LuLLiL f.r.i.e.n.d

Monday, 22 February 2016

Dua Tujuh.

Weee... February. Dalam banyak banyak bulan, bulan February paling aku suka.
Sebab aku lahir dalam bulan February. As simple as that je reason dia.

Makanya, on 13th February 2016, Wany officially 27 year old. Giler banyak umur aku. Eh rasa tua da. Erm... macam tu lah nampaknya.

Tak da orang bagi hadiah. Sedeh. So kena beli hadiah untuk diri sendiri ke??? Alhamdulillah ada office mate belanja makan Seoul Garden, ada Mak Cik yang belanja cake, ada Emak yang comel buatkan Orange Cake panas panas. Nikmat. Rezeki. Alhamdulillah :) 

Aku tak expected apa apa pun. Sebab mood aku sway away minggu tu. Aku tak buat perangai. Aku cuba berfikir releven. Cuma bila orang yang kau sayang, dikhianati, kau boleh duduk diam je? Tapi itu yang aku terpaksa buat. Diam dan Doa. Aku nak cerita dekat orang yang paling aku percaya. Tapi aku ada kerisauan, orang yang paling aku percaya, akan pening kepala, nak fikir. Allah. Berat je rasa.

Makan pun aku paksa telan. Susah nak telan. Tapi dah nama pun paksa. Faham kan, macam mana. Emak lah orang paling sweets. Lepas Isya'a aku terus tidur. Kalau tak tidur, ntah apa apa lagi aku fikir.
Tiba tiba Emak ketuk pintu.
"Dah tidur ke? Cake Orange dah siap. Kata suka makan panas-panas."
Tak kan aku tak nak bangun.
"Ok, ma..Ani pergi dapur nanti" Aku pergi dapur mungkin berbekalkan air liur basi sikit. Disgusting Wany +_+

Emak potongkan cake. Aku makan. Sebak. Nak telan pun susah. 
Emak salam peluk dan cium. Sambil berbekalkan doa. Semoga aku ini panjang umur, semoga aku ini dimurahkan rezeki, semoga aku ini sihat selalu, semoga aku ini dipermudahkan urusan jodoh. :)

Aku nagish. Aku pejam mata sambil peluk emak. Waktu dengar perkataan jodoh tu, I imagine someone. Eh..tak kan lah dia. Ntah. Aku peluk Emak kuat kuat, aku cium dahi Emak, pipi kiri dan kanan.

"Terima Kasih Emak, Kalau Ani tak kawen, Emak Abah jaga Ani sampai bila bila taw" 

"Fikir positif Wany".   "InsyaALLAH".

Aku makan lagi cake. Sedap. Aku cakap dengan Emak, aku nak masuk bilik nak sambung tidur.
Aku baring, aku capai phone. Aku tengok ada whatssapps notification. Eh? Kamu. Eh... past two years tak wish pun. Penat tunggu. Kalau wish pun jadi orang terakhir. 

Hehehe. Panjang wish kali ini. Baiklah, terima kasih :) Tahun depan wish lagi.

Umur dah dua puluh tujuh tahun. Masih belum berkahwin. Masih waras berfikir dan teramat sedar, bahawa jodoh itu ALLAH punya urusan. Sama juga hal kematian. Hari hari fikir, bila aku nak kahwin. Sampai satu hari, alhamdulillah, terfikir, bila aku akan pergi meninggalkan dunia ini. :)

Umur dah dua puluh tujuh tahun. Masih belum ada husband lagi. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi tiga ketul anak anak buahan Hannah Iman Ammar, tempat aku nak tumpang bermanja. Tempat nak bagi kasih sayang yang berlebihan. Memang belum ada anak sebenar. Tapi Aku dah merasa bangun tengah malam untuk tukar pampers budak, untuk bancuh susu budak. Mandi kan budak, bagi makan budak. Amazing moment :)

Sekian. Moga yang datang selepas ini lebih indah. Moga awak Wany, menjadi orang yang lebih menyenangkan orang lain :)

Behave Wany ;)


Wednesday, 27 January 2016

Bubblegum.

Hi :) 
Semalam puan boss aku tanya, Wani, awak dah tak update blog awak ke? 
Ambil keputusan hari ini nak update blog. Tapi tak da rasa hati nak share something. TIPU.
Ada, banyak. Sampai tak terluah. 

