LuLLiL f.r.i.e.n.d

Friday, 7 October 2016

Cause I've still got a lot of fight left in me

Assalamuailaikum.
6 Muharam 1438H.

Sabar aku dah sampai saat ini. Tak lama. Harapan hanya tinggal harapan.

Kalau diberi pilihan apa aku nak buat sekarang, aku nak pergi Baitullah. 
Kalau aku mampu bergerak pantas, destinasi pertama aku nak segera sampai Baitullah.
Kalau aku kaya dan ada jet peribadi sendiri, segera mungkin aku nak sampai ke Baitullah.

Kenapa Baitullah? Tempat tu aman. Damai. Ratusan Ribu umat Islam ada dekat Baitullah. Semua datang dalam keadaan polos nya diri. Datang dalam keadaan rasa kerdil sangat. Datang untuk memohon keampunan pada Ya Rabb. Datang untuk mohon semangat, kekuatan, moga ALLAH bagi sedikit kesabaran dan kekuatan untuk redha lepaskan apa apa yang sarat dan susah nak lepaskan.



Tenang ada kat sana hanya Allah je yang tahu. Rasa redha se redha redha nya. Tiada apa yang dapat halang diri untuk tahan perasaan. Kau pandang Baitullah itu aja, kau dah sayup. Kau lihat Baitullah itu je, kau menagis tanpa perlu dipaksa. Kau boleh bertutur dengan bahasa fahaman kau sendiri yakni Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap pelusuk apa yang ada dalam fikiran kau mahu pun apa yang terlintas dalam hati kau. Sungguh.

Itu yang aku perlu sekarang. Sebab aku rapuh dan luluh untuk kesekalian kalinya. Terima Kasih. Bahagian aku. Allah tengah nak uji aku sikit. Manusia lain lagi sarat dan berat ujian yang Allah bagi.

Tenang Wany. Sabar seperti biasa Wany. Bersyukur dengan apa apa yang berlaku. Masa untuk muhasabah diri berkali kali. 

Untuk kau, Terima Kasih banyak banyak. Semoga berbahagia dengan pilihan kau. Aku akur. Allah dah tetapkan begini jalan cerita kita :)

Izinkan aku kembali ke Baitullah Mu YaAllah. Jemputlah aku kembali :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails