LuLLiL f.r.i.e.n.d

Sunday, 4 January 2015

Sai'e dengan Mak Cik Langkawi :)

Assalamuailaikum :)
Pertama untuk 2015. Alhamdulillah.
Nak sambung lagi cerita Umrah. Thanks for those yang sudi reading my story. Nah kita kenyit mata kat awak ^_* :)

Lepas selesai solat sunat tawaf. Ustaz Sayed kumpulkan balik jemaah. Check cukup tak jemaah kumpulan kiterorang. Alhamdulillah...semua jemaah dengar cakap Ustaz Sayed. Baik :) Ustaz Sayed bawak kiteroang ke tempat nak lakukan Rukun Umrah seterusnya which is Sai'e. On the way nak ke arah Sae'i tu... ada paip air zam-zam. As ussualy Ustaz Sayed bagi waktu untuk minum. Ustaz Sayed tak akan suruh jemaah rush. Sebab faktor usia yang berbeza and biarlah kita ambil masa lama untuk completekan urusan Umrah daripada tergesa-gesa..nanti jatuh sakit ke..orang hilang ke.. kan..kan..kan... :) Kat sini setiap jemaah memang tak boleh nak selfish. Pupuk rasa take care kat setiap jemaah yang lain.... Treat like family :)

Sampai kat tempat Sai'e. Ustaz Sayed bagi penerangan cara nak buat Sai'e.  Sai'e tak semestinya kena ada wudhu.Cumanya lagi bagus jaga wudhu..sebab kot kot la time buat Sai'e dah azan Zuhur ke..Asar ke... dah boleh get ready untuk Solat dekat tempat Sae'i. Tawaf wajib kena ada wudhu. Kalau tawaf kita buat 7 kali, Sai'e pun kita buat 7 kali. Rukun Sai'e ni berjalan kaki dari Safa ke Marwah. Dari Safa ke Marwah dikira satu kali...Marwah ke Safa dikira satu kali... dan berikutnya hingga cukup 7. :) Ustaz Sayed siap share knowledge lagi, hikmah Rukun Sae'i adalah jemaah kena ambil iktibar dari kecekalan Siti Hajar gigih mencari air untuk anaknya iaitu Nabi Ismail A.S . Siti Hajar berjalan along Safa ke Marwah nak cari air. Kira jauh juga. Aku enjoy je buat Sae'i ni...sebab tak berhimpit, semua jemaah jalan sehala je kan... then tak da lah yang melawan arus...so macam relax...jalan-jalan kat shooping complex tu kan... :)

Tapi tak da la relax sangat...Remember ada doa khusus yang perlu kita baca along the way dari Safa ke Marwah. Sampai  je kat area Safa... Ustaz minta setiap jemaah lafaz niat Sae'i umrah. Ustaz Sayed akan lead... then jemaah follow. ada doa khas yang boleh kita baca. Ustaz akan lead, jemaah aminkan je. Tapi Ustaz Sayed akan minta jemaah baca sendiri pula. Ingat baca terjemahan sekali bagi hadam dalam hati.

Kalau Tawaf ada Istislam kearah Rukun Hajarul Aswad, Saie pun ada istislam. Melambai tangan kearah kiblat. Bacaan dia senang je.. "Bismillahi,Allhuakhbar walillahilham" :) After that mula jalan dari Safa ke Marwah. Sambil jalan ada bacaan doa. Sampai je dekat laluan lampu hijau... Lelaki disunatkan untuk lari anak. Perempuan chillaxx je...jalan :) Lampu hijau ni both side ada. Dari Safa ke Marwah ada and Marwah ke Safa pun ada.   And this part pun ada bacaan khas. After lampu hijau terus  mara ke hadapan. And get ready untuk baca doa yang seterusnya. Thats why kena pengang selalu buku kecil panduan Umrah tu :) Senang cerita every step kita kat sana, ada doa :) Along the way nak ke Safa or Marwah, if tak silap ada dua tempat pili air zam-zam versi sejuk. So boleh berhenti minum ke...nak basahkan muka pun boleh ke...ambil wudhu pun boleh. Tapi hati hati la tang nak jaga aurat.


Gambar pinjam dari Google :) Gambaran tempat Saie. Aku tak da satu pun simpan gambar dalam area Sae'i. Jujunya aku tak berani nak pegang phone ketika Sai'e atau Tawaf. Sebabnya takut niat dah lari. Memang nak sangat rakam video or at least gambar ketika Tawaf atau Sae'i. Tapi Ustaz Sayed dah pesan... ingat niat utama. So tak mau terkeliru..better simpan je phone dalam bag :)


 Everytime nak mulakan Saie either dari Safa or Marwah,Ustaz Sayed kumpulkan jemaah dekat satu sudut tepi. Contohnya dari Safa ke Marwah... berhenti dekat satu check point... Ustaz Sayed akan counting jemaah cukup atau tidak. Boleh la berehat sekejap...nak duduk pun boleh... nak minum air pun boleh.. If da cukup... Ustaz Sayed akan lead baca doa yang berikutnya.Word by word. Aktiviti ini akan berulang sampai cukup perjalanan Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. 