So, kita nak mulakan dari mana. Baiklah. 
Pada suatu hari, atau lebih tepat suatu pagi yang tenang, tengah seronok scroll down Timeline FB dan IG, tertiba ada satu notification Whatsapp appear kat screen phone. Eh.. kenapa tiba tiba dia muncul kembali.
A very long message. A very unexpected message. Baca sekali. Kita reread lagi sekali. Kenapa tiba tiba kita rasa adrenaline rush. Alhamdulillah masih cukup oksigen untuk sampai dekat ruang otak. Tapi kenapa seketul hati ini tak boleh nak cool .

Ok, kita reply. Ok, good, reply dalam keadaan tenang. TIPU. Acah acah tenang je tu. Text bibik, cerita all the thing yang sepatutnya. Eh, eh, kenapa air mata terkeluar ni? Again, Wany can't controlled her self. Again, perasaan yang dah lama tak muncul, kembali muncul. Awak letih ke? Awak penat? Atau awak... 

PENAT.LETIH.

Seharian perasaan turun naik. Tapi kita dah matang. Ada masa kita malas nak layan. Ada masa kita terfikir balik.Lastly kita tidur. Hilang la perasaan itu.

Ada suatu hari lagi, kita tengok cerita korea tajuk Bubblegum. Ada Lee Dong Wook dalam cerita itu. Harus lah kita extra excited. Dan.. ada dua episode buat kita nages teresak-esak. Kite tengok cerita tu waktu rehat dekat office. Malu kita, bila office mate tegur, kenapa kita nages.

EMOSI.

Bila tengok cerita Bubblegum tu, ada satu scene tu, boyfriend terpaksa tinggalkan girlfriend dia. Alasan tak nak susahkan girlfriend. Girlfriend dia tak nak. Tapi boyfriend dia tetap nak tinggalkan. Satu hari tu, dorang terserempak. Boyfriend dia tengok je girlfriend dia. Pastu boyfriend dia jalan laju. Girlfriend dia kejar. Sambil kejar, sambil bercakap. Cakap yang panjang sangat. Cakap perkara perkara yang simple thing, like saya dah makan vitamin yang awak bagi, saya dah buat treatment macam awak suruh, saya dah tak takut pergi hospital, saya dah jaga kesihatan saya and all the thing. Last word is, I REALLY MISS YOU. Boyfriend dia tak pandang pun. Boyfriend dia terus pergi jalan laju jugak.

Laju. Selaju air mata aku. EMOSI TERLEBIH.

Sometimes kita nak share all the things, perasaan, apa apa dengan some one. Walaupun kita tahu some one itu tak nak dengar dan ambil kisah. Jadi kita duduk diam-diam. Pujuk perasaan, cakap dengan diri sendiri, No, kau tak perlu nak share all the things dengan some one. Please duduk diam diam.

Itu je :)

 Be like Hannah. Buat tak tahu je, bila Mama, Mommy, Uncle and Asu usik dia. Memang Hannah buat tak tahu, tapi Hannah tahu people around Hannh sayang Hannah. Itu pun Nikmat dari DIA :)

Tuesday, 15 December 2015

Kerana Pisang itu...

Hi!!! Datang kembali :)
Hari yang biasa pada awalnya, menjadi sedikit luar biasa pada petangnya. Sedikit luar biasa pada perasaan. Alhamdulillah still under control. You have to ensure your perasaan bukan pada takuk yang lama. 

Lunch tadi aku makan nasi ayam kukus sedap giler. Beli dengan harga RM 6, dekat tepi Masjid area Batu Muda.Nasi yang banyak, melebihi keperluan kapasiti perut aku. Tak mampu aku nak habiskan. Makan nasi ayam kukus tadi buat aku kenyang sampai petang :) Nikmat.

Rezeki jangan ditolak. Kak Miza, colleague merangkap kawan menular merangkap agen cari jodoh aku and merangkap kawan meja sebelah aku. Kawan gossip jugak. Gossip dalam lingkungan office environment. Kak Miza beli goreng pisang sedap ranggup, ada berlebih dan minta aku habiskan.

