LuLLiL f.r.i.e.n.d

Tuesday, 30 September 2014

Miqat pertama...

Assalamuailaikum :)

Hampir setengah jam masa diambil untuk sampai ke Masjid Bir Ali dari hotel. Biasanya jemaah dr Madinah akan bermiqat di Masjid Bir Ali.Miqat (Makani)  ialah tempat untuk kita menunaikan niat. As usually ramai. Bukan jemaah dari Malaysia... serata dunia :) Nak cari parking untuk bus pun lama. 

Before turun dari bus...Mutawiff Ustaz Sayed ingatkan sekali lagi... kepada jemaah lelaki...if ada yang terpakai seluar kecil...boxer dan seangkatan dengannya...sila la tanggalkan... memang kena ingatkan...nampak macam remeh...tapi one of perkara-perkara larangan semasa dalam ihram bagi lelaki ialah tidak boleh memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya... stokin pun tak boleh pakai...kupiah/serban/songkok pun is not allowed..if nak tutup kepala pakai payung boleh :)
Honestly...kat sini memang aku rasa lelaki sukar dan berat sikit nak jaga pantang larang dalam ihram. Jadi perempuan best jer..sebab pakaian ihram perempuan more simple and biasa dipakai which is yang menutup aurat sepenuhnya...stoking wajib pakai!!!

Lepas turun dari bus..Ustaz Sayed kumpulkan kiterorang dekat satu check point. Ustaz bagi masa untuk solat sunat Tahyatul Masjid and Solat Sunat Musafir. Pintu untuk jemaah perempuan banyak. Alhamdulillah :) Tak sukar nak masuk masjid. Tempat lapang. Sukarnya bila ada rasa nak membuang. Cause toilet agak daif. Alhamdulillah aku and emak dapat jaga wudhu..and tak terasa nak membuang. Botol spray memang di bawa ke hulu dan ke hilir... boleh tolong jemaah lain yang dah terbatal wudhu untuk ambil wudhu semula...kan best dapat tolong orang... :)

Masa untuk niat Umrah pertama. Ustaz Sayed akan kumpulkan semua jemaah dekat check point. Bila jemaah dah cukup...Ustaz Sayed akan remindkan...ada tak mana-mana jemaah yang nak niat bersyarat..khususnya perempuan. 2 kali Ustaz Sayed remind. If ada yang nak niat bersyarat...ustaz minta ketepi. Niat bersyarat untuk jemaah perempuan ni biasanya.. if jemaah lain siap sedia nak buat umrah kita tengah period...  or kita dah mandi hadas/mandi wajib...tapi biasala...sometimes kita dah manji wajib...kebarangkalian untuk period balik tu ada kan...kan..kan.. so memang kena niat bersyarat. Ustaz Sayed memang tanya one by one la.. sampai masa Ustaz Sayed tanya aku either aku nak niat bersyarat atau niat biasa...aku jadi super cuak...sebab aku pilih nak niat biasa..sama dengan jemaah lain..Ustaz tanya lagi sakali..sambil tenung muka aku..."are you sure? betul ni?". "betul ustaz..saya pasti!!!" Emo gak time ni...dah keluarkan handphone dah..sebab nak tunjuk Period Tracker kat ustaz bukti yang aku tengah bersih. malu pun ada...sebab tumpuan jemaah lain berpaling kat aku...^_^ selamat Cik Yan cool kan aku.." awak tu paling muda kat sini...sebab tu lah dia nak confirmkan betul-betul" chill laaa Wany... tanggungjawab Mutawwif nak bawa jemaah buat umrah is sangat berat. Doble respect aku dekat perkejaan dorang :) aku rasa perkerjaan as Mutawwif mulia. Cause tolong orang untuk buat ibadah.Dah la tuh ilmu agama dorang memang superb...hadith... ayat Al-Quran hujung lidah dorang je...

Mula la rasa diri ini kecil...diri ini banyak benda yang tak tahu...terasa hidup 25 tahun seperti tiada apa yang aku belajar... especially pengajaran untuk lebih 'extra' dekat dengan DIA.

Ustaz Sayed ajar kami semua niat untuk Umrah. Boleh refer buku juga. Mula saat ini..buku panduan Umrah tu memang selalu kena ada di tangan. Once dah niat.. Ustaz Sayed ingat kan lagi semua jemaah untuk jaga perkara-perkara larangan semasa dalam ihram. Tutup mulut pun kena berjaga-jaga ya. Kami semua naik bus untuk menuju ke Tanah Haram. Ustaz Sayed mula ajar/ajak jemaah untuk baca Talbiah. Sayu dah hati time ni...Dah rasa sesuatu.

Hampir 6 Jam masa diambil untuk sampai Meccah. Before that...kiteorang berhenti makan dekat RnR. Ouh. serius tak ingat nama kedai tu ape. Makan Nasi Manday...serius sedappp giiillleer!!! Makan Nasi pun dah cukup. Makan ala-ala Nasi Ambang. Makan reramai. Satu dulang 5 orang. Selagi tak cukup 5 orang, orang kedai tu tak kan hantar makanan.
Meet my Cik Yan and Nasi Manday Delicious!!!

After makan..get ready untuk solat Maghrib dan Isya. Buat Jama'a dan Qasar. Pergi toilet sebab nak ambil wudhu dan membuang. Toilet macam ala-ala kampung. Tapi bersih :) Amik wudhu..Kumur..Kumur...aku pejam mata sekejap... Awat air ni masin...macam air laut...cakap dalam hati je la kan... selesai wudhu...pakai telekung...aku pandang sorang kakak ni...orang Jawa dari Sabak Bernam dia tanya aku... "Air paip tu masin kan?" aku senyum "Air laut kot kak:)"

Ouh ya...disini dah rasa keadaan di padang pasir. Angin kuat...pasir halus masuk mata and hidung. Dan aku dah tutup mulut aku dan hidung dengan telekung yang aku pakai. Kan tak boleh tutup mulut or muka cik Wany!!! Awak dalam keadaan ihram Wany.Tanpa sedar. Selamat ada Mak Cik  orang Jawa geng dari Sabak Bernam ni... tegur"adik jangan tutup mulut..." Sedar. Istifar dalam hati.

Tereskan perjalanan ke Mekah. Ustaz Sayed ajak kami semua baca Talbiah lagi.Kali ini lama. Mekah semakin hampir.

Labbaikallah humma labbaik...Labaikala Syarikala kalabaik... Innalhamda... Wani'kmata...Lakawalmulk...Lasyarikalak.
"Ya ALLAH, hamba-Mu datang kerana menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang kerana menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, yang tiada sekutu bagi-Mu"



No comments:

Related Posts with Thumbnails