Jadi lah satu kisah aku dengan mak cik dari Langkawi. I guess umur mak cik ni 55++. Mak cik ni datang buat umrah dengan suami(Pak Cik Langkawi) dia. Pak Cik  Langkawi tu pun dah tua juga. Tapi badan sihat. Jalan laju lagi. Kan aku ada bagi tahu...waktu dekat lampu hijau, lelaki disunatkan untuk lari-lari anak. Lepas lampu hijau boleh jalan macam biasa balik. At first aku Sae'i dengan Mak. Tapi Abah nak jejalan berdua dengan Mak. Aku ok je :) Boleh jalan sesorang. Dah biasa kot. Selepas selesai perjalanan dari Safa ke Marwah... jemaah berkumpul dekat check point yang Ustaz Sayed tetapkan. Ustaz Sayed pun buat counting..nak kira jemaah cukup ke tak. Sadly... jemaah tak cukup sebab Pak Cik Langkawi dah hilang ntah kemana. Ustaz Sayed tanya la dekat  Mak Cik Langkawi " Hajjah...Haji mana? " Mak Cik Langkawi jawab... "lepas lampu hijau pak cik terus lari laju...laju...tinggalkan mak cik"

Aku gelak...kalau boleh nak gelak berdekah. Tapi sedar diri aku dekat kawasan Tanah Suci *_*. Aku senyum. Pak Cik Langkawi tu mula lari dari lampu hijau...after kawasan lampu hijau..dia lari laju jugak... mara ke depan...then dah berpecah dengan kiteroang. Kiteorang semua melilau la mata..mencari Pak Cik Langkawi ni..kot..kot jumpa... tapi tak nampak. Then Ustaz Sayed decide... kita teruskan je. Sebab kalau nak tunggu, pergerakan semua jemaah jadi lambat. Time tu dah pukul 2 pagi da. Takut ada jemaah lain yang dah penat

Kebetulan Mak Cik Langkawi tu diri sebelah aku...terus dia paut tangan aku... aku pun pelik la.. kenapa mak cik ni paut tangan aku? Mulalah aku bermanis mulut "Mak Cik larat tak nak jalan ni?"  "Eh Mak Cik kuat jalan...cumanya kena berpaut la... baru boleh jalan laju,,, kalau sesorang lambat jalan nya" Maka fahamlah aku kat situ...yang Mak Cik Langkawi ni nak paut tangan aku sebab senang sikit dia nak jalan. Kuat dia pengang lengan aku. Mesti dalam hati Mak Cik ni risau...sebab suami dia dah jauh kehadapan. Nampak Mak Cik ni macam dah hilang sikit fokus...nak baca doa yang mana. As orang muda kat situ...try to cool kan Mak Cik tu...buat dia fokus balik...buka kan buku Umrah tu..tunjukkan doa mana yang patut di baca. Sama sama baca doa dengan Mak Cik tu. Waktu pusingan ke enam baru dapat jumpa balik Pak Cik Langkawi tu...lega semua jemaah yang lain. Alahai Pak Cik :)

Umrah ke dua pun Pak Cik Langkawi tu lari laju lagi tinggalkan Mak Cik ni. Selamat time Tawaf Umrah ke dua memang aku jalan dengan Mak Cik ni. So tak de lah Mak Cik ni risau sangat. Rindu pula dekat semua jemaah group aku.^_^

After selesai tujuh pusingan... boleh get ready untuk bertahalul. Iaitu bercukur atau gunting at least tiga helai rambut. Untuk jemaah wanita...bawa gunting kecil...simpan dalam bag...pastu... tarik la rambut dalam anak tudung..and guntingkan lah. Tak pun boleh minta tolong jemaah lain. Selesai urusan bertahalul, menghadap kiblat...baca doa untuk selesai bertahalul. Maka selesailah Rukun Umrah. Alhamdulillah. Bebas dari pantang larang Ihram.

Incase ada yang terlanggar pantang larang Ihram macam ternampak dan tersedar tarik rambut and gugur or terpakai songkok/menutup kepala (bagi lelaki) dengan sengaja boleh la bayar dam. Sehelai rambut bersamaan  SAR 10. Cara nak bayar...senang je... jumpa mana-mana pekerja yang membersihkan kawasan Masjid bagi je SAR 10 sambil cakap je "Dam" . Faham lah perkerja masjid tu.

Tamat cerita Umrah pertama Wany ;)
Terus snap pic after keluar dari kawasan Saei. Masa ni dah pukul 3.00 a.m, which is waktu Malaysia dah pukul 8.00 a.m. Terus whatsaap family "alhamdulillah selesai Umrah pertama" and Jawa  "weh...aku dah selesai Umrah... Alhamdulillah" 

 iyeee...Abah tak henti henti pandang ke langit and suruh Emak pandang ke langit jugak...sebab nak tengok bangunan bangunan around Masjidil Haram.


Angin kuat...sejuk sudah pasti. Waktu ini Mekah memang kira sejuk. Esokya Mekah mulai panas.

To be continue ;)

2014 tinggalkan kita. Berbalik pada April 2009, ada satu janji yang belum Kamu lunaskan. Berbalik juga pada kata... sebaik-baik perancangan adalah perancangan DIA :)

Wednesday, 3 December 2014

Mekkah.Pertama.Kali.

Assalamuailaikum.
Dah nak habis tahun 2014 dah!!! Cerita Umrah tak habis-habis lagi...ngeeee^_^
Ok excited sikit nak continue story sebab.. dengan izin-Nya ada orang-orang yang aku sayang akan jadi Tetamu Allah in this December and May next year. InsyaALLAH. Alhamdulillah :) Moga dipermudahkan urusan untuk orang-orang yang aku sayang.
Since orang-orang yang aku sayang je minta aku continue Cerita Umrah ni..so jadi extra semangat...dan pasti extra rindu ;)

Lepas dinner and solat dekat RnR...ambil masa dalam 2-3 Jam nak sampai ke Mecca. Mutawiff Ustaz Sayed ajak semua jemaah untuk baca Talbiah. Around 10pm ke 10.30pm macam tu kiterorang dah sampai dekat sempadan nak masuk Mecca. Berhampiran dengan Masjid Tanaa'im. Ada satu binaan macam batu nesan yang besar. Hihihi. Seram. Bus tak boleh nak gerak laju...sebab banyak kenderaan.. dan ada polis yang check. And paling menterujakan perasaan aku and jemaah yang lain...is...dah nampak Menara Jam. Yang biasanya aku boleh nampak dalam TV3 bila azan Maghrib. Debar-debar!!! Ustaz Sayed ingatkan para jemaah... dah nampak Menara Jam tu maknyanya Masjidil Haram makin dekat dengan kita... Kaabah makin dekat dengan kita. Allahu... Debar-debar lagi... dan maknanya lagi...kita semua dah berada dalam Tanah Haram. Ertinya lagi...setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan dapat 100,000 ganjaran pahala. Waima kita sebut Bismillahirahmanirahim... Allhuakhbar. Dan jangan nak seronok sangat cause dengan perbuatan jahat pun kita akan dapat 100,000 dosa. Adil!!! Maknanya lagi..please behave your self...terutama seketul hati itu. Sebab mudah sangat hati kecil tu boleh berkata-kata, terdetik mahupun terfikir benda yang tidak elok.

Istifar...selawat :)

Sampai dekat Hotel Malak Ajyad. Sempat redah jammed di kawasan Masjidil Haram. Debar-debar itu selalu ada. Ramainya manusia. Lagi ramai dari Masjid Nabawi. Hotel Malak Ajyad agak kecil depan jalan raya utama. Dan Alhamdulillah..less than 200 meter je nak ke Masjidil Haram. Nikmat mana lagi yang nak kau dustakan. FYI, Hotel untuk jemaah Andalusia ada 3 dekat Mecca. First sapa yang amik package Hilton, jarak 50 meter je nak masuk Masjidil Haram. Second Malak Ajyad, 200+- meter je and last Hotel Hera'a. Dengar kata dalam 600 meter. Agak jauh. Tapi itu bukan penghalang. Remember setapak kaki berjalan nak ke masjid tu...banyak ganjaran Allah nak bagi :) Just my opinion...kesian untuk warga tua yang jalan dah tak laju...terbongkok-bongkok..yang guna full wheel chair, better if ada rezeki lebih pilihlah package Hotel Hilton :)

Urusan check in dekat Hotel Malak Ajyad kurang smooth macam check in dekat Madinah. Sebab jemaah ramai. Lobby hotel kecil. Lift pun ada dua. Tapi aku rasa laju sikit berbanding Hotel di Madinah. Memang kena tunggu luar hotel je.Sesak. Bag jangan risau. As ussual pekerja hotel tolong angkatkan sampai lobby. Dapat kunci bilik. Bilik level 7 ya...tinggi :) Oklah kat Madinah dapat first floor kat Mecca rasa la sikit susah :)

Ustaz bagi masa setengah jam untuk naik kan bag and ambil wudhu and berkumpul kat lobby hotel. Untuk teruskan Umrah Pertama. Dan yerrr..bear in mind... masih lagi dalam keadaan pantang larang ihram ya. Turun lobby... dekat lobby ada satu LCD. Live update dari Masjidil Haram. So boleh tahu orang ramai ke tidak dekat kawasan tawaf.  Khusyuk tengok LCD tu. Dekat lobby hotel tu pun ada toilet. Selesa. Just in case terbatal wudhu ke..nak buang air ke..tak payah nak naik atas da :)

Mutawwif kumpulkan jemaah ikut group. Don't worry Mutawiff tak kan tinggal kan korang. Akan check and recheck attendance. In case ada jemaah yang tak dapat nak buat Umrah time tu which is nak buat masa lain, boleh info Mutawwif. Mutawwif juga akan tanya ada tak jemaah yang tak sihat..atau nak guna wheel chair. For those jemaah yang nak guna wheel chair, Mutawiff akan carikan seorang Mutawif lain yang off duty untuk bimbing personally and carikan sekali wheel chair. Cuma kena bayar sikit around SAR 150-200. Sebolehnya Mutawwif akan cari Orang Melayu kita untuk bimbing personally. Sebabnya bila keluar dari hotel ada nampak a few Ustaz/Ustazah dari Indonesia tunggu kat luar hotel untuk ambil upah membantu jemaah yang tak mampu.

And semua jemaah dah ada..mula la jalan kaki menuju Masjidl Haram. Around 11.00 pm macam tu. Perasaan...TERUJA teramat. Nak tengok kaabah secara live for the first time ni.Sampai pintu utama Masjidil Haram,iaitu pintu King Abdul Aziz..ustaz minta letakkan kasut dalam uncang and letak dekat rak kasut.  Masuklah masjid. Tenanglah hati... Straight dari pintu King Abdul Aziz dah boleh nampak kaabah.Speechless. Amazing. Aku tak tau nak describe macam mana perasaan aku. Ustaz ajar jemaah baca doa melihat kaabah. Semua doa ada dalam buku :) Then ustaz minta jemaah minum air zam-zam yang super sedap and nyaman :)

Ustaz Sayed minta jemaah group aku untuk buat perbarisan. Macam nak kawad. Get ready untuk teruskan rukun Umrah yang seterusnya which is Tawaf :) Ustaz utamakan kaum Hawa yang tua berdiri belakang ustaz...dikuti dengan yang muda and jemaah lelaki. Ustaz ingatkan setiap tawaf ada doa. Baca dalam bahasa Arab dan baca sekali terjemahan. Bagi faham hadam dalam hati :) Ustaz Sayed akan lead dari depan. Tapi yer lah orang ramai..bukan group kiterorang je. Memang tak boleh nak dengar Ustaz Sayed baca doa. Then Ustaz ajar niat tawaf.

Bermulalah tawaf pertama bila melepasi lampu hijau setentang dengan penjuru hajarul aswad. Lepas niat terus istilam... angkat tangan dengan tapak tangan menghadap Kaabah, muka pun sama mengadap Kaabah sambil ucap Takbir. Setiap kali tawaf kena buat macam ni :)Sekali tawaf tu sempat untuk baca doa dalam bahasa arab sekali terjemahan. Ada masa juga nak berzikir or baca doa yang lain seperti doa duduk antara dua sujud ke..doa makan ke..selawat ke. Sampai penjuru Rukun Yamani kena istilam sekali lagi dan baca doa Rukun Yamani. Please bear in mind...jaga wudhu', make sure bahu kiri tidak terpaling dari sisi Kaabah. Incase ada jemaah lain menolak bahu..and bahu berpaling..cepat cepat betulkan balik. Incase terbatal wudhu..segera keluar dari kawasan tawaf and ambil wudhu balik :) Sebab tu la botol spray sangat penting, kena ada :)

Tawaf mesti tujuh kali. Setiap satu tawaf ada doa yang berbeza. Sapa yang mampu hafal setiap  doa tawaf...bagus la :) Siapa yang tak hafal macam aku ni..rujuk je buku. Tak de masalah. Alhamdulillah selesai tawaf yang ketujuh..Ustaz Sayed bawa kiterorang ke belakang Makam Ibrahim tempat untuk Sola Sunat Tawaf. Lakukan bersendirian. Baiknya Ustaz Sayed ni..dia make surekan setiap jemaah dah ada kat kawasan tu...dia ingatkan jemaah untuk solat sunat tawaf..baru Ustaz Sayed buat solat sunat tawaf.

 Aku solat  sebelah emak...lepas selesai salam, biasalah berdoa...aku tak sedar bila air mata aku jatuh... jadi lagi hiba bila rasa Kaabah hampir dengan aku. Rasa macam ALLAH terlampau dekat dengan aku. Pandanglah Kaabah. Perasan indah sangat. Hilang segala rasa sakit hati...susah hati or else.Tenang. Extra tenang. Allhuakhbar.

Ralit sangat pandang Kaabah...tetiba aku dengar ada suara lelaki menagis. Eh macam kenal suara tu. Cepat cepat aku cari..herm.. Panaroma yang aku kira indah. Aku tengok emak dan abah tengah bersalam. Sambil memohon maaf. Sambil abah kucup dahi emak. Macam baru lepas akad nikah.Hahaha... Senyum sekejap. ^_^ Ok... terus cakap... "alaaa...kita pun nak shake hand..give a hug to one and only husband...then husband kita pun cium dahi kita.. " Masalahnya... Wany is not married yet !!! Soon..soon..soon..  insyaALLAH impian ni. Kira macam doa juga kan :) kan..kan...kan...

to be continue :)

Kerana didepan Kaabah antara tempat termakbulnya doa...maka aku dengan serela hati untuk benar-benar minta pada-NYA moga DIA makbulkan doa aku...agar aku redha yang Kamu bukan milik aku. Kerna doa itu jugalah yang buat aku kuat hingga hari ini. InsyaALLAH kekal hendak-NYA.

Tuesday, 30 September 2014

Miqat pertama...

Assalamuailaikum :)

Hampir setengah jam masa diambil untuk sampai ke Masjid Bir Ali dari hotel. Biasanya jemaah dr Madinah akan bermiqat di Masjid Bir Ali.Miqat (Makani)  ialah tempat untuk kita menunaikan niat. As usually ramai. Bukan jemaah dari Malaysia... serata dunia :) Nak cari parking untuk bus pun lama. 

Before turun dari bus...Mutawiff Ustaz Sayed ingatkan sekali lagi... kepada jemaah lelaki...if ada yang terpakai seluar kecil...boxer dan seangkatan dengannya...sila la tanggalkan... memang kena ingatkan...nampak macam remeh...tapi one of perkara-perkara larangan semasa dalam ihram bagi lelaki ialah tidak boleh memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya... stokin pun tak boleh pakai...kupiah/serban/songkok pun is not allowed..if nak tutup kepala pakai payung boleh :)
Honestly...kat sini memang aku rasa lelaki sukar dan berat sikit nak jaga pantang larang dalam ihram. Jadi perempuan best jer..sebab pakaian ihram perempuan more simple and biasa dipakai which is yang menutup aurat sepenuhnya...stoking wajib pakai!!!

