Ada satu hari, terbuat perilaku yang sepatutnya tidak perlu dibuat. Acah acah kata, "alah... tak da bendalah, tengok je kot". Maka, perilaku itu diteruskan dengan hati yang tidak terkocak kacak. Tenang dan gembira. :). Melihat sesuatu perkara tentang beliau di Muka Buku beliau. Terasa lama kan tidak melihat Muka Buku beliau. "Eh, beliau dah unfriend kita ke? Eh tak lah. Kita masih friend."
At first tenang tenang aja. Ouh he's doing fine. Alhamdulillah :) Betullah. Sometimes kita kena bagi hati kita ini jangan terlalu senang. Ouh beliau sedang berduka cita. Rasanya perihal cinta. Kasihan. Hati turut bersimpati. Maknanya lagi beliau dah ada someone else. Someone yang beliau sangat perlukan tika ini. Mungkin hari hari beliau, malam dan siang beliau, someone itu yang menjadi keutamaan beliau.
Dan yang teramat pasti, awak bukanlah someone itu. Tiba tiba rasa nak menagis. Alah... benci lah !!!
Awak ini memang manusia yang tak pernah belajar dari kesilapan kah?
Awak sedih ke? Awak kecewa? Awak kata awak dah move on. Awak kata awak
dah berhenti berharap. Awak kata awak cuba belajar untuk Redha
melepaskan.
Maafkan saya, Awak pun manusia. ^_^
Saya tahu awak cuma perlukan sikit masa dan ruang untuk let go all the shitty things yang suddenly appear dengan sengaja. Awak kena take a risk lah. Sebab awak yang terbuat perilaku melihat Muka Buku beliau.
Saya tak nak cakap awak kuat. Sebab kadang kadang je awak extra kuat. Kebanyakkan waktu awak rapuh. Tapi saya yakin, awak boleh handle this kind of feeling.
End up, saya tahu awak pasti fikir, awak bukan terbaik untuk beliau. Dan awak mahu beliau mendapat someone yang paling terbaik. Awak pun kena la ingat, selalu bersangkan baik dengan aturan DIA.
Dah sampai masa awak pegang kata beliau pada awak, Friend Forever.
Much love, Awak itu saya. Saya itu aku. :)
No comments:
Post a Comment