"Wany makan ni, habiskan" Sambil hulurkan bungkusan kertas colour coklat. Aku ambil dan tengok. Goreng pisang sedap! Nikmat. Aku ambil satu sambil cakap "sambal kicap mana sambal kicap?" Kak Miza pandang muka aku "Nak sangat ke kahwin dengan orang Johore?" FYI,,, makan pisang goreng with sambal kicap is one of  top food kat area Johore. Spontaneous aku jawab "Dulu, nak la sangat kahwen dengan orang Johore. Dulu la"  Mendatar. "Ops Wany, akak tak sengaja. Maaf ya" Ya, Kak Miza tahu la serba sedikit kisah cinta aku yang tak kesampaian. "You make my heart breaking Kak Miza, it's ok :) Past is Past la kan..." 

Tamat. 

Sometimes you are trying very hard to make sure you are totally forget your past bad memory. Jujur aku tak mampu. Sungguh sungguh aku nak lupakan, mesti ada sesuatu yang buat mesin ingatan aku ter flash back ingat dia. Bukan nak hidup dalam kenangan. Cukup lah 5 tahun lamanya hidup dalam kenangan. Sungguh sungguh aku dalam Move On Phase :) #prayforwany 

Kalau kau tanya aku, jauh mana aku redha untuk lepaskan, aku tak da jawapan. Jauh sudut hati aku, moga cepat aku jumpa future husband. Sungguh nak create memory dengan future husband dengan harapan aku boleh lupa selumatnya perkara perkara yang tak perlu aku ingat :) again #prayforwany

Bye!!! Terima kasih pisang sedap rangup, buat aku ingat Kamu seminit dua. 

Tuesday, 1 September 2015

Tie The Knot FairuzHuda & Izham

Assalamuailaikum :)
Tak tahu berapa manusia je yang baca blog suam kuku aku ni.
Tak pe. Untuk bacaan diri sendiri dan 'device' untuk save memory, aku gagahi jua untuk tinggalkan bait bait kata. Please Wany, jangan poyo sangat ayat tu.

Finally, Last Friday, my one and only Bibik, Fairuz Huda selamat jadi wife to Izham. Alhamdulillah. Impian bibik nak kahwin pada tahun 2015, terlaksana. Sungguh Allah jua yang menetapkan segalanya.

Aku decide untuk tidur satu malam dekat rumah bibik. Konon konon, nak spent time dengan bibik. Nak makan sama, tidur sama, gossip sesama. Gelak ketawa over bersama. Konon konon nak jadi saksi atas pernikahan bibik dan Izham. Again, Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan aku.

Sampai rumah bibik, bibik tengah make up by Kak Su. Bila aku tanya bibik "Kau nervous tak? debar debar kan..." dia jawab "aku penat babe. PENAT sangat"  aku balas balik  "once in a lifetime bik!!!"  

Sambil tunggu dia habis make up, aku usha hantaran dia. Simple and sweets. Aku suka.
 Sebelum pukul 4 petang bibik dah siap make up. Tok Kadi pun dah sampai. Punctual taw Tok Kadi!!! Pengantin lelaki which is Izham pun dah ready duduk atas kusyen bulat warna putih. Ayah bibik, pun dah ready, bibik pun keluar dari bilik. Aku pun tak sempat nak tanya, apa ada dalam kepala dia masa itu. All is well bibik. InsyaALLAH :)

Since hall rumah bibik dah penuh, aku diri dekat bucu bucu bilik bibik je. Tiba tiba bibik panggil, "Wany...sini kau" aku fikir dia nak minta tolong ambil barang. Tangan aku memang dah ready pegang IC bibik, handphone and Tisu. Kot kot la bibik menagis lepas nikah. Kan biasa adegan nagis nagis lepas nikah ni... :D. "Kau nak apa lagi?" "Tok Kadi suruh panggil kawan duduk dekat dengan aku, temankan aku." Since aku je kawan bibik yang available at that time, aku akur duduk belakang bibik, sambil betul betulkan letak kain and veil bibik. Raja sehari sangat kau bik!!!

Tok Kadi mulakan majlis, baca Al-Fatihah, Istifar, baca doa, terangkan rukun nikah which is Pengantin Lelaki, Pengantin Perempuan, Wali,Dua Saksi dan Ijab dan Kabul. Then Tok Kadi mintak Izham test sekali. Izham tenang. Good!!! Aku tahu bab bab akad nikah ni, Lelaki akan extra nervous kan..kan.. Once in a lifetime. Perhaps! Tok Kadi pun teruskan agenda. Alhamdulillah ayah bibik yang nikah kah bibik. Seperti biasa. Aku Sebak. Air mata bergenang. Korang kan tahu, once dah selamat di nikahkan, lepas sudah tanggungjawab si Ayah, beralih pada si Suami.  Isteri pula kena dahulukan Suami.  Bunyi macam simple, besar tanggungjawab.

