas. Nikmat. Rezeki. Alhamdulillah :) 

Aku tak expected apa apa pun. Sebab mood aku sway away minggu tu. Aku tak buat perangai. Aku cuba berfikir releven. Cuma bila orang yang kau sayang, dikhianati, kau boleh duduk diam je? Tapi itu yang aku terpaksa buat. Diam dan Doa. Aku nak cerita dekat orang yang paling aku percaya. Tapi aku ada kerisauan, orang yang paling aku percaya, akan pening kepala, nak fikir. Allah. Berat je rasa.

Makan pun aku paksa telan. Susah nak telan. Tapi dah nama pun paksa. Faham kan, macam mana. Emak lah orang paling sweets. Lepas Isya'a aku terus tidur. Kalau tak tidur, ntah apa apa lagi aku fikir.
Tiba tiba Emak ketuk pintu.
"Dah tidur ke? Cake Orange dah siap. Kata suka makan panas-panas."
Tak kan aku tak nak bangun.
"Ok, ma..Ani pergi dapur nanti" Aku pergi dapur mungkin berbekalkan air liur basi sikit. Disgusting Wany +_+

Emak potongkan cake. Aku makan. Sebak. Nak telan pun susah. 
Emak salam peluk dan cium. Sambil berbekalkan doa. Semoga aku ini panjang umur, semoga aku ini dimurahkan rezeki, semoga aku ini sihat selalu, semoga aku ini dipermudahkan urusan jodoh. :)

Aku nagish. Aku pejam mata sambil peluk emak. Waktu dengar perkataan jodoh tu, I imagine someone. Eh..tak kan lah dia. Ntah. Aku peluk Emak kuat kuat, aku cium dahi Emak, pipi kiri dan kanan.

"Terima Kasih Emak, Kalau Ani tak kawen, Emak Abah jaga Ani sampai bila bila taw" 

"Fikir positif Wany".   "InsyaALLAH".

Aku makan lagi cake. Sedap. Aku cakap dengan Emak, aku nak masuk bilik nak sambung tidur.
Aku baring, aku capai phone. Aku tengok ada whatssapps notification. Eh? Kamu. Eh... past two years tak wish pun. Penat tunggu. Kalau wish pun jadi orang terakhir. 

Hehehe. Panjang wish kali ini. Baiklah, terima kasih :) Tahun depan wish lagi.

Umur dah dua puluh tujuh tahun. Masih belum berkahwin. Masih waras berfikir dan teramat sedar, bahawa jodoh itu ALLAH punya urusan. Sama juga hal kematian. Hari hari fikir, bila aku nak kahwin. Sampai satu hari, alhamdulillah, terfikir, bila aku akan pergi meninggalkan dunia ini. :)

Umur dah dua puluh tujuh tahun. Masih belum ada husband lagi. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi tiga ketul anak anak buahan Hannah Iman Ammar, tempat aku nak tumpang bermanja. Tempat nak bagi kasih sayang yang berlebihan. Memang belum ada anak sebenar. Tapi Aku dah merasa bangun tengah malam untuk tukar pampers budak, untuk bancuh susu budak. Mandi kan budak, bagi makan budak. Amazing moment :)

Sekian. Moga yang datang selepas ini lebih indah. Moga awak Wany, menjadi orang yang lebih menyenangkan orang lain :)

Behave Wany ;)


Tuesday, 1 September 2015

Tie The Knot FairuzHuda & Izham

Assalamuailaikum :)
Tak tahu berapa manusia je yang baca blog suam kuku aku ni.
Tak pe. Untuk bacaan diri sendiri dan 'device' untuk save memory, aku gagahi jua untuk tinggalkan bait bait kata. Please Wany, jangan poyo sangat ayat tu.

Finally, Last Friday, my one and only Bibik, Fairuz Huda selamat jadi wife to Izham. Alhamdulillah. Impian bibik nak kahwin pada tahun 2015, terlaksana. Sungguh Allah jua yang menetapkan segalanya.

