LuLLiL f.r.i.e.n.d

Monday 24 August 2015

Surat dari Mommy ;)

Assalamuailaikum :)

Hai Anak anak buahan Mommy. Sharifah Hannah.Nur Iman Khayla.Ahmad Ammar Yusuf. Hari ini mommy cuti, sebab cuti mommy berlambak lagi. Mommy decide nak lepak duduk rumah je. Before tidur semalam, mommy dah plan,,, lepas Subuh esok, Mommy nak sidai telekong, mommy nak jogging, mommy nak basuh kereta mommy nak iron baju untuk kerja seminggu.

Sungguh Manusia itu hanya merancang, Allah juga yang memastikan rancangan kita itu terjadi atau sebaliknya. Mommy pun tak sedar lepas Subuh mommy tidur,,, tiba tiba bangun dah pukul 9 pagi. Mommy pergi dapur, tengok Nenek Atok and Onyang tengan breakfast. Tiba tiba lagi,,, Nenek kata dengan mommy "Mak ingat Kamu jogging", mommy rasa Nenek perli mommy, mommy reply balik "Jogging la. Atas katil" :D

Rumah Atok and Nenek hari ini sangat berhabuk, small renovation in progress. Mommy decide mommy nak buat kerja dalam bilik je. Mommy check email kerja mommy, mommy update work spreadsheet mommy. Tiba tiba mommy rasa nak sorting gambar gambar lama mommy dalam phone S2 mommy.

Allahuakhbar, banyaknya gambar nak kena sorting. 3 jam mommy ambil masa nak sorting all the pictures. Penat. Mommy perasan... 70% gambar gambar yang ada dalam phone S2 mommy tu..semua gambar korang bertiga. Belum masuk video lagi. Alahai anak. Tiba tiba lagi, mommy perasan air mata mommy bergenang. Cepat sangat la awak awak semua membesar. Dari merah merah keluar dari perut Ummi or Mama, dari tapak kaki sekecil kecilnya hingga awak awak semua dah besar,,dah ada gigi. Alhamdulillah.

Jadi mommy decide nak update blog hari ini. Khas untuk anak anak buahan mommy. Dengan harapan, anak anak buahan mommy rindu kat mommy. Jumpa nanti jangan cari pasal dengan mommy. Eh...tapi aktiviti bully tetap berjalan seperti biasa. No worries anak anak.

Ini Sharifah Hannah masa 7 bulan. Hermmm bully budak ni paling best. Tapi telinga mommy kena get ready untuk dengar 'menjawab'. Petah sangat bercakap. Belum lagi dia mengamuk. Mommy yang 'kena' balik dengan dia. 

Now Hannah dah 4 tahun. Tadika Genius Aulad. Semenjak Hannah dah sekolah ni, mommy suka la tanya Hannah soalan solan out of the box, such as "Hannah, boyfriend Hannah sihat?" Guess what... Hannah akan reply "Hannah kecik lagi...mana ada boyfriend lagi...tak faham ke" Ok...mommy diam.
Ini Nur Iman Khayla masa umur 6 bulan. Kakak Iman, waktu baby baik aje...sopan santun je..redha kena bully dengan Kakak Hannah.
Now Kakak Iman dah 3 years. Birthday kakak pun dah dekat. Kakak sekarang dah banyak akal. Dah garang macam Kakak Hannah. Belum bab drama queen lagi. 
This is my handsome boyfriend. Ahmad Ammar Yusuf. 5 Bulan. Mommy melting sangat kalau tengok awak ni Ammar. Walaupun Ammar handsome, Ammar tetap jadi mangsa bully mommy okeyh. No excuse :)
Bukti Mommy bully awak. Ahmad Ammar awak terlalu handsome untuk mommy. Stay calm and handsome Ahmad Ammar. Handsome handsome awak pun... cicak...lipas...awak takut jugak. Hahaha.

Allah itu sangat adil. Waktu Mama and Ummi nak kahwin, mommy rasa mommy hilang tempat bergantung. Eh poyo sangat la Mommy ni. Jujur Mommy emosi bila Mama and Ummi kahwin. Mommy dah tak da limited best friend lagi nak hangout together. Nak ada session curah perasaan.  

Now Allah s.w.t hadiahkan mommy Hannah and Iman, boleh kita jadi best friend. Walaupun hakikatnya Hannah and Iman yang lagi suka bully Mommy, Mommy okeyh jer!!!

Harapan Mommy, untuk anak anak buahan Mommy, jadi anak yang soleh dan solehah untuk Mama and Walek dan Ummi and Pape. Korang semua sihat, bijak pandai disukai ramai. Andai kata Mommy sempat tua, tak da siapa nak jaga Mommy, tolong tolong la jaga Mommy nanti :)

Ya Mommy tahu korang tak boleh baca lagi.Mommy sengaja tulis sekarang. 3 tahun akan datang korang dah boleh baca dah kan..kan..kan... tak lama dah tu :)

Baik lah anak-anak, mommy berhenti dulu, kalau mommy rasa rindu kat korang, mommy tulis lagi surat. Doakan mommy rajin nak iron  baju kerja untuk seminggu. Bye!!!!

Lot of love 
mommy yang sangat santek :)

Related Posts with Thumbnails