Lepas turun dari bus..Ustaz Sayed kumpulkan kiterorang dekat satu check point. Ustaz bagi masa untuk solat sunat Tahyatul Masjid and Solat Sunat Musafir. Pintu untuk jemaah perempuan banyak. Alhamdulillah :) Tak sukar nak masuk masjid. Tempat lapang. Sukarnya bila ada rasa nak membuang. Cause toilet agak daif. Alhamdulillah aku and emak dapat jaga wudhu..and tak terasa nak membuang. Botol spray memang di bawa ke hulu dan ke hilir... boleh tolong jemaah lain yang dah terbatal wudhu untuk ambil wudhu semula...kan best dapat tolong orang... :)

Masa untuk niat Umrah pertama. Ustaz Sayed akan kumpulkan semua jemaah dekat check point. Bila jemaah dah cukup...Ustaz Sayed akan remindkan...ada tak mana-mana jemaah yang nak niat bersyarat..khususnya perempuan. 2 kali Ustaz Sayed remind. If ada yang nak niat bersyarat...ustaz minta ketepi. Niat bersyarat untuk jemaah perempuan ni biasanya.. if jemaah lain siap sedia nak buat umrah kita tengah period...  or kita dah mandi hadas/mandi wajib...tapi biasala...sometimes kita dah manji wajib...kebarangkalian untuk period balik tu ada kan...kan..kan.. so memang kena niat bersyarat. Ustaz Sayed memang tanya one by one la.. sampai masa Ustaz Sayed tanya aku either aku nak niat bersyarat atau niat biasa...aku jadi super cuak...sebab aku pilih nak niat biasa..sama dengan jemaah lain..Ustaz tanya lagi sakali..sambil tenung muka aku..."are you sure? betul ni?". "betul ustaz..saya pasti!!!" Emo gak time ni...dah keluarkan handphone dah..sebab nak tunjuk Period Tracker kat ustaz bukti yang aku tengah bersih. malu pun ada...sebab tumpuan jemaah lain berpaling kat aku...^_^ selamat Cik Yan cool kan aku.." awak tu paling muda kat sini...sebab tu lah dia nak confirmkan betul-betul" chill laaa Wany... tanggungjawab Mutawwif nak bawa jemaah buat umrah is sangat berat. Doble respect aku dekat perkejaan dorang :) aku rasa perkerjaan as Mutawwif mulia. Cause tolong orang untuk buat ibadah.Dah la tuh ilmu agama dorang memang superb...hadith... ayat Al-Quran hujung lidah dorang je...

Mula la rasa diri ini kecil...diri ini banyak benda yang tak tahu...terasa hidup 25 tahun seperti tiada apa yang aku belajar... especially pengajaran untuk lebih 'extra' dekat dengan DIA.

Ustaz Sayed ajar kami semua niat untuk Umrah. Boleh refer buku juga. Mula saat ini..buku panduan Umrah tu memang selalu kena ada di tangan. Once dah niat.. Ustaz Sayed ingat kan lagi semua jemaah untuk jaga perkara-perkara larangan semasa dalam ihram. Tutup mulut pun kena berjaga-jaga ya. Kami semua naik bus untuk menuju ke Tanah Haram. Ustaz Sayed mula ajar/ajak jemaah untuk baca Talbiah. Sayu dah hati time ni...Dah rasa sesuatu.

Hampir 6 Jam masa diambil untuk sampai Meccah. Before that...kiteorang berhenti makan dekat RnR. Ouh. serius tak ingat nama kedai tu ape. Makan Nasi Manday...serius sedappp giiillleer!!! Makan Nasi pun dah cukup. Makan ala-ala Nasi Ambang. Makan reramai. Satu dulang 5 orang. Selagi tak cukup 5 orang, orang kedai tu tak kan hantar makanan.
Meet my Cik Yan and Nasi Manday Delicious!!!

After makan..get ready untuk solat Maghrib dan Isya. Buat Jama'a dan Qasar. Pergi toilet sebab nak ambil wudhu dan membuang. Toilet macam ala-ala kampung. Tapi bersih :) Amik wudhu..Kumur..Kumur...aku pejam mata sekejap... Awat air ni masin...macam air laut...cakap dalam hati je la kan... selesai wudhu...pakai telekung...aku pandang sorang kakak ni...orang Jawa dari Sabak Bernam dia tanya aku... "Air paip tu masin kan?" aku senyum "Air laut kot kak:)"

Ouh ya...disini dah rasa keadaan di padang pasir. Angin kuat...pasir halus masuk mata and hidung. Dan aku dah tutup mulut aku dan hidung dengan telekung yang aku pakai. Kan tak boleh tutup mulut or muka cik Wany!!! Awak dalam keadaan ihram Wany.Tanpa sedar. Selamat ada Mak Cik  orang Jawa geng dari Sabak Bernam ni... tegur"adik jangan tutup mulut..." Sedar. Istifar dalam hati.