Aku decide untuk tidur satu malam dekat rumah bibik. Konon konon, nak spent time dengan bibik. Nak makan sama, tidur sama, gossip sesama. Gelak ketawa over bersama. Konon konon nak jadi saksi atas pernikahan bibik dan Izham. Again, Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan aku.

Sampai rumah bibik, bibik tengah make up by Kak Su. Bila aku tanya bibik "Kau nervous tak? debar debar kan..." dia jawab "aku penat babe. PENAT sangat"  aku balas balik  "once in a lifetime bik!!!"  

Sambil tunggu dia habis make up, aku usha hantaran dia. Simple and sweets. Aku suka.
 Sebelum pukul 4 petang bibik dah siap make up. Tok Kadi pun dah sampai. Punctual taw Tok Kadi!!! Pengantin lelaki which is Izham pun dah ready duduk atas kusyen bulat warna putih. Ayah bibik, pun dah ready, bibik pun keluar dari bilik. Aku pun tak sempat nak tanya, apa ada dalam kepala dia masa itu. All is well bibik. InsyaALLAH :)

Since hall rumah bibik dah penuh, aku diri dekat bucu bucu bilik bibik je. Tiba tiba bibik panggil, "Wany...sini kau" aku fikir dia nak minta tolong ambil barang. Tangan aku memang dah ready pegang IC bibik, handphone and Tisu. Kot kot la bibik menagis lepas nikah. Kan biasa adegan nagis nagis lepas nikah ni... :D. "Kau nak apa lagi?" "Tok Kadi suruh panggil kawan duduk dekat dengan aku, temankan aku." Since aku je kawan bibik yang available at that time, aku akur duduk belakang bibik, sambil betul betulkan letak kain and veil bibik. Raja sehari sangat kau bik!!!

Tok Kadi mulakan majlis, baca Al-Fatihah, Istifar, baca doa, terangkan rukun nikah which is Pengantin Lelaki, Pengantin Perempuan, Wali,Dua Saksi dan Ijab dan Kabul. Then Tok Kadi mintak Izham test sekali. Izham tenang. Good!!! Aku tahu bab bab akad nikah ni, Lelaki akan extra nervous kan..kan.. Once in a lifetime. Perhaps! Tok Kadi pun teruskan agenda. Alhamdulillah ayah bibik yang nikah kah bibik. Seperti biasa. Aku Sebak. Air mata bergenang. Korang kan tahu, once dah selamat di nikahkan, lepas sudah tanggungjawab si Ayah, beralih pada si Suami.  Isteri pula kena dahulukan Suami.  Bunyi macam simple, besar tanggungjawab.

Around 4.35 petang, bibik selamat dinikahkan dengan satu kali lafaz. Cayaaalah Izham!!! Aku pula sibuk dengan phone. Supplier whatsaap and call. A few matter regarding work yang kena aku settlekan. Aku pun tak tahu menahu apa yang berlaku selepas itu. 

Esoknya majlis resepsi bibik. Bangun pagi. Bibik serve aku breakfast weh. Makan nasi goreng dalam bilik bibik. Exclusive sangat aku rasa. Moment terakhir agaknya. Teringat perangai perangai masa jadi housemate dia. Uhukkkk aku sedih.:( 

Kak Su, datang balik, untuk make up kan bibik. Aku pun dah get ready pakai baju and complete tudung. Kemas barang barang, angkut dalam kereta. Share location dekat kawan kawan yang nak datang. Aku ngantuk. Aku tidur. Bibik siap make up, pakaikan dia baju. 

Kawan kawan dah mula datang. Yeay!!! dapat jumpa balik. Banyak benda nak cerita, macam lima tahun tak jumpa. Ouh itu Normal! Tiba tiba kena jadi bidan terjun bridesmaid bibik. Dulang hantaran bibik nak bagi pada Izham ada 9. Bridesmaid sedia ada ada 6 orang je. Sebab Hari Bahagia kau bibik, aku rela angkut hantaran kau. Basuh toilet pun aku sanggup. Ok, itu aku tipu.