Around 4.35 petang, bibik selamat dinikahkan dengan satu kali lafaz. Cayaaalah Izham!!! Aku pula sibuk dengan phone. Supplier whatsaap and call. A few matter regarding work yang kena aku settlekan. Aku pun tak tahu menahu apa yang berlaku selepas itu. 

Esoknya majlis resepsi bibik. Bangun pagi. Bibik serve aku breakfast weh. Makan nasi goreng dalam bilik bibik. Exclusive sangat aku rasa. Moment terakhir agaknya. Teringat perangai perangai masa jadi housemate dia. Uhukkkk aku sedih.:( 

Kak Su, datang balik, untuk make up kan bibik. Aku pun dah get ready pakai baju and complete tudung. Kemas barang barang, angkut dalam kereta. Share location dekat kawan kawan yang nak datang. Aku ngantuk. Aku tidur. Bibik siap make up, pakaikan dia baju. 

Kawan kawan dah mula datang. Yeay!!! dapat jumpa balik. Banyak benda nak cerita, macam lima tahun tak jumpa. Ouh itu Normal! Tiba tiba kena jadi bidan terjun bridesmaid bibik. Dulang hantaran bibik nak bagi pada Izham ada 9. Bridesmaid sedia ada ada 6 orang je. Sebab Hari Bahagia kau bibik, aku rela angkut hantaran kau. Basuh toilet pun aku sanggup. Ok, itu aku tipu.

Bibik pun selamat naik pelamin dengan Izham. Aku pun tak kan nak ikut naik pelamin sama kan... aku lapar. Aku makan. Iema Syida Sani and Tunang Syida join aku makan. Tunggu Cik Munira dan Cik Pika sampai, untuk ambil gambar sama sama dengan pengantin. Selesai makan, minum air,  Cik Munira dan Cik Pika  pun sampai. Terus ajak dorang ambil gambar dengan pengantin. 


One word. Happy!!! Sorang sorang ahli All Together kahwin. InsyaALLAH tahun depan 2 orang lagi akan kahwin, ke tiga..?ke empat? ;) 

After Zuhur, aku get ready nak angkat kaki balik. Jauh lagi perjalanan aku, dari Klang ke Batang Kali. Selesai salam Ummi bibik, aku menonong jalan cari bibik. "Bik aku nak balik dah"   Entah kenapa, aku menagis. Eh...bibik pun nagis sama. Lama dia peluk aku. Moment terkahir kot. "Kau jaga diri...jaga Izham elok elok.. anything bagi tahu...banyak bersabar" pesan aku. The way aku pesan kat bibik, macam aku dah pernah kahwin. Poyo sangat Wany. "weh thanks jadi roomate aku...thank banyak tolong aku"  "tak de hal la bik, small matter"

"Dah lah jom..ambik gambar lagi...ajak la suami kau... Izham..jom ambil gambar" 



Lega. Itu yang aku rasa. Hajat tercapai. Thank You Allah.

Nak tengok gambar lagi, teruskan membaca gosip diruangan ini. Bajet Blog Benatifulnara ;p




 bye!!!

Monday, 24 August 2015

Surat dari Mommy ;)

Assalamuailaikum :)

Hai Anak anak buahan Mommy. Sharifah Hannah.Nur Iman Khayla.Ahmad Ammar Yusuf. Hari ini mommy cuti, sebab cuti mommy berlambak lagi. Mommy decide nak lepak duduk rumah je. Before tidur semalam, mommy dah plan,,, lepas Subuh esok, Mommy nak sidai telekong, mommy nak jogging, mommy nak basuh kereta mommy nak iron baju untuk kerja seminggu.