Tereskan perjalanan ke Mekah. Ustaz Sayed ajak kami semua baca Talbiah lagi.Kali ini lama. Mekah semakin hampir.

Labbaikallah humma labbaik...Labaikala Syarikala kalabaik... Innalhamda... Wani'kmata...Lakawalmulk...Lasyarikalak.
"Ya ALLAH, hamba-Mu datang kerana menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang kerana menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, yang tiada sekutu bagi-Mu"



Tuesday, 9 September 2014

Selamat Tinggal Madinah...

Assalamuailaikum :) 14 Zulkaedah.
Sampai masa aku dan family untuk tinggalkan Kota Madinah... Moga kesempatan yang DIA bagi untuk kaki ini merasai tanah-tanah di Madinah...selama 5Hari 4Malam akan kami ingat :) Sungguh... memory-memory tika berada di Madinah sangat buat aku rasa extra senang dan extra bahagia..dan mungkin...
love is in the air :D Alhamdulillah...

Usai Subuh terakhir di Madinah...cepat cepat balik hotel..untuk turunkan luggage dekat lobby hotel... pekerja hotel yang akan angkat all the luggage untuk masuk ke dalam bus. Senang kerja :) Then semua jemaah diingatkan untuk mandi sunat ihram dan ready dengan pakaian ihram. Lepas Zuhur,,,insyaALLAH kami semua akan berangkat ke Mecca bagi menunaikan Umrah. Umrah yang pertama untuk aku...emak..mak ciksss and pak yup.

Zuhur terakhir di Madinah... aku emak and mak cikss turun awal dari hotel...sebab nak rasa 'berlama' dalam Masjid Nabawi... sebak!!! itu yang aku rasa...dan aku pasti semua orang pun rasa macam tu...pasti rindu dan teringat Raudhah...rindu dengan rasa 'extra' dekat dengan Nabi Muhammad SAW... rindu pada polis-polis wanita dengan dialog "ibu...ibu...masuk..masuk.."...rindu dengan suasana 'sunyi' dan suara bayi tika solat berjemaah... rindu bila nak tengok kubah Masjid Nabawi terbuka...dan angin sejuk masuk...lalu menyapa muka...Allhuakhbar....nyaman!!!Seharusnya after Zuhur perlu untuk buat tawaf wida'a. ziarah Raudhah dan Makam Nabi Muhammad S.A.W before berangkat keluar dari Madinah.Aku and emak tak buat. Just baca doa khas yang adalam buku tu. Doa untuk tinggalkan Kota Madinah.


Gambar terakhir di Masjid Nabawi :)

Masa berangkat sudah tiba :) Jemaah lelaki siap handsome dengan pakaian Ihram... jemaah wanita...jubah putih dengan mini telekong... tapi aku pakai jubah hitam je :)Sunat pakai warna putih tika mahu menjalankan ibadah umrah. Keadaan lobby Hotel Mubarak Silver kecoh sikit!!! jemaah ramaikan... urusan check out hotel sangat simple... bagi kunci dekat Mutawwif... Mutawwif kumpulkan dan serah pada receptionist. Abah kata perjalanan ke Mecca makan masa 6-8 Jam... herm...mesti aku lapar!!! cepat-cepat grab snickers and air mango sedap dekat chiller lobby hotel. 

Terasa seperti ada mata yang memerhati... Eh... bertambah sebak... "Ini ke pertemuan terkahir kita,singkat sangat pertemuan!" soal dengan hati...back to reality...at least Allah bagi aku buka sikit mata...bagi aku sikit extra kekuatan nak cuba rasa bahagia... terasa seperti ingin memberi senyum buat kali terakhir...tapi...tidak layak rasanya...cukup la curi pandang buat ingatan. :)

Naik bus... Mutawiff tolong bacakan doa naik kenderaan... bus mula meninggalkan Hotel Mubarak Silver... untuk menuju ke Masjid Bir Ali... tempat untuk bermiqat... Mula whatsapp family and my sahabat yang hari hari whatsapp untuk tahu perkembangan diri ini di Madinah to inform them... "On my way to Mecca" Mata ini tidak lepas memandang Masjid Nabawi...sampai hilang dari penglihatan... Moga ini bukan kali terakhir aku datang ke Madinah.Selamat Tinggal Madinah!!!

I left My Love in Medina..hope to see u again ...

Tuesday, 12 August 2014

Ziarah Madinah...

17 Syawal 1435H...
Assalamuailaikum :) jumpa lagi... meh...kita nak nak continue cerita Umrah kita...

15 Febuary 2014...
Hari ni ada buat ziarah sekitar bandar Madinah... lepas solat Subuh...take a breakfast... and get ready untuk tunggu bus dekat lobby. Pergerakan memang kena cepat sikit...sebab Mutawwif ada pesan pemandu bas kat sini ada "perangai' kurang tahap kesabaran.Alhamdulillah semua jemaah yang sama bus dengan aku punctual...so senang sikit Mutawwif nak jaga :)