Bibik pun selamat naik pelamin dengan Izham. Aku pun tak kan nak ikut naik pelamin sama kan... aku lapar. Aku makan. Iema Syida Sani and Tunang Syida join aku makan. Tunggu Cik Munira dan Cik Pika sampai, untuk ambil gambar sama sama dengan pengantin. Selesai makan, minum air,  Cik Munira dan Cik Pika  pun sampai. Terus ajak dorang ambil gambar dengan pengantin. 


One word. Happy!!! Sorang sorang ahli All Together kahwin. InsyaALLAH tahun depan 2 orang lagi akan kahwin, ke tiga..?ke empat? ;) 

After Zuhur, aku get ready nak angkat kaki balik. Jauh lagi perjalanan aku, dari Klang ke Batang Kali. Selesai salam Ummi bibik, aku menonong jalan cari bibik. "Bik aku nak balik dah"   Entah kenapa, aku menagis. Eh...bibik pun nagis sama. Lama dia peluk aku. Moment terkahir kot. "Kau jaga diri...jaga Izham elok elok.. anything bagi tahu...banyak bersabar" pesan aku. The way aku pesan kat bibik, macam aku dah pernah kahwin. Poyo sangat Wany. "weh thanks jadi roomate aku...thank banyak tolong aku"  "tak de hal la bik, small matter"

"Dah lah jom..ambik gambar lagi...ajak la suami kau... Izham..jom ambil gambar" 



Lega. Itu yang aku rasa. Hajat tercapai. Thank You Allah.

Nak tengok gambar lagi, teruskan membaca gosip diruangan ini. Bajet Blog Benatifulnara ;p




 bye!!!

Wednesday, 3 December 2014

Mekkah.Pertama.Kali.

Assalamuailaikum.
Dah nak habis tahun 2014 dah!!! Cerita Umrah tak habis-habis lagi...ngeeee^_^
Ok excited sikit nak continue story sebab.. dengan izin-Nya ada orang-orang yang aku sayang akan jadi Tetamu Allah in this December and May next year. InsyaALLAH. Alhamdulillah :) Moga dipermudahkan urusan untuk orang-orang yang aku sayang.
Since orang-orang yang aku sayang je minta aku continue Cerita Umrah ni..so jadi extra semangat...dan pasti extra rindu ;)

Lepas dinner and solat dekat RnR...ambil masa dalam 2-3 Jam nak sampai ke Mecca. Mutawiff Ustaz Sayed ajak semua jemaah untuk baca Talbiah. Around 10pm ke 10.30pm macam tu kiterorang dah sampai dekat sempadan nak masuk Mecca. Berhampiran dengan Masjid Tanaa'im. Ada satu binaan macam batu nesan yang besar. Hihihi. Seram. Bus tak boleh nak gerak laju...sebab banyak kenderaan.. dan ada polis yang check. And paling menterujakan perasaan aku and jemaah yang lain...is...dah nampak Menara Jam. Yang biasanya aku boleh nampak dalam TV3 bila azan Maghrib. Debar-debar!!! Ustaz Sayed ingatkan para jemaah... dah nampak Menara Jam tu maknyanya Masjidil Haram makin dekat dengan kita... Kaabah makin dekat dengan kita. Allahu... Debar-debar lagi... dan maknanya lagi...kita semua dah berada dalam Tanah Haram. Ertinya lagi...setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan dapat 100,000 ganjaran pahala. Waima kita sebut Bismillahirahmanirahim... Allhuakhbar. Dan jangan nak seronok sangat cause dengan perbuatan jahat pun kita akan dapat 100,000 dosa. Adil!!! Maknanya lagi..please behave your self...terutama seketul hati itu. Sebab mudah sangat hati kecil tu boleh berkata-kata, terdetik mahupun terfikir benda yang tidak elok.