Sungguh Manusia itu hanya merancang, Allah juga yang memastikan rancangan kita itu terjadi atau sebaliknya. Mommy pun tak sedar lepas Subuh mommy tidur,,, tiba tiba bangun dah pukul 9 pagi. Mommy pergi dapur, tengok Nenek Atok and Onyang tengan breakfast. Tiba tiba lagi,,, Nenek kata dengan mommy "Mak ingat Kamu jogging", mommy rasa Nenek perli mommy, mommy reply balik "Jogging la. Atas katil" :D

Rumah Atok and Nenek hari ini sangat berhabuk, small renovation in progress. Mommy decide mommy nak buat kerja dalam bilik je. Mommy check email kerja mommy, mommy update work spreadsheet mommy. Tiba tiba mommy rasa nak sorting gambar gambar lama mommy dalam phone S2 mommy.

Allahuakhbar, banyaknya gambar nak kena sorting. 3 jam mommy ambil masa nak sorting all the pictures. Penat. Mommy perasan... 70% gambar gambar yang ada dalam phone S2 mommy tu..semua gambar korang bertiga. Belum masuk video lagi. Alahai anak. Tiba tiba lagi, mommy perasan air mata mommy bergenang. Cepat sangat la awak awak semua membesar. Dari merah merah keluar dari perut Ummi or Mama, dari tapak kaki sekecil kecilnya hingga awak awak semua dah besar,,dah ada gigi. Alhamdulillah.

Jadi mommy decide nak update blog hari ini. Khas untuk anak anak buahan mommy. Dengan harapan, anak anak buahan mommy rindu kat mommy. Jumpa nanti jangan cari pasal dengan mommy. Eh...tapi aktiviti bully tetap berjalan seperti biasa. No worries anak anak.

Ini Sharifah Hannah masa 7 bulan. Hermmm bully budak ni paling best. Tapi telinga mommy kena get ready untuk dengar 'menjawab'. Petah sangat bercakap. Belum lagi dia mengamuk. Mommy yang 'kena' balik dengan dia. 

Now Hannah dah 4 tahun. Tadika Genius Aulad. Semenjak Hannah dah sekolah ni, mommy suka la tanya Hannah soalan solan out of the box, such as "Hannah, boyfriend Hannah sihat?" Guess what... Hannah akan reply "Hannah kecik lagi...mana ada boyfriend lagi...tak faham ke" Ok...mommy diam.
Ini Nur Iman Khayla masa umur 6 bulan. Kakak Iman, waktu baby baik aje...sopan santun je..redha kena bully dengan Kakak Hannah.
Now Kakak Iman dah 3 years. Birthday kakak pun dah dekat. Kakak sekarang dah banyak akal. Dah garang macam Kakak Hannah. Belum bab drama queen lagi. 
This is my handsome boyfriend. Ahmad Ammar Yusuf. 5 Bulan. Mommy melting sangat kalau tengok awak ni Ammar. Walaupun Ammar handsome, Ammar tetap jadi mangsa bully mommy okeyh. No excuse :)
Bukti Mommy bully awak. Ahmad Ammar awak terlalu handsome untuk mommy. Stay calm and handsome Ahmad Ammar. Handsome handsome awak pun... cicak...lipas...awak takut jugak. Hahaha.

Allah itu sangat adil. Waktu Mama and Ummi nak kahwin, mommy rasa mommy hilang tempat bergantung. Eh poyo sangat la Mommy ni. Jujur Mommy emosi bila Mama and Ummi kahwin. Mommy dah tak da limited best friend lagi nak hangout together. Nak ada session curah perasaan.  

Now Allah s.w.t hadiahkan mommy Hannah and Iman, boleh kita jadi best friend. Walaupun hakikatnya Hannah and Iman yang lagi suka bully Mommy, Mommy okeyh jer!!!

Harapan Mommy, untuk anak anak buahan Mommy, jadi anak yang soleh dan solehah untuk Mama and Walek dan Ummi and Pape. Korang semua sihat, bijak pandai disukai ramai. Andai kata Mommy sempat tua, tak da siapa nak jaga Mommy, tolong tolong la jaga Mommy nanti :)

Ya Mommy tahu korang tak boleh baca lagi.Mommy sengaja tulis sekarang. 3 tahun akan datang korang dah boleh baca dah kan..kan..kan... tak lama dah tu :)

Baik lah anak-anak, mommy berhenti dulu, kalau mommy rasa rindu kat korang, mommy tulis lagi surat. Doakan mommy rajin nak iron  baju kerja untuk seminggu. Bye!!!!

Lot of love 
mommy yang sangat santek :)

Related Posts with Thumbnails