 First tempat yang kiteorang nak pergi is Masjid Quba. Fadilat : bagi sesiapa yang BERWUDHU dari tempat tinggal dan solat sunat 2 rakat di Masjid Quba...pahalanya menyamai dengan pahala buat satu Umrah. Allhuakhbar...sayangnya ALLAH kat kita...banyak peluang dan perkara baik Dia nak bagi kat kita. So Mutawiff dah pesan dekat jemaah amik wudhu dari hotel dan cuba jaga wudhu untuk sampai ke Masjid Quba. If ada yang terbatal wudhu...don't worry botol spray kan ada :) Boleh ambil wudhu semula.Cabaran nak masuk Masjid Quba ni sangatlah hebat. Untuk jemaah wanita hanya ada satu pintu yang mana lebar pintu tu aku rasa 1.5m je... itu lah pintu nak masuk....dan pintu nak keluar...semua jemaah berpusu-pusu nak masuk...jemaah dari Turki ke...Indonesia ke...Thailand ke...semua berebut nak masuk...ya...memang ada police perempuan yang jaga...tapi rasanya police perempuan dah tak mampu nak kawal. Orang Malaysia kan badan ala-ala kecil kan... memang sedia untuk dirempuh...tak mustahil telekung kena tarik... and if ada sakit semput or asma kena carefull lebih la...mostly jemaah yang badan besar ni...rempuh kaw-kaw je...asalkan dia dapat masuk...lagi sekali ALLAH nak uji tahap kesabaran ke:) zikir je dalam hati.... "Hasbunallah wani'ikmal wakeel...wani'ikmal maula...wani'ikmal nasir" entah macam mana....ada jemaah yang baru datang dari belakang...tolak jemaah yang tengah que nak masuk Masjid Quba ni...memang semua tertolak macam deras air dalam sungai...dan akhirnya masuk juga dalam Masjid Quba ni :) Alhamdulillah...lapang je Masjid Quba ni...banyak ruang untuk solat...aku emak and mak cik naik bahagian atas... Mutawiff peruntukkan masa 20 minit untuk berada dalam Masjid Quba...so manfaatkanlah masa :) Alhamdulillah wudhu aku emak masih 'terjaga'. Kami terus buat solat sunat Tahiyatul Masjid and solat sunat Dhuha...
Gambar dalam Masjid Quba bahagian atas :)

 Next destination is Bukit Uhud tempat berlakunya Perang Uhud... honestly aku memang tak ingat dah any sejarah...time belajar Sirah masa sek rendah dulu... Alhamdulillah Mutawwif ada recall balik beberapa sejarah. Rasa noob lagi =_=.
 Belakang tu Bukit Uhud...difahamkan panjang Bukit Uhud is 7km.
Sempat juga menziarahi perkuburan para syuhada seperti bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Mutawiff ada ajak jemaah untuk baca doa kepada para syuhada..tapi...tapi...Mutawiff larang angkat tangan tanda nak baca doa. Sebabnya...pernah dia bawa jemaah datang situ untuk baca doa sambil tadah tangan...dan dihalau oleh orang Arab...sebab katanya macam bawah bida'ah lain...

 kawasan perkuburan para syuhada...tersentuh hati...pasti mereka masuk Syurga...kita ni ???

Dekat kawasan Bukit Uhud tu ada Bukit Pemanah..tak tinggi mampu la nak daki...aku nak try naik...tapi Mutawiff tak bagi...sebab masa tak banyak :( aku larik cepat-cepat sebab nak naik sikit...nasib baik abah ikut belakang...abah sangat tak bagi aku jalan sesorang :(
 Pandangan dari bawah..nak naik sampai atas tu... :(

Then kiterorang gerak pergi Ladang Kurma :) tempat untuk mebeli dan memblahkan diri...hahhahahah Mutawiff dah pesan jangan beli...sebab harga mahal...especially kurma dia.. bestnya tempat ni..is boleh tester kurma...chocolate..kekacang for free... :) aku sangat teruja dengan packaging chocolate... aku beli jugak...1kg SAR 50. Sekali dekat bazaar on the way nak masuk Masjid Nabawi 1kg SAR 25. Ok menyesal!!!

Last tempat kiterorang lawat is Pasar Kurma :) kat sini baru Mutawiff kata boleh shoping :)memang ada satu kedai kurma yang akan bagi murah untuk jemaah Andalusia. At first, owner kedai tu memang tak bagi harga murah..fix price la...tapi sebab ada Mutawiff  ikut kiterorang shopping...dia tolong tawar menawar...so dapat la potongan SAR 5 untuk setiap kg...kira ok la kan :) Bestnya Mutawiff ni...dia akan bagi tahu kurma apa untuk kecantikan dalaman...kurma untuk bagi 'kuat' sikit and so on... so jemaah macam jadi more excited nak beli :) yang tak bestnya...agak takut bila masuk Pasar Kurma ni...nasib aku perempuan..kalau yang lelaki tu...habis penjual-penjual ajak salam shake hand bagai...then tarik tangan dengan kuat untuk ajak masuk kedai dia untuk beli barang. More to macam ugutan...memang susah nak lepaskan diri...

Disebabkan ada beberapa jemaah yang bersiar-siar lama sikit dekat kawasan Pasar Kurma... menyebabkan keadaan dalam bus jadi a bit huru-hara. Sebabnya pemandu bas tadi dah tak sabar nak drive bus tu balik Hotel... sedangkan Mutawiff and ada beberapa jemaah lain tak naik lagi bus. Semua dalam bus  jerit la suruh sobbbaar!!! dia jalan jugak..sampai la Mutawiff jerit dari luar bus... baru dia berhenti and tunggu Mutawiff naik bus... kesian Mutawiff...