Istifar...selawat :)

Sampai dekat Hotel Malak Ajyad. Sempat redah jammed di kawasan Masjidil Haram. Debar-debar itu selalu ada. Ramainya manusia. Lagi ramai dari Masjid Nabawi. Hotel Malak Ajyad agak kecil depan jalan raya utama. Dan Alhamdulillah..less than 200 meter je nak ke Masjidil Haram. Nikmat mana lagi yang nak kau dustakan. FYI, Hotel untuk jemaah Andalusia ada 3 dekat Mecca. First sapa yang amik package Hilton, jarak 50 meter je nak masuk Masjidil Haram. Second Malak Ajyad, 200+- meter je and last Hotel Hera'a. Dengar kata dalam 600 meter. Agak jauh. Tapi itu bukan penghalang. Remember setapak kaki berjalan nak ke masjid tu...banyak ganjaran Allah nak bagi :) Just my opinion...kesian untuk warga tua yang jalan dah tak laju...terbongkok-bongkok..yang guna full wheel chair, better if ada rezeki lebih pilihlah package Hotel Hilton :)

Urusan check in dekat Hotel Malak Ajyad kurang smooth macam check in dekat Madinah. Sebab jemaah ramai. Lobby hotel kecil. Lift pun ada dua. Tapi aku rasa laju sikit berbanding Hotel di Madinah. Memang kena tunggu luar hotel je.Sesak. Bag jangan risau. As ussual pekerja hotel tolong angkatkan sampai lobby. Dapat kunci bilik. Bilik level 7 ya...tinggi :) Oklah kat Madinah dapat first floor kat Mecca rasa la sikit susah :)

Ustaz bagi masa setengah jam untuk naik kan bag and ambil wudhu and berkumpul kat lobby hotel. Untuk teruskan Umrah Pertama. Dan yerrr..bear in mind... masih lagi dalam keadaan pantang larang ihram ya. Turun lobby... dekat lobby ada satu LCD. Live update dari Masjidil Haram. So boleh tahu orang ramai ke tidak dekat kawasan tawaf.  Khusyuk tengok LCD tu. Dekat lobby hotel tu pun ada toilet. Selesa. Just in case terbatal wudhu ke..nak buang air ke..tak payah nak naik atas da :)

Mutawwif kumpulkan jemaah ikut group. Don't worry Mutawiff tak kan tinggal kan korang. Akan check and recheck attendance. In case ada jemaah yang tak dapat nak buat Umrah time tu which is nak buat masa lain, boleh info Mutawwif. Mutawwif juga akan tanya ada tak jemaah yang tak sihat..atau nak guna wheel chair. For those jemaah yang nak guna wheel chair, Mutawiff akan carikan seorang Mutawif lain yang off duty untuk bimbing personally and carikan sekali wheel chair. Cuma kena bayar sikit around SAR 150-200. Sebolehnya Mutawwif akan cari Orang Melayu kita untuk bimbing personally. Sebabnya bila keluar dari hotel ada nampak a few Ustaz/Ustazah dari Indonesia tunggu kat luar hotel untuk ambil upah membantu jemaah yang tak mampu.

And semua jemaah dah ada..mula la jalan kaki menuju Masjidl Haram. Around 11.00 pm macam tu. Perasaan...TERUJA teramat. Nak tengok kaabah secara live for the first time ni.Sampai pintu utama Masjidil Haram,iaitu pintu King Abdul Aziz..ustaz minta letakkan kasut dalam uncang and letak dekat rak kasut.  Masuklah masjid. Tenanglah hati... Straight dari pintu King Abdul Aziz dah boleh nampak kaabah.Speechless. Amazing. Aku tak tau nak describe macam mana perasaan aku. Ustaz ajar jemaah baca doa melihat kaabah. Semua doa ada dalam buku :) Then ustaz minta jemaah minum air zam-zam yang super sedap and nyaman :)

Ustaz Sayed minta jemaah group aku untuk buat perbarisan. Macam nak kawad. Get ready untuk teruskan rukun Umrah yang seterusnya which is Tawaf :) Ustaz utamakan kaum Hawa yang tua berdiri belakang ustaz...dikuti dengan yang muda and jemaah lelaki. Ustaz ingatkan setiap tawaf ada doa. Baca dalam bahasa Arab dan baca sekali terjemahan. Bagi faham hadam dalam hati :) Ustaz Sayed akan lead dari depan. Tapi yer lah orang ramai..bukan group kiterorang je. Memang tak boleh nak dengar Ustaz Sayed baca doa. Then Ustaz ajar niat tawaf.

Bermulalah tawaf pertama bila melepasi lampu hijau setentang dengan penjuru hajarul aswad. Lepas niat terus istilam... angkat tangan dengan tapak tangan menghadap Kaabah, muka pun sama mengadap Kaabah sambil ucap Takbir. Setiap kali tawaf kena buat macam ni :)Sekali tawaf tu sempat untuk baca doa dalam bahasa arab sekali terjemahan. Ada masa juga nak berzikir or baca doa yang lain seperti doa duduk antara dua sujud ke..doa makan ke..selawat ke. Sampai penjuru Rukun Yamani kena istilam sekali lagi dan baca doa Rukun Yamani. Please bear in mind...jaga wudhu', make sure bahu kiri tidak terpaling dari sisi Kaabah. Incase ada jemaah lain menolak bahu..and bahu berpaling..cepat cepat betulkan balik. Incase terbatal wudhu..segera keluar dari kawasan tawaf and ambil wudhu balik :) Sebab tu la botol spray sangat penting, kena ada :)

Tawaf mesti tujuh kali. Setiap satu tawaf ada doa yang berbeza. Sapa yang mampu hafal setiap  doa tawaf...bagus la :) Siapa yang tak hafal macam aku ni..rujuk je buku. Tak de masalah. Alhamdulillah selesai tawaf yang ketujuh..Ustaz Sayed bawa kiterorang ke belakang Makam Ibrahim tempat untuk Sola Sunat Tawaf. Lakukan bersendirian. Baiknya Ustaz Sayed ni..dia make surekan setiap jemaah dah ada kat kawasan tu...dia ingatkan jemaah untuk solat sunat tawaf..baru Ustaz Sayed buat solat sunat tawaf.

 Aku solat  sebelah emak...lepas selesai salam, biasalah berdoa...aku tak sedar bila air mata aku jatuh... jadi lagi hiba bila rasa Kaabah hampir dengan aku. Rasa macam ALLAH terlampau dekat dengan aku. Pandanglah Kaabah. Perasan indah sangat. Hilang segala rasa sakit hati...susah hati or else.Tenang. Extra tenang. Allhuakhbar.

Ralit sangat pandang Kaabah...tetiba aku dengar ada suara lelaki menagis. Eh macam kenal suara tu. Cepat cepat aku cari..herm.. Panaroma yang aku kira indah. Aku tengok emak dan abah tengah bersalam. Sambil memohon maaf. Sambil abah kucup dahi emak. Macam baru lepas akad nikah.Hahaha... Senyum sekejap. ^_^ Ok... terus cakap... "alaaa...kita pun nak shake hand..give a hug to one and only husband...then husband kita pun cium dahi kita.. " Masalahnya... Wany is not married yet !!! Soon..soon..soon..  insyaALLAH impian ni. Kira macam doa juga kan :) kan..kan...kan...

to be continue :)

Kerana didepan Kaabah antara tempat termakbulnya doa...maka aku dengan serela hati untuk benar-benar minta pada-NYA moga DIA makbulkan doa aku...agar aku redha yang Kamu bukan milik aku. Kerna doa itu jugalah yang buat aku kuat hingga hari ini. InsyaALLAH kekal hendak-NYA.

Thursday, 5 June 2014

Raudhah :)

Assalamuailaikum :)
June already... hampir separuh 2014 dah pergi tinggalkan kita... :( 
Kali ini nak cerita pasal Raudhah...Taman Syurga :) Before aku pergi Umrah...aku tak tau langsung kewujudan Raudhah ni...sampailah aku ada baca satu blog ni...dia cerita pasal Raudhah... Taman Syurga... antara tempat mustajab nak berdoa... Allahuakhbar...
Hari kedua di Madinah which is Hari Jumaat,,, aku and jemaah Andalusia diberi peluang untuk masuk ke kawasan Raudhah...sambil dibantu oleh dua orang Mutawwif perempuan...lupa la sape nama ustazah tu ^_^
disebabkan aku pergi Hari Jummat...agak kelam kabut  pagi tu...after Subuh...take a breakfast..then Ustazah dah ajak berkumpul and cepat cepat jalan pergi masuk balik Masjid Nabawi.. kesian jugak dekat nenek nenek yang tua...mungkin kudrat dorang tak kuat untuk jalan laju-laju kan...Ustazah pesan Hari Jumaat, masa untuk jemaah perempuan untuk masuk Raudhah agak terhad sebab.. dorang nak get ready untuk solat Jumaat...fahamlah aku kat situ :)
aku and emak just wearing Jubah and tudung sarong je... wudhu pun tak sempat ambil dekat bilik...nasib baik bawak botol spray and telekong dalam bag... sebelum masuk ustazah suruh baca doa masuk masjid...then dah masuk masjid...cepat cepat pergi check point pertama...ustazah suruh buat solat sunat tahyatul masjid... dan berniat Iktikaf dalam Masjid... since aku and emak tak da wudhu...kiteorang tak sempat nak buat solat sunat tahyatul masjid... aku and emak gunakan masa untuk wudhu guna spray...first time!!! time ambil wudhu tu memang cermat gila la..make sure air wudhu tak tertumpah dekat carpet masjid...alahai...rindunya.... (:  time jemaah lain solat tahiyatul masjid...aku dah nampak perkerja masjid dah mula tutup pintu penghadang...kalau lambat sikit je tadi...tak da peluang nak masuk kawasan Raudhah. Ustazah terus bawak jemaah lain ke checkpoint kedua (semua check point ni dalam kawasan masjid ya^_^) time ni ustazah suggest buat solat sunat dhuha... ustazah ingatkan banyakkan berzikir... berselawat... ustazah pun ada bagi tahu..kawasan Raudhah ni tak besar...make sure kita solat atas carpet yang colour HIJAU... ustazah pesan jugak... Raudhah ni berhampiran dengan Makam Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat baginda..Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Alhamdulillah..Ustazah ada tunjukkan sikit gambar Makam Nabi Muhammad S.A.W berserta sahabat.
Ni gambar dalam phone Ustazah...
 Tapi jemaah wanita tak boleh pergi betul betul depan Makam. Jemaah lelaki je yang berpeluang. 
Terus ke check point ke tiga...kat sini..ustazah pesan..sapa yang dah terbatal wudhu boleh la ambil balik wudhu...tapi make sure jangan bagi pekerja masjid nampak..dorang akan bising sikit...dekat check point ni jugak... ustazah suruh buka buku yang pihak Andalusia bagi...dalam tu ada doa selepas solat sunat dalam Raudhah...ada selawat khas untuk Nabi Muhammad S.A.W... baca la dalam versi arab dan terjemahan dia..supaya lebih serap dalam hati kita... banyakkan istifar... ada jugak jemaah yang tanya solat sunat apa yang paling baik kita nak buat dalam Raudhah nanti... ustazah pesan kalau boleh buat dulu Solat Sunat Taubat...itu lagi utama... doa banyak-banyak minta ALLAH terima taubat kita...minta ALLAH maafkan setiap khilaf diri... ustazah pesan juga...banyakkan berdoa untuk kehidupan akhirat jangan duniawi je... jika ada masa lebih dan perkerja masjid tak halau lagi..buat la Solat Sunat Hajat... Ustazah pesan lagi...sujud terkahir tu sujud la lama sikit...mintak doa masa itu...sebab lepas salam..kalau pekerja masjid nampak kita tadah tangan untuk berdoa.. dorang akan halau...
terus ke check point keempat...checkpoint terakhir nak masuk Raudhah... Allahuakhbar...ramai sangat manusia...berebut rebut nak masuk Raudhah...Taman Syurga kan... Ustazah ingatkan lagi bagi salam dekat Nabi Muhammad S.A.W... sayu je hati...tak sangka boleh sampai dekat dengan Makam Nabi...rasa sesuatu :) Rindu...  Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda" - (HR Muslim.)
mungkin ada kenalan kita...jiran ke...officemate ke..yang nak kirim salam pada Nabi Muhammad S.A.W... kita boleh sampaikan masa ni..Ustazah yang akan lead...jemaah follow je... :) Ustazah pesan lagi...doa kepada ALLAH...moga ALLAH beri keizinan untuk masuk dalam Raudhah.  masa ni..perasaan debar debar tu memang ada la..ada jugak kerisauan takut tak sempat nak masuk Raudhah...sebab dah pukul 11.00 am dah time tu...time tu memang jemaah Andalusia yang jadi jemaah terakhir.
macam ni la keadaan nak que masuk Raudhah...hinggar binggar sikit...depan bahagian penghadang putih tu kawasan Raudhah untuk lelaki.