Sampai Hotel agak lewat... sebab jalan jamed. Tengok jemaah lain dah berpusu-pusu untuk keluar dari Hotel and menuju ke Masjidil Nabawi untuk perform Solat Zuhur.Masuk je bilik dah dengar azan Zuhur... sebab nak bersihkan diri sikit plus ramai nak guna toilet dalam bilik tu..menyebabkan aku emak and Mak Yung tak sempat nak ikut berjemaah dekat Masjid. Agak sedih...tapi tetap jalan kaki gi Masjid and solat dekat Masjid juga :)

16 Febuary 2014
Sehari sebelum hari untuk tinggalkan kota Madinah...aku emak abah and mak cik baru ada masa nak jalan-jalan area Hotel untuk cari a few barang, i mean cari souvenir untuk family... friends... and jiransss...:) Actualy hari ketiga di Madinah baru aku pecahkan duit Riyal. Itupun aku beli banana kuning melampau 1kg 10 Riyal, Kit Kat and my favorite juice manggo sedap!!! beli banana sebab aku dah lama tak biyaaak... badan aku jadi' berat' sikit bila tak biyaaaak.... :) 

And mesti nak beli barang untuk diri sendiri juga kan... sebagai tanda kenangan :) Hajat hati nak cari SATU jubah untuk diri sendiri...tapi terbeli 2... hahaha :) and ussually Mutawiff Andalusia akan suggest kedai Haji Rashid untuk beli jubah, baik untuk lelaki dan perempuan. Saiz baby pun ada. Tiba-tiba my abah ada kedai kat Madinah.. Abah ai pun Haji Rashid...;)
 and rasa kagum kejap...sebab ada beberapa kedai kat area Madinah memang ada bendera Malaysia package dengan logo satu Malaysia dekat sign board dorang. Maknanya...dorang boleh fasih cakap Melayu and memang orang Malaysia suka shopping kan...kan...kan...
 Boleh dapat harga murah..cuma aku rasa untuk jubah budak boleh dapat harga murah lagi kat kedai lain. Abah spent about SAR 1000 untuk  6 Jubah lelaki dewasa 1 jubah lelaki baby...2 jubah kanak-kanak perempuan and 7 jubah perempuan dewasa. Quality jubah lelaki bagus sikit dekat kedai Haji Rashid ni..and serius dapat separuh harga...blink!!!blink!!!

Dan lagi best...ada Mutawiff tolong temankan kiterorang shopping :) Sila Happy *_*even Mutawiff  tu bukan Mutawiff group aku...tapi dia willing temankan aku and family shoping sampai habis... siap jadi model untuk dapatkan ukuran jubah Si Hanif and Si Adik :)      
" Thank You Ustaz Nik Hilman ;)" since aku bawa 3 orang mak cik and emak..memang family kiterorang berlama dekat kedai Haji Rashid Madinah. aku jadi pening sikit bila masuk kedai tu sebab banyak sangat baju... jadi tak tau mane nak pilih. Disebabkan aku 'muda banyak' dari emak and Makcik dorang akan tanya pendapat aku...ok ke tak..crowded ke tak corak dia...labuh ke tak..and so on...end up..aku jadi tak tahu nak pilih jubah untuk aku... konon-konon nak beli colour putih...nak suci sikit plus boleh guna untuk Umrah...tapi abah kata "Jarang" aku kata "tapi cantik..." Ustaz Nik Hilman kata "Putih memang cantik...tapi jarang sikit..." fahamlah aku kat situ... so kita pilih jubah colour hitam :)
kena paksa amik gambar sambil buat thumb up dengan orang yang jaga kedai Haji Rashid ni :) Nampak tak jubah putih tepi itu...nak sangat....

Malam terkakhir di Madinah...paksa ajak abah bawak aku and emak jalan-jalan area Hotel tu... sebab rasa nak berjalan  and cari barang sikit :)Sejuk sangat angin malam tu...hoi...boleh gigil badan la... abah bawak aku and emak jalan-jalan area main entrance Masjid Nabawi. 
Emak and Abah dekat main entrance Masjid Nabawi...see...tak pernah sunyi kan masjid...ada je manusia :)
  
:) Tahan sejuk...
Subhanallah...besar rupanya Masjid Nabawi ni... ada la jumpa kedai KFC...Baskin Robbins... ada satu area tu...tiba-tiba rasa macam dekat area Putrajaya... sebab susunan bangunan exactly like Putrajaya... Mostly kedai tutup dalam pukul 11.00 keatas la...tapi bazar-bazar yang nak masuk masjid tu tak da waktu tutup kot...hihihi... sempat beli sejadah untuk jiransss... beli dekat 25 helai rasanya...yang quality sikit... penat mintak tawar...free gift pun dia tak bagi...kau beli la banyak mana pun...memang dia tak bagi kurang harga...geram!!!

Next...will continue cerita lambaian terakhir Madinah.... I is SAD!!! 


Ikut hati banyak perenggan rasa nak cerita...cuma biar satu perenggan buat lepasan Rindu... ikut hati mahu saja aku canang gambar suci dia...tapi...biar aku...bibik and her  family saja yang tahu ;)


.




Related Posts with Thumbnails