 Alhamdulillah...akhirnya aku emak and jemaah Andalusia lain dapat solat dalam kawasan Raudhah...honestly aku memang tercengang bila masuk Raudhah...rasa lega bila kaki dah cecah carpet Hijau... cakap dengan emak " Emak kita dah dekat Raudhah dah ni " berkali-kali tengok kaki...untuk pastikan kita kat kawasan Raudhah...
inilah dia carpet Hijau.
cepat cepat cari ruang kosong untuk solat...tapi tak da... :( pekerja Masjid dah jerit jeri "ibu...ibu..cepat..solat"... belakang aku ada tiga orang nenek...lagi kesian..kudrat dah tak kuat...tapi tetap usaha jugak nak solat dalam Raudhah... nenek tu nak solat atas kerusi... tapi tak sempat nak ambil kerusi...aku suruh nenek nenek tu solat depan aku...jemaah berhimpit-himpit... aku pun solat sebelah emak...tapi memang bersedia la..memang solat kali ni...aku rasa paling mencabar..sebab kepala kena pijak time sujud...kepala kena duduk time sujud... tak mustahil orang-orang langkah-langkah time kita bersolat..tapi itu cabaran dan pengalaman :) aku buat solat sunat taubat je..memang hajat dihati nak berlama-lama dekat Raudhah...tapi aku fikir...bukan aku sorang je yang nak solat kat situ...ada lagi jemaah lain yang tunggu turn nak solat...so why not kita bagi peluang dekat jemaah lain...aku selesai solat dulu berbanding emak...time emak tengah sujud terakhir...pekerja masjid dah pegang pegang pinggang emak suruh cepat bangun dari sujud dan bagi salam... "ibu..sudah..sudah..bangun..bangun..." hmmm....pekerja masjid pun tahu trick jemaah nak berlama dalam Raudhah :) aku  and emak pun keluar dari Raudhah... tapi mak cik mak cik aku belum keluar lagi... alhamdulillah mak cik mak cik aku dapat perform 2 solat sunat. ada jugak rasa tak puas hati... aku pun cuba cuba menyelinap nak masuk balik kawasan Raudhah... pun kena halau dengan pekerja masjid...maka fahamlah aku... sila bersyukur dengan apa yang dah dapat...bila ada peluang buat la dengan rasa sungguh-sungguh :) aku pandang emak...aku cakap..aku tak puas..nak solat lagi dalam Raudhah... emak kata...nanti kita cuba masuk lagi... 
biasanya jemaah wanita dibenarkan masuk kawasan Raudhah selepas solat Subuh and Solat Isya... lepas je solat jenazah after solat Subuh and Isya...pekerja masjid akan bawak satu sepanduk...sepanduk tu akan tulis bahasa ikut negara. Contoh Bahasa Melayu...so semua jemaah dari Malaysia...Indonesia..Brunei..Singapore akan ikut berkumpul kat mana pekerja masjid yang bawak sepanduk tu...

 pekerja masjid itu yang akan bawakan setiap jemaah masuk kawasan Raudhah... dan biasanya...sepanduk Bahasa Melayu juga yang jadi group terakhir masuk kawasan check point 4. Masa dekat check point empat ni...memang dah tak ikut sepanduk dah...maknanya...bercampur la dengan jemaah dari Turkey...dari Pakistan...dari Iran...dan lain-lain. Kalau kita yang muda-muda ni..bawak nenek atau emak kita yang dah tua..yang dah tak punya kudrat yang kuat..kalau boleh pegang la tangan kuat-kuat..sebab jemaah dari Turkey and Iran ni..nampak je macam tua..tapi sekali dia tolak badan kita...hmmm...boleh rebah... dorang pun ada trick jugak nak masuk Raudhah cepat..which is...potong que...tengah kita semangat nak beratur..dorang akan ajak berborak.. confirmla aku tak paham apa yang dorang kata..aku senyum and angguk.. dalam masa korang senyum and angguk kepala..masa ni la jemaah Turkey atau Iran ni akan tolak badan korang kebelakang...
pokok pangkalnya..sabar!!! Kalau ALLAH izinkan...tak da sapa yang dapat halang kan :)

Alhamdulillah aku emak and mak cikss dapat masuk Raudhah kali kedua lepas Subuh hari ke-empat di Madinah :) tak tau nak gambarkan rasa syukur macam mana... alhamdulillah urusan aku emak nak masuk Raudhah kali kedua lebih mudah... kalau yang pertama masuk Raudhah, masa nak sujud...teragak2 sebab memang tak da ruang nak sujud dengan properly...kali kedua...Alhamdulillah..lapang selapang lapangnya ruang untuk sujud...syukur Ya-ALLAH...air mata je la yang dapat gambarkan segalanya...banyak sangat Nikmat yang DIA bagi... biarlah aku beringat selalu...jangan leka Wany :)

berhenti disini dahulu :) jika punya umur yang panjang...dengan izin-NYA i will continue my Umrah Story :) Selamat Menyambut Ramadhan korang :)

Bila nafas akhir berhenti sudah  Jatung hatipun tak berdaya  Hanya menangis tanpa suara  Mati tak bisa untuk kau hindari  Tak mungkin bisa engkau lari  Ajalmu pasti menghampiri  ...

Thursday, 7 March 2013

IMRAHKU

Hari ini 7032012... Khamis... nak pergi..Jumaat datang menyusul :)
Hectic week for me... baru hectic and for sure if ALLAH wills... it become VERY HECTIC!!!
pujuk diri...suruh ikhlas... pujuk hati suruh kuat...pujuk minda supaya always think positive 
insyaALLAH positive vibration akan datang :)
ini rezeki yang DIA bagi pinjam kat aku... tolong la hargai...usaha dan doa la supaya rezeki itu..
boleh terus berkembang lalu di'portion'kan untuk emak...abah..hanif..man...hannah...iman...ayung dan angah..
jika ALLAH izin..untuk future son and daughter ouh yer future Husband too ^_^

doa aku..moga DIA terus beri aku kesihatan...kekuatan akal fikiran... moga akal dan badan dapat bergerak seiring...baru lah productive!!! 
doa aku...buang la rasa risau... mudahkan dan lapangkan setiap urusan aku dan sahabat... moga tiada yang tertangguh...
doa aku lagi... jangan ada manusia yang datang memaki hamun aku... tolong la... give some appreciate untuk aku yang masih 'green' lagi ni...

biarlah apa yang aku buat kerana "Lillahitaala" sebab aku yakin ALLAH MAHA MELIHAT...

Happy Peak Period for all audit firm in Malaysia !!!

By the way... what is the meaning of word "IMRAH" ???

Mengapa dan kenapa dua malam berturut Kamu ada dalam mimpi??? Sihatkah ???
Related Posts with Thumbnails